Mission & Vision - My

Misi & Visi



Penyataan Dasar

Penyataan Dasar Kualiti
Kualiti PLUS adalah komitmen kami untuk mencapai Kepuasan Menyeluruh Pelanggan menerusi penambahbaikan berterusan di dalam sistem pengurusan kualiti, produk dan perkhidmatan kami selaras dengan peraturan dan piawai berkaitan.

Penyataan DasarAlam Sekitar
Ianya adalah dasar PLUS untuk menyediakan produk dan perkhidmatan Lebuh Raya yang mesra alam sekitar. Di dalam melaksanakan dasar ini, PLUS, selaras dengan piawaian antarabangsa akan terus menambahbaik pengurusan udara, air, bunyi dan pencemaran tanah yang mematuhi keperluan perundangan di samping menggalakkan pemuliharaan alam sekitar.

Penyataan Dasar Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan

Ianya adalah dasar PLUS untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerja, pelanggan, pelawat dan pihak lain untuk melakukan aktiviti bagi pihak PLUS dan pihak lain yang mungkin mengalami kesan daripada aktiviti kami. Di dalam melaksanakan dasar ini, PLUS akan terus menambahbaik pengurusan semua aktiviti yang mempunyai potensi kecederaan dan menjejaskan kesihatan di tempat kerja di samping memenuhi kesemua kehendak perundangan dan keperluan yang terpakai.