PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Headquarters, Persada PLUS received a One Diamond award from Malaysia Sustainable Energy Development Authority (SEDA)’s 2018 Low Carbon Buildings Assessment recently, making PLUS the first highway concessionaire in the country to receive such award.
The recognition was given to organizations who have successfully implemented electricity consumption exercises via renewable energy and reduced carbon dioxide emission to preserve Environment. All buildings were judged and selected based on their annual carbon dioxide emissions reduction percentage which leads to electricity energy consumption.
In 2018, PLUS had successfully reduced carbon dioxide emission of 6.75 percent, equivalent to 286.78 metric tons of carbon dioxide and an energy savings of 413,228 kWh (kilowatthour) at Persada PLUS through the installation of Variable Speed Drive (VSD) for air conditioning systems, reducing the usage time of air conditioning systems, developing solar photovoltaic technology, implementing de-lamping (reducing/ relocate the use of fluorescent lamps in adequate lighting locations and lighting not required) and installing motion sensor lighting system in toilets and prayer rooms, to name a few.
“This is yet another milestone for PLUS in our efforts to optimize the use of Green Technology in preserving the Environment for our staff and the surrounding communities,” said Datuk Azman Ismail, Managing Director of PLUS.
The PLUS Green RoadMap started when PLUS launched the first solar-powered Electric Vehicle Charging Station in the country at the Ayer Keroh Overhead Bridge Restaurant (Southbound) in December 2018 and transformed the Machap (Northbound) R&R as the first R&R in Malaysia to use photovoltaic solar system in April this year.
“The RoadMap will also see PLUS introducing solar photovoltaic panels as other rest areas such as the Sungai Buloh Overhead Bridge Restaurant, Ayer Keroh Overhead Bridge Restaurant, Dengkil R&R (Both bounds), Gurun R&R (Both bounds), Gunung Semanggol R&R (Southbound), Tapah R&R (Both bounds) and Ayer Keroh R&R (Northbound) within the next 5 years,” Azman added.
PLUS TERIMA ANUGERAH ONE DIAMOND INISIATIF HIJAU SEDA
Ibu Pejabat PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Persada PLUS menerima pengiktirafan One Diamond bagi Penilaian Karbon Rendah Bangunan (Low Carbon Buildings Assessment) daripada Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia baru-baru ini. Kejayaan tersebut membolehkan PLUS muncul sebagai syarikat konsesi lebuh raya pertama di negara ini yang menerima pengiktirafan tersebut.
Anugerah tersebut memberi pengiktirafan kepada organisasi yang telah berjaya membuktikan kemampuan mereka dalam melaksanakan usaha-usaha penggunaan tenaga elektrik yang efisien, penggunaan tenaga boleh baharu, mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida seterusnya membantu melestari dan memulihara alam sekitar dengan lebih luas untuk manfaat bersama. Penerima anugerah ini dipilih berdasarkan kriteria peratusan pengurangan pelepasan gas karbon dioksida yang direkodkan oleh satu-satu bangunan secara tahunan seterusnya memberi kesan dalam penjimatan penggunaan tenaga elektrik yang digunakan.
Pada tahun 2018, Persada PLUS telah berjaya mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 6.75 peratus iaitu bersamaan dengan 286.78 tan metrik gas karbon dioksida dan penjimatan tenaga elektrik sebanyak 413,228 kWh (kilowatthour). Ia tercapai menerusi pemasangan Variable Speed Drive (VSD) untuk sistem penghawa dingin, mengurangkan penggunaan masa sistem penghawa dingin, membangunkan teknologi solar fotovolta, melaksanakan de-lamping (mengurang/mengalih penggunaan lampu fluorescent di lokasi pencahayaan telah mencukupi dan lampu tidak diperlukan), memasang motion sensor lampu di tandas dan surau dan sebagainya.
"Pencapaian ini melakar satu lagi kejayaan bagi PLUS untuk memperluaskan Teknologi Hijau dalam usaha memulihara alam sekitar untuk komuniti dan kakitangan kami di bangunan Persada PLUS," kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.
Inisiatif hijau PLUS bermula dengan pelancaran Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik berasaskan tenaga solar yang pertama di Malaysia di Restoran Jejantas Ayer Keroh (Arah Selatan) pada Disember 2018 serta R&R pertama di Malaysia yang menggunakan tenaga solar fotovolta iaitu R&R Machap (Arah Utara) pada April tahun ini.
“Berdasarkan Pelan Halatuju Hijau PLUS, panel solar fotovolta turut akan dipasang di R&R yang lain seperti Restoran Jejantas Sungai Buloh, Restoran Jejantas Ayer Keroh, R&R Dengkil (Arah Utara dan Selatan), R&R Gurun (Arah Utara dan Selatan), R&R Gunung Semanggol (Arah Selatan), R&R Tapah (Arah Utara dan Selatan) dan R&R Ayer Keroh (Arah Utara) dalam tempoh 5 tahun yang akan datang,” tambah Azman.