PLUS Malaysia Berhad (PLUS) deployed the highway patrol unit, PLUSRonda and its maintenance partner, Propel took swift action in conducting immediate clearance work of an advertisement board fragments which obstructed all lanes to quickly normalize traffic flow and ensure safety of customers, due to a collapsed advertisement board structure at KM294.4 (Southbound) out of the highway boundary, near Southville City Interchange due to stormy weather and strong winds at 6:30pm on Sunday.
PLUS prioritised safety of our customers when notification was received, and the PLUS team ensured upon arrival on site, the traffic was kept away from the damaged structure and the affected lanes were closed to allow for immediate clearing work. The lanes were re-opened upon clearance of the debris and safety was restored. Sunday’s strong winds and stormy weather also wrecked other advertisement boards outside of the boundary of the highway.
PLUS views the incident seriously and will initiate further discussions with the Malaysian Highway Authority (MHA) and the local authorities to address the presence of advertisement boards outside of the PLUS highway boundary to ensure safety of its highway customers.
PLUS also urges billboard and other media structure owners, including those that are erected outside of the highway boundary, to conduct immediate inspection on the integrity of their advertising structures to prevent such incidences in the future in view of the current weather conditions.
PLUS takes the safety of its customers at heart and advises customers to contact its highway service PLUS Customer hotline at 1800 88 0000 and download the PLUS Mobile app via Google Play Store and App Store to receive latest traffic updates and plan their journey.
TINDAKAN PANTAS PLUS BANTU LANCARKAN PERGERAKAN TRAFIK DAN TINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN KETIKA KEJADIAN PAPAN IKLAN TUMBANG AKIBAT RIBUT & ANGIN KENCANG
Tindakan pantas PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengarahkan pasukan PLUSRonda dan pasukan penyelenggaraan Propel mengalihkan serpihan papan iklan yang didirikan di luar kawasan lebuhraya yang tumbang di KM294.4 (Arah Selatan) berhampiran Persimpangan Bertingkat ekoran kejadian ribut dan angin kencang kira-kira jam 6:30 petang pada 7 April (Ahad) berjaya membantu melancarkan pergerakan trafik dan memastikan keselamatan pelanggan di laluan terbabit.
Dengan memberi keutamaan kepada keselamatan pelanggan, sejurus maklumat berhubung kejadian tersebut diterima, pasukan PLUSRonda yang tiba di lokasi telah segera menutup laluan untuk menghentikan pergerakan trafik buat sementara waktu bagi kerja-kerja pengalihan. Lorong terbabit telah dibuka semula sejurus selepas semua kerja-kerja pengalihan selesai dan laluan terbabit selamat digunakan. Kejadian ribut dan angin kencang turut merosakkan beberapa buah lagi papan iklan di luar kawasan lebuh raya, namun tidak menghalang laluan.
Pada masa yang sama, PLUS memandang serius kejadian terbabit dan akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam masa terdekat untuk mencari penyelesaian berhubung isu kestabilan papan-papan iklan yang berada di luar kawasan lebuhraya demi melindungi keselamatan pelanggan yang berada di lebuhraya kendaliannya.
PLUS juga menggesa semua pihak yang terlibat menguruskan papan iklan di sepanjang lebuhraya, termasuk di luar kawasan lebuhraya supaya mengadakan pemeriksaan dan pemantauan berterusan terhadap kestabilan papan iklan masing-masing bagi mengelakkan ianya tumbang dan membahayakan pengguna lebuhraya dan penduduk berhampiran terutamanya pada musim angin kencang dan ribut yang sering melanda sejak kebelakangan ini.
PLUS amat menitik-beratkan aspek keselamatan di lebuhraya kendaliannya dan menasihatkan pelanggan supaya menghubungi talian khidmat pelanggan di 1800 88 0000 atau memuat turun aplikasi PLUS Mobile menerusi Google Play Store atau App Store untuk mendapatkan maklumat trafik terkini dan merancang perjalanan mereka.