Media Release

PLUS WINS ASIA-PACIFIC RISK AWARD!

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) emerged as the winner of the Asia Pacific StrategicRISK Award in the Risk Programme in the recent Annual Conference Risk Forum 2019 in Singapore.

The StrategicRISK Award winners were independently judged by a panel of hand-picked risk experts. The winners were judged on their risk programme meeting the changing needs of the organization and how it was effectively embedded within the company’s DNA.

“I am truly proud of PLUS for winning this award. It is a clear testament of our team’s ability to engineer a robust risk management system. Their commitment and sacrifices are evident as we were picked as the winner over leading world class organizations like Singapore’s Changi, which is the world’s most awarded airport and Bangkok’s Thai Union, a global seafood leader in the finals. This award is dedicated to everyone in PLUS,” said Datuk Azman Ismail, Managing Director of PLUS.

“The key factor that placed PLUS ahead of the other candidates is their authenticity in their approach. PLUS demonstrated that they not only understand risk management theatrically, but truly believed in it and are actively applying it,” said William Sanders, Executive Publisher of StrategicRISK in Europe, Middle East and Asia-Pacific.

“’The Asia-Pacific Awards are an important way to recognize and reward organizations and individuals who can demonstrate they have gone the extra mile in 2018 to introduce or improve their risk management strategies in the region,” he added.

Satpal Singh, Head of Risk and Compliance of PLUS said, “We have strong support from our PLUS Leadership. Their belief in driving a strong risk, integrity and comprehensive safety culture companywide reflects their commitment in enforcing risk management principles in the daily lives of employees, even beyond work.”

PLUS MERANGKUL ANUGERAH PENGURUSAN RISIKO ASIA PASIFIK

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dinobatkan pemenang Program Pengurusan Risiko Terbaik pada Anugerah StrategicRISk Asia Pasifik pada Persidangan Tahunan Forum Risiko 2019 yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.

Pemenang-pemenang anugerah StrategicRISK dinilai sendiri oleh panel yang terdiri daripada pakar-pakar pengurusan risiko. Pemenang-pemenang dipilih berdasarkan keberkesanan program pengurusan risiko mereka dalam memenuhi keperluan organisasi yang sentiasa berubah dan kemampuannya dalam memberi kesan yang efektif dalam DNA syarikat.

"Saya amat berbangga dengan PLUS atas kejayaan merangkul anugerah ini. Kemenangan ini jelas membuktikan bahawa pasukan kami berupaya untuk mencipta sistem pengurusan risiko yang mantap. Komitmen dan pengorbanan mereka berhasil apabila kami terpilih sebagai pemenang dan mengalahkan organisasi terkemuka bertaraf dunia seperti Changi Airport, Singapura, yang merupakan lapangan terbang yang paling banyak menerima pengiktirafan dunia dan Thai Union, pendahulu makanan laut global di peringkat akhir. Anugerah ini adalah pengiktirafan buat warga PLUS," kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.

“Faktor utama kemenangan PLUS ialah keaslian mereka dalam pendekatan mereka. PLUS juga telah membuktikan bahawa kefahaman mereka terhadap pengurusan risiko tidak hanya terhad kepada teatrik, malah mereka memberi sepenuh kepercayaan dan bergiat aktif dalam menerapkannya,” jelas Willian Sanders, Penerbit Eksekutif StrategicRISK di Eropah, Timur Tengah dan Asia Pasifik.

Anugerah Asia Pasifik merupakan salah satu usaha penting dalam memberi pengiktirafan kepada organisasi dan individu yang berjaya membuktikan kemampuan mereka dalam melakukan perubahan yang besar pada tahun 2018 untuk memperkenalkan atau memperbaiki strategi pengurusan risiko mereka di rantau ini,” tambah beliau.

Satpal Singh, Ketua Unit Risiko dan Pematuhan PLUS berkata, “Kami mendapat sokongan penuh dari barisan kepimpinan PLUS. Kepercayaan mereka dalam memacu risiko yang kukuh, integriti dan budaya keselamatan yang komprehensif di syarikat secara keseluruhan, mencerminkan komitmen dalam menguatkuasakan prinsip-prinsip pengurusan risiko dalam kehidupan seharian mereka, juga pada waktu luar bekerja.”