Restoran Jejantas (OBR) adalah kawasan rehat sehenti yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengguna. Merentangi lebuh raya, ia adalah yang pertama seumpamanya di negara ini dan ia membolehkan pengguna menikmati kemudahan yang ditawarkan pada setiap arah lebuh raya. Restoran Jejantas juga memberi pengguna peluang pengguna lebuh raya untuk singgah di restoran yang berhawa dingin sambil memerhatikan lalu lintas di bawah.
Di antara kemudahan yang disediakan adalah restoran berhawa dingin, gerai makanan, kedai serbaneka, tandas, surau, tempat meletak kenderaan, taman permainan kanak-kanak, stesen minyak dan telefon awam.
Terletak di Sg. Buloh dan Ayer Keroh, restoran jejantas menjadi pilihan untuk ramai pengguna Lebuhraya Utara-Selatan.
Restoran Jejantas AYER KEROH
Restoran Jejantas Ayer Keroh (OBR) telah dibuka secara rasmi pada 11 April 1999 oleh YAB Ketua Menteri Melaka. OBR ini adalah kemudahan kedua di Lebuhraya Utara-Selatan.
Fakta Ringkas | ||
---|---|---|
Lokasi | : | KM 210 Lebuhraya Utara-Selatan Di antara Persimpangan Bertingkat Simpang Ampat & Ayer Keroh |
Keluasan | : | 3,700 kaki persegi |
Pembukaan Rasmi | : | 11 April 1999 Ketua Menteri Melaka |
Restoran Jejantas SUNGAI BULOH
Restoran Jejantas (OBR) Sungai Buloh yang terletak di antara Persimpangan Bukit Lanjan dan Sungai Buloh telah dibuka secara rasmi pada 25 April 1998 oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia.
Fakta Ringkas | ||
---|---|---|
Lokasi | : | KM 458.4 NSE Antara Persimpangan Bukit Lanjan & Sungai Buloh |
Keluasan | : | 3,700 kaki persegi |
Pembukaan Rasmi | : | 25 April 1998 oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad |