Media Release

PLUS ANNOUNCES APPOINTMENT OF DATO’ MOHAMAMAD NASIR AB. LATIF AS NEW CHAIRMAN

 

The Board of PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is pleased to announce the appointment of Dato’ Mohamad Nasir Ab. Latif as the Chairman of PLUS Malaysia Berhad effective 27 June 2019.

Dato’ Mohamad Nasir succeeds Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff Mohd Kassim who has opted to retire with effect from 27 June 2019, after almost 17 years of leading the PLUS Group.

Dato’ Mohamad Nasir, who serves on the Board of Director PLUS Malaysia Berhad since 31 December 2013, began his career with the Employees Provident Fund (EPF) in 1982 and has held several positions before being promoted to Employees Providen Fund’s (EPF) Deputy Chief Executive Officer (Investment).

He previously held positions as State Enforcement Officer (1990-1995), Senior Research Officer, Manager and Senior Manager in the Investment and Economics Research Department (1995-2003) and General Manager of the International Equity Investment Department (July 2009-2013).

He is currently a Board member of Sime Darby Plantation Berhad, Malaysian Resources Corporation Berhad, Yinson Holdings Berhad, BBCC Development Sdn Bhd, Yarra Park City Pty Ltd., PNB-Kwasa International Holding Limited, PNB-Kwasa International 1 Limited and PNB-Kwasa International 2 Limited.

He graduated with a Bachelor’s Degree in Social Science (Economics) from Universiti Sains Malaysia and obtained a Certified Diploma in Accounting and Finance from the Association of Chartered Certified Accountants in 1996. He also holds a Master of Science in Investment Analysis from the University of Stirling, United Kingdom (1999).

The Board of PLUS wishes to extend its heartfelt gratitude to Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff whose leadership for 17 years has led the Company to many achievements. Among them are PLUS Expressways Berhad’s public listing on the KLSE, introduction of PLUS new corporate logo, PLUS Digital Transformation, rest area new facelift project and many more throughout his tenure.

PLUS UMUM PELANTIKAN DATO’ MOHAMAD NASIR AB. LATIF  SEBAGAI PENGERUSI BAHARU

Ahli Lembaga Pengarah PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin mengumumkan pelantikan Dato’ Mohamad Nasir Ab. Latif sebagai Pengerusi PLUS Malaysia Berhad yang baharu berkuatkuasa 27 Jun 2019.

Dato’ Mohamad Nasir menggantikan Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff Mohd Kassim yang memilih untuk bersara berkuatkuasa pada 27 Jun 2019 setelah hampir 17 tahun menerajui Kumpulan PLUS.

Dato' Mohamad Nasir, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah PLUS Malaysia Berhad sejak 31 Disember 2013, memulakan kerjayanya dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada tahun 1982 dan telah memegang beberapa jawatan sebelum dilantik menjadi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Ekonomi) dari Universiti Sains Malaysia dan memperolehi Diploma Perakaunan dan Kewangan dari Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) pada tahun 1996. Beliau juga memiliki Sarjana Sains dalam Analisis Pelaburan dari Universiti Stirling, United Kingdom (1999).

Dato’ Mohamad Nasir juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Sime Darby Plantation Berhad, Malaysian Resources Corporation Berhad, Yinson Holdings Berhad, BBCC Development Sdn Bhd, Yarra Park City Pty Ltd, PNB-Kwasa International Holding Limited, PNB-Kwasa International 1 Limited dan PNB-Kwasa International 2 Limited.

Ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan PLUS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff yang telah menerajui PLUS selama 17 tahun. Menerusi kepimpinannya, PLUS telah menempa pelbagai kejayaan dan pencapaian di antaranya penyenaraian awam PLUS di Bursa Malaysia, penjenamaan logo korporat PLUS yang baharu, Transformasi Digital di lebuh raya, wajah baru kawasan rehat dan rawat dan lain-lain lagi.