Media Release

PLUS PLANS FOR MORE PARKING BAYS FOR HEAVY VEHICLES AT REST AREAS & MORE COLLABORATIVE EFFORTS TO ADDRESS DRIVER FATIGUE ON HIGHWAYS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) plans to add more parking bays for heavy vehicles at its rest areas as part of its efforts to reduce the number of heavy vehicle drivers abusing the highway emergency lanes to rest and sleep.

For instance, the new Bukit Gantang rest area (Southbound) will be equipped with 26 heavy vehicle parking bays as compared to the existing 8. More heavy vehicle parking bays will also be provided at other rest areas such as Machap (Southbound) and Seremban (Southbound) as PLUS embarks on a comprehensive rest & service area rejuvenation projects which commences this year.

PLUS has also been collaborating with the relevant agencies such as the Royal Malaysian Police (PDRM) and the Road Transport Department (RTD) to reduce the number of heavy vehicle drivers abusing the emergency lane to rest and sleep over the years. The move has managed to gradually reduce the number of accidents due to parked lorries on the emergency lane from 112 in 2017 to 97 in 2018 while only 3 cases occurred until February this year.

Additionally, PLUS will also be collaborating with the Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) to commission a research to study driver fatigue on its highways. Coupled with dialogue sessions with hauliers, logistic companies & lorry drivers, PLUS hopes to collectively identify & implement other measures needed to fully address the issue and ensure a safe & comfortable travel on its highways for everyone. 

PLUS CADANG SEDIA LEBIH BANYAK TEMPAT LETAK KENDERAAN BERAT DI KAWASAN REHAT SERTA KERJASAMA LEBIH ERAT TANGANI KELETIHAN PEMANDU DI LEBUHRAYA

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bercadang menambah lebih banyak petak meletak kenderaan berat di kawasan rehatnya untuk mengelakkan pemandu kenderaan berat menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya untuk berehat dan tidur.

Misalnya, sebanyak 26 petak meletak kenderaan berat akan disediakan di R&R Bukit Gantang (Arah Selatan) berbanding hanya 8 pada ketika ini. Lebih banyak petak meletak kenderaan berat akan turut disediakan di R&R lain seperti Machap (Arah Selatan) dan Seremban (Arah Selatan) dalam projek menaiktaraf R&R secara komprehensif yang bermula tahun ini.

PLUS juga turut berkolaborasi dengan agensi-agensi berkaitan seperti Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengurangkan jumlah kejadian pemandu kenderaan berat berhenti di lorong kecemasan untuk berehat dan tidur sejak beberapa tahun lalu. Hasilnya, jumlah kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan berat berhenti di lorong kecemasan dapat dikurangkan daripada 112 pada tahun 2017 kepada 97 pada tahun 2018. Langkah tersebut turut menyaksikan hanya 3 kemalangan berlaku sehingga Februari tahun ini berpunca daripada kehadiran kenderaan berat di lorong kecemasan.

Selain itu, PLUS juga akan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) untuk mengkaji keletihan pemandu di lebuhraya kendaliannya. Menerusi sesi dialog bersama syarikat-syarikat pengangkutan & logistik serta pemandu-pemandu lori, PLUS berharap untuk mengenalpasti dan melaksanakan langkah-langkah sewajarnya secara kolektif untuk menangani isu ini secara menyeluruh bagi menjamin perjalanan yang selamat & selesa untuk semua pengguna lebuhraya.