With the coming of Aidiladha, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) wishes all highway customers a safe and happy travel with their loved ones.
To help make travel their safer, smoother and more convenient, PLUS strongly recommends customers to plan their journey and most importantly, top-up their Touch ‘n Go cards earlier.
PLUS anticipates the traffic plying its highways will shoot up to more than 20 percent from 1.7 million vehicles during normal working days between 9 to 12 August as well as 17 and 18 August.
As such, traffic flow at major toll plazas will be hugely disrupted if highway customers fail to ensure sufficient balance in their Touch ‘n Go cards and they are unable to carry out their toll transaction. This will also affect the comfort and movement of other highway customers at the toll plaza.
PLUS would like to remind that no Touch ‘n Go card top-up service is provided at the exit lane at its toll plazas. However, highway customers can still top-up their cards at 10,000 reload centres covering ATM machines, R&Rs, petrol stations, malls, self service kiosks and convenient stores throughout the country.
PLUS also reiterates that toll transactions via PayDirect e-wallet cannot be performed at PLUS toll plazas. As such, highway users are advised to only use Touch ‘n Go cards and SmartTAGs for toll transactions on its highways.
To help the customers to plan their journey, PLUS also advises them to download the PLUS App to receive the latest traffic updates and information. Traffic updates are also continuously provided through the PLUSTrafik Twitter and highway electronic message boards.
TAMBAH NILAI LEBIH AWAL SEBELUM CUTI AIDILADHA
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pelanggan lebuhraya dan mendoakan perjalanan yang selamat dan penuh keceriaan bersama keluarga di musim perayaan ini.
Bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa, PLUS menasihatkan agar pelanggan merancang perjalanan mereka dan paling utama, menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka lebih awal.
Sepertimana musim perayaan dan cuti panjang yang lalu, PLUS menjangkakan jumlah trafik yang menggunakan lebuhraya akan melonjak dengan mendadak berbanding hari-hari biasa. Pada musim perayaan ini, PLUS menjangkakan peningkatan jumlah trafik sebanyak 20 peratus pada hari-hari puncak berbanding 1.7 juta kenderaan pada hari-hari biasa iaitu pada 9 hingga 12 Ogos serta 17 dan 18 Ogos.
Oleh itu, perjalanan di plaza tol dijangka terjejas sekiranya masih terdapat pelanggan yang terkandas dan tidak dapat membuat transaksi tol apabila baki pada kad Touch ‘n Go mereka tidak mencukupi. Apabila ini berlaku, ia sudah pasti mengganggu keselesaan dan perjalanan pelanggan yang lain.
PLUS juga tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar di plaza tol. Namun begitu, terdapat kira-kira 10,000 pusat menambah nilai kad Touch ‘n Go di seluruh negara yang merangkumi mesin ATM, R&R, stesen minyak, pasaraya, kiosk layan diri dan lain-lain lagi.
Pada masa yang sama, PLUS juga ingin memaklumkan bahawa pelanggan lebuhraya PLUS tidak boleh menggunakan perkhidmatan e-Wallet PayDirect pada ketika ini. Oleh yang demikian, mereka dinasihatkan supaya menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka dan menggunakannya untuk semua transaksi tol di lebuhraya kendalian PLUS.
PLUS juga menasihatkan supaya pelanggan lebuhraya menggunakan Aplikasi PLUS yang boleh dimuat turun secara percuma untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuhraya. Maklumat trafik juga dihebahkan secara berterusan menerusi Twitter PLUSTrafik serta papantanda elektronik di lebuhraya.