PLUS Malaysia Berhad (PLUS) performs its role as a ‘Rakan Negara’ (Friend of the Nation) in sparking the National Day and Malaysia Day celebrations by instilling the spirit of Rukun Negara among the younger generation through its’ Rukun Negara Sketching Competition for students from 5 selected schools along its’ fenceline community.
PLUS Central Region Business Manager, Husni Md Yusuf said “In conjunction with the National Day and Malaysia Day celebration, PLUS is focusing on the appreciation on Rukun Negara where we are giving opportunities for the students to express their understanding towards Rukun Negara in a creative way through visual artwork.”
A total of 44 sketches have been shortlisted and they are currently on display at the Sungai Buloh Overhead Bridge Gallery beginning today until December this year. The competition offers students to display their artwork to the public at the rest area where selected judges from the National Art Gallery, National Archives of Malaysia and the Malaysian Highway Authority including the public will determine the winners.
The juries composed of VMLY&R Art Director, Melody Lee Sook Yin, Malaysian Highway Authority Director of Human Resources and Corporate, Noradibah Ramli, National Archives of Malaysia Head of Exhibition Section and Educational Archive, Hj Mohd Nasser Malik, Chief Curator of the State Art Museum, Mohamad Majidi Amir, and PLUS Studio Head Unit, Najihah Mohd Yasin. The grading process will be divided into 2 which 60% from the professional juries and 40% is from PLUS Official Facebook Page and will be held until this mid of October.
The competition received over than 1,000 entries from Year 4, 5 and 6 students from Sekolah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes (Rawang), Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bangi, Sekolah Kebangsaan Slim River, Perak, Sekolah Kebangsaan Dato Kelana Tapah, Perak and Sekolah Kebangsaan Payaman, Tangkak Batu 18, Johor.
The students stand to take home cash prize of RM2,000 and RM5,000 for school respectively. For the inter-school level, RM 1,000 will be awarded to first place winners, RM 800 and RM 500 for second and third place winners and RM 300 and RM 150 for fourth and fifth place winners. Five consolation prize winners will receive RM 50 each.
PLUS PUPUK SEMANGAT RUKUN NEGARA
DI KALANGAN PELAJAR DARI LIMA SEKOLAH RENDAH
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memainkan peranannya sebagai ‘Rakan Negara’ dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan memupuk semangat Rukun Negara di kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Lakaran Rukun Negara yang membabitkan pelajar dari 5 buah sekolah berhampiran dengan jajaran lebuhraya kendalian syarikat ini.
Pengurus Perniagaan Wilayah Tengah PLUS, Husni Md Yusuf berkata, “Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, PLUS memberi fokus kepada penghayatan Rukun Negara di mana kami memberi peluang kepada para pelajar untuk menceritakan pemahaman mereka terhadap Rukun Negara secara kreatif menerusi visual seni lakaran.”
Sebanyak 44 lakaran yang telah senarai pendek kini dipaparkan di Galeri Jejantas Sungai Buloh bermula hari ini sehingga pertengahan Disember tahun ini untuk memberi peluang kepada karya pelajar-pelajar sekolah ini dipertontonkan kepada pelanggan yang singgah di kawasan rehat tersebut. Pada masa yang sama, ia akan turut dinilai oleh juri-juri dari Balai Seni Lukis Negara, Arkib Negara Malaysia, Lembaga Lebuhraya Malaysia, VMLY&R, PLUS serta orang ramai.
Juri-juri terdiri daripada Pengarah Seni VMLY&R, Melody Lee Sook Yin, Pengarah Sumber Manusia & Korporat Lembaga Lebuhraya Malaysia, Noradibah Ramli, Ketua Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan (Arkib Negara Malaysia), Hj Mohd Nasser Malik, Ketua Kurator Kanan Balai Seni Lukis Negara, Mohamad Majidi Amir dan Pengurus Unit Studio PLUS, Najihah Mohd Yasin. Proses permakahan akan terbahagi kepada 2 iaitu 60% daripada juri professional dan 40% daripada laman Facebook PLUS sehingga pertengahan Oktober ini.
Pertandingan ini telah menerima sebanyak 1,000 penyertaan dari pelajar tahun 4,5 dan 6 dari Sekolah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes (Rawang), Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bangi, Sekolah Kebangsaan Slim River, Perak, Sekolah Kebangsaan Dato Kelana Tapah, Perak dan Sekolah Kebangsaan Payamas, Tangkak Batu 18, Johor.
Pemenang utama bakal memenangi RM 2,000 dan RM 5,000 akan dihadiahkan kepada pihak sekolah berkenaan. Bagi peringkat antara sekolah pula, RM 1,000 akan diberikan kepada pemenang peringkat pertama, RM 800 dan RM 500 untuk pemenang tempat kedua dan ketiga dan RM 300 dan RM 150 bagi pemenang keempat dan kelima. Bagi 5 pemenang-pemenang saguhati pula, mereka bakal menerima RM 50 setiap seorang.