PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > DENGKIL R&R (NORTHBOUND) THE FIRST REST & SERVICE AREA IN SOUTHEAST ASIA TO GO CONTACTLESS - PLUS & Visa launches cashless payment initiative pilot project

DENGKIL R&R (NORTHBOUND) THE FIRST REST & SERVICE AREA IN SOUTHEAST ASIA TO GO CONTACTLESS - PLUS & Visa launches cashless payment initiative pilot project

IMG 20180828_105721Patrons and Visa contactless cardholders making a stopover at the Dengkil Rest and Service Area (Northbound) are now able to make contactless payment transactions when paying for their food, beverages and other products at the rest and service area.

PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail said, "The launch of the contactless payment system via Visa payWave debit, credit and prepaid cards is part of a PLUS-Visa Malaysia collaboration to promote and encourage cashless payment which is widely accepted around the world."

Visa contactless payments enable patrons to perform easier, faster and more secure transactions at PLUS rest areas, beginning with the Dengkil RSA (Northbound).

"Each day, 62,000 vehicles ply the KLIA-Putrajaya stretch on the ELITE highway. We believe that the contactless payment system will bring convenience to the public, especially tourists who land at KLIA. Through this initiative, we expect 25 percent of the total number of transactions at the Dengkil RSA (Northbound) to be paid using Visa contactless payments," Azman said.

According to Azman, the contactless payment system is expected to revolutionise the business landscape at PLUS rest areas.

"Patrons at the Dengkil R&R (Northbound) will now have more options to carry out their transactions. PLUS Business Partners will also benefit from this move as the cashless system enables their business transactions to be conducted in a faster, easier and safer environment. They will also no longer have to deal with preparing small changes at their stalls, or worry about handling and storing large amounts of cash in their premises while they conduct their daily business operations," explained Azman.

"We at Visa, are particularly excited to achieve this significant milestone with PLUS, the largest expressway operator in Malaysia and enable contactless acceptance to the new frontier of urban mobility," said Ng Kong Boon, Visa Country Manager for Malaysia.

"Rolling out Visa contactless acceptance to rest areas in Malaysia will make payments so much easier for tens of thousands of Malaysians and tourists who come by daily. Visa contactless payments is widely embraced by Malaysians, and we are seeing more than four million transactions a month. Malaysians are starting to appreciate how seamless, secure and easy it is to complete a payment transaction within seconds, simply by tapping and waving their Visa cards. Opening up more acceptance points with key partners like PLUS is crucial for us, so we can ensure Malaysians and tourists can use more digital payments in the country," added Ng.

Additionally, Visa payWave cardholders will also be able to enjoy RM1 off for each minimum transaction of RM2 at the rest area until 30 November 2018.

"We plan to introduce Visa contactless transaction at other PLUS rest areas in stages," added Azman.

R&R DENGKIL (ARAH UTARA) KAWASAN REHAT PERTAMA DI ASIA TENGGARA

TERIMA PEMBAYARAN TANPA SENTUH

PLUS & Visa lancar projek perintis inisiatif tanpa tunai

Pengunjung dan pemegang kad Visa payWave yang berhenti di Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil (Arah Utara) kini boleh membuat transaksi pembayaran tanpa sentuh apabila membuat pembayaran untuk makanan, minuman serta produk lain di R&R Dengkil (Arah Utara).

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, "Pelancaran Pembayaran tanpa sentuh menggunakan teknologi Visa payWave bagi kad debit, kredit dan prabayar ini merupakan satu usahasama antara PLUS dan VISA Malaysia untuk mempromosi dan menggalakkan pembayaran tanpa tunai yang kini diterima secara meluas di seluruh dunia."

Pembayaran tanpa tunai Visa membolehkan pengunjung menjalankan urusniaga tanpa tunai dengan lebih mudah, pantas dan selamat di kawasan rehat PLUS, bermula dengan R&R Dengkil (Arah Utara)

"Dengan purata 62,000 kenderaan yang menggunakan laluan KLIA-Putrajaya setiap hari, sistem pembayaran tanpa sentuh ini dijangka dapat dimanfaatkan oleh orang ramai, khususnya pelancong yang baru mendarat di KLIA. Kami juga mensasarkan sebanyak 25 peratus daripada keseluruhan transaksi di R&R Dengkil (Arah Utara) ini akan dilakukan menerusi pembayaran tanpa sentuh dengan Visa," kata Azman.

Menurut beliau, transaksi tanpa sentuh mengggunakan Visa payWave ini bakal mengubah landskap urusniaga di R&R PLUS.

"Pengunjung di R&R Dengkil (Arah Utara) juga kini mempunyai pelbagai pilihan mod pembayaran. Rakan-rakan niaga PLUS juga akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini kerana sistem pembayaran tanpa tunai membolehkan mereka menjalankan urusniaga perniagaan mereka dengan kaedah yang lebih mudah, pantas dan selamat. Mereka juga tidak perlu menghadapi masalah penyediaan wang kecil atau kebimbangan untuk menguruskan dan menyimpan jumlah wang tunai yang besar di gerai masing-masing ketika menjalankan urusniaga harian mereka," jelas Azman.

"Kami di Visa, berasa sangat teruja dengan pencapaian penting ini bersama-sama dengan PLUS, pengendali lebuh raya yang terbesar di Malaysia dan membolehkan penerimaan pembayaran tanpa sentuh ke suatu tahap mobiliti pengguna yang baharu," kata Ng Kong Boon, Pengurus Negara, Visa Malaysia.

"Dengan melancarkan penerimaan pembayaran tanpa sentuh Visa kepada kawasan-kawasan rehat di Malaysia akan memudahkan pembayaran untuk berpuluh ribu rakyat Malaysia serta pelancong yang datang berkunjung setiap hari. Pembayaran tanpa sentuh Visa diterima secara meluas oleh rakyat Malaysia, dan kami kini menyaksikan lebih daripada empat juta transaksi sebulan. Rakyat Malaysia kini semakin menghargai betapa lancar, selamat dan mudah untuk membuat satu transaksi pembayaran dalam cuma beberapa saat, hanya dengan menyentuh atau mengimbas kad Visa mereka. Menawarkan lebih banyak titik penerimaan bersama dengan rakan kongsi seperti PLUS adalah penting bagi kami, bagi membolehkan rakyat Malaysia serta pelancong menggunakan lebih banyak pembayaran digital di negara ini," tambah Ng.

Sehingga 30 November ini, pemegang kad Visa payWave juga berpeluang menikmati diskaun sebanyak RM1 bagi setiap pembelian minimum RM2 di kawasan R&R ini.

"Kami menjangkakan penggunaan Visa payWave seperti ini akan dapat diperluaskan lagi secara berperingkat di kawasan R&R PLUS yang lain," tambah Azman.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

 

 3plusmiles

 

 twitter @kembara plusicon-twitter

travelsmarter