LANE CLOSURE FOR BRIDGE MAINTENANCE WORKS AT SEREMBAN – BANDAR AINSDALE STRETCH ON THE NSE

Several lanes between at KM265.4 between Seremban and Bandar Ainsdale (northbound) on the North South Expressway will be temporarily closed from 10:00pm on 10 March (Sunday) to facilitate bridge maintenance works.

The lane closure will be carried out from 10pm on Sunday until 12pm on Friday until 26 April

PLUS is also ready to activate contra flow at the designated area to facilitate smoother traffic flow from time to time.

As such, drivers are advised to plan their journey, follow all traffic signages and instructions at the area.

PLUS thanks all customers for their attention and cooperation.

 

PENUTUPAN LORONG UNTUK KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN  JAMBATAN DI LALUAN SEREMBAN – BANDAR AINSDALE (ARAH UTARA) DI LEBUHRAYA UTARA-SELATAN

Beberapa lorong di KM265.4 di antara Persimpangan Bertingkat Seremban dan Persimpangan Bertingkat Bandar Ainsdale (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup sementara bermula pada 10 malam, 10 Mac (Ahad) ini untuk membolehkan kerja-kerja penyelengaraan jambatan dilaksanakan di kawasan terbabit.

Penutupan lorong tersebut akan diadakan secara berterusan bermula pada tarikh yang disebutkan sehingga 12:00 tengahari pada hari Jumaat pada setiap minggu sehingga 26 April yang akan datang.

PLUS juga bersedia untuk membuka laluan kontra di laluan terbabit sekiranya berlaku kesesakan yang luar biasa semasa penutupan lorong ini dilaksanakan.

Justeru itu, PLUS menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan serta mematuhi semua papantanda serta arahan yang diberikan oleh pihak PLUS.

PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya.