PLUS ALLOCATED RM300 THOUSAND TO UPGRADE NEARBY VILLAGE ROAD

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) invested some RM300,000 to upgrade roads and other infrastructures at selected kampongs located along its highway. The CSR initiative was carried out to improve the quality of life of the surrounding communities.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Managing Director, Datuk Azman Ismail, "The program is among the initiatives taken by PLUS to give back to the society and those along the highway that we operate. PLUS, as an expert on managing and maintaining the highway infrastructure, applies our expertise to upgrade and repair roads at the nearby kampongs to improve and sustain the quality of life of the surrounding communities.”

According to Azman, the project benefits residents at 9 villages such as Kampung Bendang Nibong, Kampung Bukit Chempedak, Kampung Banggol Nering and Kampung Bukit Gantang where they now enjoy better and more comfortable road.

Upgrading and repair works of the three-kilometre road impacts more than 3,000 villagers who use the road on a daily basis. The project was fully completed end November last year.

At an official handing over ceremony held on 8 March, PLUS also presented RM50,000 in zakat contribution to Surau Ar-Rahmah at Kampung Bendang Nibong and RM15,000 to 50 asnafs at the surrounding areas.

"PLUS will continue to carry out its CSR projects that impacts to the local communities, positively,” Azman added. 

Also present at the handing over ceremony at Kampung Bendang Nibong, Changkat Jering, Taiping was Malaysian Highway Authority Director-General, Dato’ Sr. Aziz Abdullah.

 

PLUS SALUR RM300 RIBU UNTUK PROJEK NAIK TARAF JALAN KAMPUNG BERDEKATAN LEBUH RAYA

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) membelanjakan kira-kira RM300 ribu untuk menjalankan kerja-kerja menaik taraf jalan kampung dan pelbagai infrastruktur lain untuk penduduk kampung berdekatan dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PLUS ini merupakan langkah PLUS untuk membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan komuniti di sepanjang jajaran lebuh raya kendaliannya.

Menurut Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail, “Program ini juga merupakan strategi PLUS untuk menyumbang semula kepada masyarakat yang tinggal berhampiran dengan jajaran lebuh raya kami. Kepakaran yang dimiliki oleh PLUS dalam mengurus dan menyelenggara infrastruktur lebuh raya digunakan untuk melaksanakan projek naiktaraf dan pembaikan jalan di kampung-kampung yang berdekatan untuk membantu meningkatkan dan melestarikan kualiti hidup masyarakat setempat.”

Menurut Azman, menerusi program kali ini, penduduk di 9 buah kampung antaranya Kampung Bendang Nibong, Kampung Bukit Chempedak, Kampung Banggol Nering dan Kampung Bukit Gantang di kawasan berhampiran kini menikmati kemudahan jalan yang lebih baik dan lebih selesa.

Projek naiktaraf dan membaiki jalan kampung sepanjang 3 kilometer ini memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk tempatan yang menggunakan jalan terbabit setiap hari. Ia telah siap sepenuhnya pada penghujung November tahun lalu.

Pada majlis penyerahan rasmi jalan kampung yang dinaiktaraf pada 8 Mac itu juga menyaksikan PLUS menyampaikan sumbangan zakat sebanyak RM50 ribu kepada Surau Ar-Rahmah Kampung Bendang Nibong dan RM15 ribu kepada 50 orang asnaf kariah surau tersebut.

“PLUS akan terus melaksanakan program khidmat masyarakat seumpama ini dan menggiatkan lagi inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat,” tambah Azman.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian penyerahan jalan susur untuk penduduk kampung yang telah disiap dinaik taraf oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato’ Sr. Aziz Abdullah, di Kampung Bendang Nibong, pada hari ini.