Media Release - My

PLUS COMMENDS FIRE & RESCUE TEAM FOR SWIFT ACTION IN DEFUSING ABLAZED BUS IN 20 MINUTES

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) refers to a passenger bus incident at a parking area at the Sungai Perak R&R (Northbound) and commended the Fire and Rescue team for its swift action in putting out the fire that set a passenger bus ablaze at 1:55 pm today, within 20 minutes.

PLUS standard safety procedures of deploying extra manpower during long weekends and festive holidays had paid off.

The RELA personnel assigned to traffic control at the R&R parking areas, noticed smoke from the bus when it entered the Sg. Perak R&R.

The bus driver was immediately instructed towards a safe zone, to distant the smoking vehicle from the public and all 14 passengers and the 2 drivers were safely evacuated from the bus.

The Kuala Kangsar and Meru Fire and Rescue Team arrived at the location at 2:14 pm with two fire engines and 12 team members managed to extinguish the blaze within 20 minutes.

PLUS confirmed that the incident did not result in any injuries and both bus drivers and the 14 passengers safe and well.

PLUS works continuously with all key enforcement and emergency agencies to ensure that safety measures along its highways are constantly at its highest level of preparedness.

It is PLUS creed and DNA to take care of its customers every step of their way along every stretch of its highway.

PLUS RAKAM PENGHARGAAN TINDAKAN PANTAS PASUKAN BOMBA & PENYELAMAT BERJAYA SELESAI KEBAKARAN DALAM MASA 20 MINIT

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merujuk kepada insiden kebakaran sebuah bas di kawasan meletak kenderaan di R&R Sungai Perak (Arah Utara) dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan Bomba dan Penyelamat atas tindakan pantas pasukan itu yang berjaya memadamkan kebakaran bas tersebut dalam masa 20 minit pada kejadian yang berlaku kira-kira jam 1:55 petang, hari ini.

Langkah kepiawaian keselamatan PLUS yang menugaskan pasukan tambahan semasa cuti panjang atau musim perayaan terbukti berhasil.

Anggota RELA yang ditugaskan untuk mengawal lalulintas di kawasan meletak kenderaan di R&R terbabit telah melihat kepulan asap keluar dari bas ketika kenderaan itu memasuki R&R tersebut.

Pemandu bas kenderaan tersebut telah diarahkan ke zon selamat dan kesemua 14 penumpang dan dua pemandu bas selamat dipindahkan daripada bas tersebut ke kawasan selamat.

Pasukan Bomba dan Penyelamat daripada Kuala Kangsar dan Meru bersama dua jentera serta 12 anggota telah tiba di lokasi kejadian pada jam 2:14 petang dan berjaya memadamkan kebakaran kira-kira 20 minit kemudian.

PLUS juga ingin mengesahkan bahawa kejadian tersebut tidak mendatangkan apa-apa kecederaan kepada dua pemandu serta 14 penumpang bas terbabit.

PLUS sentiasa menjalinkan kerjasama berterusan bersama agensi-agensi penguatkuasaan serta kecemasan bagi memastikan langkah keselamatan di lebuh raya berada pada tahap terbaik dan sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Ini merupakan matlamat utama PLUS bagi menjaga pelanggan di sepanjang perjalanan mereka di rangkaian lebuh rayanya.