Media Release - My

PLUS WINS MALAYSIA RISK MANAGEMENT TEAM OF THE YEAR AWARD 2019

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bags the National Risk Management Team of the Year Award at the recent Malaysian Association of Risk and Insurance Management (MARIM) International Conference 2019 held in Putrajaya.

“This national level recognition comes after our regional win at the Asia-Pacific Strategic Risk Award recently in Singapore. It’s fantastic to be acknowledged by peers throughout the region, but it is also an honor to be picked as the Country’s top Risk Management team,” said Datuk Azman Ismail, Managing Director, PLUS.

“Winning the Risk Management Team of the Year is a huge testament that PLUS’ Enterprise Risk team has gone the extra mile to effectively implement risk management strategies, while value adding to the organization, and most important, our results are measurable,” he added.

MARIM’s Risk Management Team of the Year Award was evaluated based on a two-tier judging process, which involves a submission of a comprehensive document prepared by the team and a presentation to the panel of judges ie. Bernard Lee Tek Ming, Head of BCM of Airasia Berhad (Chairman Judge), Faizatul Farhah Binti Ghazali, GM of MRCB, Dr. Mohd Taipor Suhadah, Lecturer of UUM and Raja Amir Abdul Hakem bin Raja Hedar, Head of BCM of Maxis. 

The past winners for MARIM Risk Management Team Award were Malakoff Corporation Berhad in 2018, Telekom Malaysia Berhad in 2017 and Kumpulan Perangsang Selangor Berhad 2016.

 

PLUS RANGKUL ANUGERAH PASUKAN PENGURUSAN RISIKO TERBAIK 2019  

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah dinobatkan sebagai Pasukan Pengurusan Risiko Terbaik pada Persidangan Antarabangsa Persatuan Pengurusan Risiko dan Insurans Malaysia (MARIM) yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini.

Pengiktirafan peringkat nasional ini dicapai selepas kemenangan kami pada Anugerah Risiko Strategik Asia Pasifik di Singapura. Pengiktirafan ini merupakan sesuatu yang amat membanggakan dan ianya juga merupakan satu penghormatan apabila dipilih sebagai Pasukan Pengurusan Risiko yang terkemuka di negara ini,” kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.

Memenangi anugerah Pasukan Pengurusan Risiko Terbaik untuk Tahun ini telah membuktikan bahawa pasukan PLUS ‘Enterprise Risk’ telah berusaha untuk melaksanakan strategi pengurusan risiko secara berkesan dan memberi nilai tambah kepada organisasi kami. Paling penting, kejayaan kami ini dapat diukur dan dinillai,” tambah Datuk.

Anugerah Pasukan Pengurusan Risiko MARIM telah dinilai menerusi dua peringkat proses penilaian, iaitu penyerahan dokumen komprehensif yang disediakan oleh pasukan dan pembentangan kepada panel hakim iaitu Bernard Lee Tek Ming, Ketua Pengurusan Kesinambungan Perniagaan Airasia Berhad (Ketua Hakim), Faizatul Farhah Binti Ghazali, Pengurus Besar MRCB, Dr. Mohd Taipor Suhadah, Pensyarah UUM dan Raja Amir Abdul Hakem bin Raja Hedar, Ketua Pengurusan Kesinambungan Perniagaan Maxis.

Pemenang bagi tahun-tahun sebelumnya adalah Malakoff Corporation Berhad pada tahun 2018, Telekom Malaysia Berhad pada tahun 2017 dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad 2016.