PLUS Malaysia Berhad (PLUS) has temporarily closed the Left Lane between KM273.8 and KM272.5 (Northbound) between Ipoh South and Ipoh North interchanges on the North-South Expressway (NSE) for an urgent repair and maintenance work.
The repair and maintenance work are being carried out after a PLUSRonda team identified a 2.1-meter-wide and 2.1-meter-deep sinkhole at KM272.7 (Northbound) while patrolling at 3.30 pm on Monday, 27th May. The left lane was immediately closed as a safety measure towards its highway customers.
PLUS’ series of extensive inspections at nearby locations confirmed no further sinkholes were identified. This anomaly did not result in any untoward incident involving its highway customers driving along that stretch.
However, PLUS maintenance team of experts are currently monitoring the situation very closely as a precautionary safety measure and is concurrently conducting in-depth investigation to identify possible causes of the sinkhole. The left lane on the stretch will be fully opened upon completion of the repair and maintenance works, that started since this evening, upon advice from the experts onsite.
Therefore, customers plying the stretch are advised to drive carefully and follow all traffic signages and instructions on site.
PLUS will continuously share its latest traffic updates at the affected stretch via PLUSTrafik Twitter, PLUS Mobile app and electronic signages places at strategic locations along the highway.
PLUS TUTUP SEGERA LORONG KIRI UNTUK KERJA-KERJA PEMBAIKAN MENDAPAN LUBANG BERHAMPIRAN IPOH (ARAH UTARA)
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menutup sementara Lorong Kiri di antara KM273.8 hingga KM272.5 (Arah Utara) di laluan di antara Persimpangan Ipoh Selatan dan Persimpangan Ipoh Utara untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan dan penyelengaraan segera dilaksanakan.
Kerja-kerja penyelengaraan segera tersebut dijalankan setelah pasukan PLUSRonda menemui mendapan lubang berukuran 2.1 meter lebar dengan kedalaman 2.1 meter di KM272.7 (Arah Utara) ketika membuat rondaan kira-kira jam 3:30 petang pada Isnin, 27 Mei. Lorong kiri tersebut telah ditutup serta-merta untuk keselamatan pelanggan.
Pemeriksaan menyeluruh di kawasan berhampiran juga tidak menemui mendapan lubang yang lain. Kejadian tersebut juga tidak menyebabkan kemalangan atau kecederaan kepada pelanggan yang menggunakan laluan terbabit pada waktu itu.
Walau bagaimanapun, pasukan penyelenggaraan PLUS dengan kerjasama pihak pakar masih memantau keadaan sekitar dan keselesaan pelanggan yang menggunakan laluan terbabit dan pada masa yang sama, mengadakan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut. Lorong Kiri akan dibuka semula setelah semua kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan selesai dan setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada pakar.
Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan pelanggan yang menggunakan laluan terbabit supaya memandu berhati-hati serta mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan.
PLUS turut menyalurkan maklumat terkini perkembangan trafik di kawasan terbabit menerusi Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile serta papantanda elektronik di lokasi strategik di lebuhraya.