Media Release

PLUS embarks on a digital transformation journey with Microsoft to modernize the highway experience in Malaysia

Malaysia’s largest expressway service provider, PLUS Malaysia Berhad (PLUS), today announced a partnership with Microsoft (Malaysia) to integrate Microsoft’s Azure cloud system into its highway toll network to transform and modernize the Malaysian highway experience. The partnership would make PLUS the first in Malaysia to leverage future-ready technologies such as artificial intelligence (AI), big data analytics and cloud computing to improve its highway network.

The framework provided by Azure platform unlocks a future of Big Data Analytics and AI-enhanced operations, contributing to improved congestion prediction, better journey planning and provide safer, more enjoyable experiences on PLUS’ highways. PLUS’ partnership with Microsoft also signifies the first step in the company’s digital transformation journey, as it aims to drive efficiency and lower costs on its highway network.

“We at PLUS firmly believe in taking care of our customers, every step of the way,” said Datuk Azman Ismail, Managing Director, PLUS Malaysia Berhad. “As our highway networks continue to expand across Malaysia, servicing an ever-growing number of road users, we acknowledge the need to not just digitally transform, but to also embrace a new organisation culture. By collaborating with industry leaders like Microsoft, we aim to bring our businesses to the frontier of innovation, locally and regionally, whilst addressing all the challenges brought forth by the 4th Industrial Revolution.”

Through this partnership, PLUS will adopt Microsoft Azure to tackle a number of complex challenges such as server capacity, flexibility and security. Using the Azure cloud-based platform, PLUS will be able to build and expand on-premise resources to improve internal performance and enhance the customer experience, without having to worry about server capacity. This also allows PLUS to save costs on building and expanding on-premise infrastructure, creating more room for the company to focus on improving its services instead.

PLUS will also be leveraging Azure Key Vault to safeguard data on the cloud through the use of cryptographic keys. As a result, PLUS will be able to reduce data discrepancy, enhance its operations and electronic toll collection reconciliation and ultimately improve efficiency by 40%, or 600 man-hours, each month.

PLUS Perkukuh Transformasi Digital Bersama Microsoft Untuk Pemodenan Lebuhraya Di Malaysia 

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan kerjasama bersama Microsoft (Malaysia) untuk mengintegrasikan sistem cloud Microsoft Azure ke rangkaian tol lebuhraya dan memodenkan pengalaman lebuhraya di Malaysia. Kerjasama yang terjalin ini bakal menjadikan PLUS syarikat pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi masa hadapan seperti Artificial Intelligence (AI), big data analytics dan cloud computing untuk menaiktaraf rangkaian lebuhraya. 

Rangkamasa yang disediakan oleh platform Azure membuka peluang Big Data Analytics dan operasi AI, yang menyumbang kepada penambahbaikan ramalan kesesakan, perancangan perjalanan yang lebih baik dan menyediakan pengalaman yang lebih selamat dan menarik di lebuhraya PLUS. Jalinan kerjasama antara PLUS dan Microsoft merupakan langkah pertama syarikat ini dalam menuju ke arah transformasi digital yang bertujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan sekaligus mengurangkan kos dalam rangkaian lebuhrayanya.

“Kami di PLUS sentiasa mengambil berat tentang keperluan pelanggan kami di sepanjang perjalanan mereka,” kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan, PLUS Malaysia Berhad.” Sementara rangkaian lebuhraya kami terus berkembang ke seluruh Malaysia menyediakan perkhidmatan kepada pengguna lebuh raya yang semakin bertambah, kami bukan sahaja perlu melakukan transformasi dari segi digital, tetapi kami juga perlu mengadaptasikan budaya organisasi yang baru. Dengan menjalinkan kerjasama dengan pakar industri seperti Microsoft, kami berazam untuk membawa perniagaan kami ke arah sempadan inovasi, tempatan dan serantau, sementara menangani cabaran Revolusi Industri 4.”

Melalui jalinan kerjasama ini, PLUS bakal mengadaptasi Microsoft Azure untuk menangani beberapa cabaran rumit seperti keupayaan pelayan web (server), fleksibiliti dan keselamatan. Melalui platform cloud Azure, PLUS berupaya untuk membina dan mengembangkan sumber premis untuk penambahbaikan prestasi dalaman dan pengalaman pelanggan tanpa perlu merisaukan tentang keupayaan pelayan web (server). Ini membolehkan PLUS melakukan penjimatan dari segi kos pembinaan dan memperluaskan infrastruktur premis, mewujudkan lebih banyak ruang bagi syarikat untuk lebih fokus dalam penambahbaikan servis.

PLUS juga bakal menggunakan Azure Key Vault untuk mengawal data di cloud tersebut melalui penggunaan kunci kriptografi. Kesannya, PLUS akan berupaya untuk mengurangkan percanggahan data, penambahbaikan operasi dan proses reconciliation kutipan tol elektronik dan keberkesanan memperbaiki secara menyeluruh sebanyak 40%, atau 600 Man-Hours, setiap bulan.

“Kerjasama kita hari ini menandakan permulaan yang bakal membawa satu perubahan kepada lebuhraya Malaysia,” tambah Datuk Azman. “Dengan pandangan yang dikongsikan oleh Power BI dan fleksibiliti Azure, kita mampu untuk terus berkembang dan berupaya untuk menangani perubahan yang bakal berlaku dalam landskap di mana perniagaan kami beroperasi agar membolehkan kami untuk kekal berdaya saing dalam era digital ini.”

Dengan lebih daripada 1.7 juta kenderaan yang menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS setiap hari, syarikat ini memerlukan penyelesaian yang mampu menganalisa sejumlah besar data dengan lebih cekap dan berkesan. Melalui kuasa AI dan Analytics Big Data, Microsoft Power BI, PLUS bakal berupaya untuk menggambarkan data yang dikumpul dan berinteraksi dengannya melalui antara muka mesra-pengguna (user-friendly interface) yang dapat memberikan perkongsian yang berguna dalam membantu memberikan penyelesaian berkenaan masalah perniagaan dan strategi yang kritikal.

Dengan penggunaan Azure sebagai asas, PLUS bertujuan untuk melakukan beberapa penambahbaikan dari segi operasi di masa hadapan termasuklah integrasi analisa video yang dijangka akan mengurangkan keperluan kakitangan dan menangani masalah kewangan yang berjumlah RM2.7 juta dalam kerugian pendapatan tahunan.

Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, K. Raman berkata, “Semenjak Microsoft ditubuhkan di Malaysia lebih 25 tahun yang lalu, Microsoft telah memainkan peranan dalam pergerakan transformasi digital melalui bidang perniagaan dan organisasi di seluruh negara. Jalinan kerjasama antara kami dan PLUS pada hari ini adalah bukti visi kami untuk memberdayakan sesiapa sahaja mahupun mana-mana organisasi di planet ini untuk mencapai lebih banyak lagi. Tahniah juga diucapkan kepada PLUS kerana telah menjadi syarikat penyedia perkhidmatan lebuhraya pertama di Malaysia dan di rantau ini untuk berjaya mengintegrasikan Azure ke lebuh raya. Akhir sekali, kami berharap agar kerjasama bersama PLUS dapat diteruskan lagi bagi membantu PLUS untuk membolehkan mereka mencapai lebih kejayaan. "