Media Release

PLUS NKVE BRIDGE JOINT REPAIRED IN LESS THAN 6 HOURS

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) regrets that an unfortunate incident involving a female motorcyclist who rode over a dislodged mechanical bridge joint, on the slow lane at KM26.3 on the New Klang Valley Expressway (NKVE) on 4th May, which caused her to lose control of her motorcycle. However, we have been informed that she has safely recovered well.

As safety is always PLUS main priority, the PLUSRonda team were on site within 20 minutes and immediately closed the slow lane. An assessment team conducted the site investigation and initiated repair works, which was completed fully within 6-hours on the same day.

 In line with PLUS higher purpose “to take care of our customers every step of their way”, continuous efforts are made to ensure the highway is safe via regular, monitoring by PLUSRonda Patrol, who are tasked to identify damaged pavements and notify the maintenance team. Additionally, our engineering teams are also undertaking predictive assessment of all such joints to identify weak spots to undertake proactive repair.

 NKVE is one of the busiest and heavily utilized highway stretches in the country chalking more than 283,000 vehicles per day. It is also heavily used by over 14,000 heavy vehicles travelling to the connecting city centers, industrial areas and Port Klang.

PLUS advises its customers to immediately contact its toll-free PLUSLine at 1800 88 0000 should any potholes be spotted along the highway.

 
PENYAMBUNG JAMBATAN NKVE DIBAIKI DALAM TEMPOH KURANG 6 JAM

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melahirkan rasa kesal atas satu insiden yang melibatkan seorang penunggang motorsikal wanita yang terlanggar penyambung mekanikal jambatan di lorong perlahan di KM26.3 di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) yang telah menyebabkan beliau hilang kawalan ke atas motorsikalnya pada 4 Mei lalu. Walau bagaimanapun, kami telah dimaklumkan bahawa mangsa kini berada di dalam keadaan yang baik dan semakin pulih.

 PLUS sentiasa memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan dan pasukan PLUSRonda kami yang tiba memberi bantuan dalam tempoh 20 minit selepas dimaklumkan tentang kejadian terbabit telah segera menutup laluan perlahan di lokasi. Sebuah pasukan turut dikerah ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan dan memulakan kerja-kerja membaiki penyambung jambatan yang rosak tersebut. Semua kerja-kerja membaik pulih telah selesai sepenuhnya dalam tempoh kurang 6 jam pada hari yang sama.
Selaras dengan matlamat utama PLUS iaitu “menjaga pelanggan kami sepanjang perjalanan”, PLUS sentiasa berusaha memastikan persekitaran lebuhraya adalah selamat menerusi rondaan serta pemantauan berterusan oleh pasukan PLUSRonda yang juga ditugaskan untuk mengesan dan mengenalpasti kerosakan pada permukaan jalan sebelum pasukan penyelenggaraan dimaklumkan. Selain daripada itu, pasukan kejuruteraan kami juga turut mengadakan penilaian ramalan terhadap penyambung-penyambung jambatan sebelum mengambil tindakan proaktif yang sewajarnya.

NKVE merupakan salah sebuah lebuhraya yang paling sibuk di negara ini di mana ia digunakan oleh lebih daripada 283,000 kenderaan setiap hari. Lebuhraya tersebut juga digunakan oleh lebih daripada 14,000 kenderaan berat setiap hari untuk ke pusat bandar, kawasan perindustrian dan Pelabuhan Klang.

Sehubungan dengan itu, PLUS memohon kerjasama pelanggan supaya menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 sekiranya mereka terlihat jalan yang rosak di lebuhraya agar tindakan segera dapat diambil.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles