- Patuhi TTA Untuk Rancang Perjalanan Lebih Baik
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan Balik Kampung dan Kembali ke Lembah Klang sempena cuti perayaan Aidilfitri di Lebuhraya Utara-Selatan pada 19 April hingga 1 Mei 2023.
Bagi pengguna lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kuala Kangsar-Bukit Merah) dan Johor, dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya lebih awal iaitu sebelum jam 9:00 pagi. Sementara itu, bagi mereka yang menuju ke lokasi yang lebih dekat seperti Perak (Tanjung Malim-Ipoh), Negeri Sembilan dan Melaka dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya di antara jam 12:00 tengah hari hingga 3:00 petang.
Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, “Saranan tersebut diberikan berikutan jangkaan sebanyak 2 juta kenderaan sehari bakal menggunakan Lebuhraya PLUS pada Hari-hari Puncak pada musim perayaan yang akan datang. Oleh itu, sila jangkakan kesesakan yang mungkin memanjangkan tempoh perjalanan anda.”
TTA merupakan salah satu daripada strategi pengagihan trafik yang digunakan oleh PLUS pada musim perayaan bagi membantu orang ramai merancang perjalanan seterusnya menikmati perjalanan yang lebih selamat dan selesa.
“Namun begitu, kelancaran perjalanan trafik turut bergantung kepada kejadian-kejadian luar jangka seperti kemalangan dan sebagainya yang boleh mengganggu perjalanan di lebuh raya. Oleh itu, kami menggesa orang ramai supaya menyusun jadual perjalanan mereka berdasarkan TTA yang dikeluarkan bukan sahaja bagi perjalanan untuk keluar dari Lembah Klang sebelum cuti perayaan Aidilfitri, tetapi juga bagi perjalanan kembali ke Lembah Klang selepas bercuti,” tambah Datuk Zakaria.
Bagi perjalanan kembali ke Lembah Klang pada tempoh yang sama (19 April hingga 1 Mei), pengguna lebuh raya daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pula dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9:00 pagi.
Di samping jadual TTA, pengguna lebuh raya juga disaran untuk menggunakan Aplikasi PLUS, Waze atau Google Map untuk mendapatkan pelan perjalanan yang lebih baik dan maklumat trafik terkini di lebuh raya.
Sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini, semua kemudahan awam seperti surau, tandas dan stesen minyak di kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah dibuka 24 jam setiap hari untuk kemudahan dan keselesaan pengguna lebuh raya. Di kawasan-kawasan rehat ini, PLUS menyediakan pelbagai jenis gerai makanan dan minuman bagi memudahkan pengguna lebuh raya mendapatkan keperluan atau berehat seketika sebelum menyambung semula perjalanan di lebuh PLUS juga menyediakan tandas mudah alih sebagai tambahan kepada tandas awam sedia ada di R&R, hentian sebelah dan plaza tol terpilih untuk keselesaan pengguna lebuh raya. PLUS juga menempatkan anggota RELA di kawasan-kawasan tersebut untuk pengurusan trafik.
Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.
“Pengguna lebuh raya sentiasa dinasihatkan agar menggunakan mod pembayaran yang sama ketika masuk dan keluar dari lebuh raya. Sebagai contoh, sekiranya pengguna lebuh raya menggunakan mod pembayaran RFID ketika masuk ke lebuh raya, mereka juga mestilah keluar dari lebuh raya melalui lorong RFID. Ini dapat mengelakkan mereka terkandas di lorong tol dan memberi kesan kepada perjalanan orang lain. PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya memastikan baki e-Wallet (bagi transaksi RFID) dan baki kad Touch ‘n Go sentiasa mencukupi untuk perjalanan mereka,” jelas Datuk Zakaria.
PLUS ISSUES TTA TO DISTRIBUTE AIDILFITRI FESTIVE SEASON TRAFFIC FOR SMOOTHER JOURNEY
- Follow TTA for Better Journey Planning
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is issuing a Balik Kampung and Return to Klang Valley Travel Time Advisory (TTA) schedule in conjunction with the Hari Raya Aidilfitri festive season which caters for highway travel on the North-South Expressway from 19th April till 1st May, 2023.
Klang Valley highway users heading towards further destinations such as Perlis, Kedah, Penang, Perak (Kuala Kangsar-Bukit Merah) and Johor, are advised to enter the highway before 9:00 am. Meanwhile, those heading towards closer locations such as Perak (Tanjung Malim-Ipoh), Negeri Sembilan and Melaka are advised to enter the highway between 12 noon and 3 pm.
According to PLUS Chief Operating Officer, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, “The advisory is issued in view of the 2 million vehicles a day that are expected to travel along the PLUS highway during the Peak Days of Aidilfitri festive period. Therefore, please expect some congestion which can prolong your travel time.”
TTA is one of the traffic distribution strategies initiated by PLUS to help highway users plan their journey thus enjoy safer and more comfortable travel this festive season.
“However, smooth traffic flow may be disrupted by accidents and other incidents on the highway. As such, we strongly advised the public to plan their journey based on the TTA schedule not only for outbound journey from the Klang Valley before the Aidilfitri but also for their return journey to the Klang Valley after their holiday,” Datuk Zakaria added.
For their return journey to Klang Valley during the same period (19th April to 1st May), highway users from Perlis, Kedah, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka and Johor are advised to enter the highway before 9:00 am.
In addition to the TTA schedule, highway users are advised to use our PLUS App, Waze or Google Maps for better journey planning during the holidays and to get latest traffic updates.
Throughout the Aidilfitri festive period, all public facilities such as surau, toilets and petrol stations at the rest and service areas (R&R) and lay-bys will be operating 24-hours a day for the convenience and comfort of highway users. A variety of F&B outlets are also available at these rest areas.
PLUS also will provide portable toilets in addition to the existing permanent ones at selected R&R, lay-bys and toll plazas as well as assign RELA personnel at these locations for traffic management.
Regular Traffic updates are provided through the PLUSTrafik Twitter service, PLUS App, PUTRI Chatbot, electronic message signs (VMS) along the highway as well as traffic announcements via major radio stations.
“It is crucial for highway users to use the same payment mode upon entry and exit of the highway. For example, if RFID is used upon entry, the highway user must then exit the highway also using RFID, similarly with Touch ‘n Go and SmartTAG. Using the same mode of payment will greatly reduce the possibility of congestion at the toll lanes. Another key tip is to make sure your e-Wallet (for RFID transaction) or Touch ‘n Go card has sufficient balance for travel,” Datuk Zakaria explained.