Media Release

LATEST: IPOH HIGHWAY TRAFFIC BACK TO NORMAL

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) confirms that the Ipoh highway stretch on the NSE is now operating as usual.

The repair works at KM272.7 (Northbound) were completed in less than 24 hours and yesterday at approximately 5:00 pm, all lanes were opened to vehicles.

PLUS takes this opportunity to thank all highway customers for their patience and cooperation.

The latest traffic updates on the PLUS highway are available via PLUSTrafik Twitter, the PLUS Mobile App and the toll-free PLUSLine 1800 88 0000.

TERKINI: LALUAN LEBUHRAYA DI IPOH DIBUKA SEPERTI BIASA

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan bahawa laluan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Ipoh kini dibuka sepenuhnya.

Semua kerja-kerja pembaikan di KM272.7 (Arah Utara) telah selesai sepenuhnya dalam tempoh kurang 24 jam dan semua lorong telah dibuka kira-kira jam 5:00 petang semalam, 28 Mei (Selasa).

PLUS mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik ketika kerja-kerja membaik-pulih tersebut dilaksanakan.

Untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuhraya PLUS, pelanggan boleh mengikuti Twitter PLUSTrafik atau aplikasi PLUS Mobil atau menghubungi talian PLUSLine 1800 88 0000.