Media Release

PLUS COMMITTED TO CONTINUOUS OPERATIONS IMPROVEMENT TO ENSURE SAFE & COMFORTABLE TRAVEL FOR ALL MALAYSIANS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) expresses its regret over the massive traffic congestion on the North-South Expressway (NSE), between Kuala Kangsar and the Terowong Menora (Menora Tunnel), on Sunday, 24 March. Customers along the expressway endured a massive crawl after two trailers collided and burst into flames at KM259.2 (Southbound).

Upon being notified of the incident, PLUS was first on site and immediately informed the Fire & Rescue Department, Royal Malaysian Police (PDRM) and other agencies; as part of its standard procedure including traffic updates on PLUSTrafik Twitter and traffic messages boards along the highway. PLUS also activated the temporary U-turn and exits to allow customers alternative routes. By the time the authorities arrived at the place of accident, a mitigation and clean-up effort was launched.  Despite facing challenges like bad weather, oil spillage and the high weekend traffic volume, PLUS is grateful for the work and commitment demonstrated by the Fire & Rescue Department to put out the fire, PDRM and other agencies for their support on traffic management.  

Safety is at the heart of PLUS. Taking lessons from past incidents, PLUS has committed our best efforts to manage the incident and will continuously improve its operational procedures including a closer collaboration with the relevant authorities and agencies to improve the response time. The company is very keen to discuss with transporters and logistics companies on other collaborative efforts to help reduce incidents involving heavy vehicles. PLUS also encourages all drivers to apply defensive driving tips and invite them to take a break when needed, especially during long drives. PLUS has a toll-free number PLUSLine at 1-800-88-0000 for customers, should they need any assistance on PLUS highways or download the PLUS Mobile app which has an SOS feature.

PLUS KOMITED TERUS MEMPERTINGKAT OPERASI UNTUK MEMASTIKAN PERJALANAN YANG SELAMAT & SELESA BAGI SELURUH RAKYAT MALAYSIA

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melahirkan rasa kesal dan simpati serta memohon maaf kepada semua pelanggan lebuh raya yang terperangkap di dalam kesesakan teruk di laluan Kuala Kangsar-Terowong Menora pada Ahad, 24 Mac lalu. PLUS amat memahami situasi serta kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang terpaksa mengharungi kesesakan dalam tempoh yang panjang berpunca daripada kebakaran dua buah treler di KM259.2 (Arah Selatan) di laluan terbabit.

Sejurus selepas mendapat laporan kejadian, PLUS adalah yang pertama tiba di lokasi kejadian dan dengan segera memaklumkan kepada Jabatan Bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi; mengikut prosedur piawaian termasuk memberikan laporan trafik menerusi akaun Twitter PLUSTrafik dan serta papantanda elektronik di sepanjang lebuh raya. PLUS juga telah mengaktifkan pusingan-U sementara dan susur keluar bagi memberikan para pelanggan lebuh raya laluan alternatif. Selepas ketibaan pihak berkuasa di lokasi kejadian, usaha mengawal dan memulih segera dilancarkan. Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran seperti cuaca buruk, tumpahan minyak dan jumlah trafik hujung minggu yang tinggi, PLUS amat menghargai usaha dan komitmen dari Jabatan Bomba untuk memadamkan kebakaran, juga PDRM dan lain-lain agensi atas sokongan mereka dalam pengurusan trafik.

Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan PLUS. Mengambil iktibar dari kejadian-kejadian sebelum ini, PLUS komited untuk memberikan usaha yang terbaik bagi menangani insiden ini selain terus menambahbaik prosedur operasi termasuk kerjasama yang lebih erat dengan pihak berkuasa dan agensi berkaitan bagi memperbaiki tempoh masa tindak balas. Syarikat pengendali lebuhraya itu juga amat berminat untuk berbincang bersama syarikat-syarikat pengangkutan dan logistik tentang usaha-usaha kolaboratif bagi mengurangkan kemalangan melibatkan kenderaan berat. PLUS juga menggalakkan semua pemandu untuk mengamalkan tip-tip pemanduan secara defensif (defensive driving tips), dan mengalakkan mereka untuk berehat seketika apabila perlu, khususnya semasa pemanduan jarak jauh. PLUS juga menyediakan talian bebas tol, PLUSLline di 1-800-88-0000, atau memuat turun aplikasi telefon bimbit PLUS yang mempunyai ciri SOS untuk pelanggan lebuh raya yang memerlukan bantuan kecemasan semasa berada di lebuh raya PLUS.