PLUS Malaysia Berhad (PLUS) 2018 end of the year School Holidays “Senyuman Sepanjang Jalan” Campaign through its mobile app emerged as the first highway company to win Southeast Asia’s premier marketing Mob-Ex awards which took place in Singapore on 30th August. Organised by the Marketing Magazine, the awards were presented to acknowledge and celebrate the most effective, innovative and creative mobile marketing efforts.
“Winning the awards especially at regional level is crucial for PLUS as we benchmark ourselves against other brands. This was also the first time PLUS has entered submissions for Marketing awards and the win is good indication of our brand visibility,” said Managing Director, Datuk Azman Ismail.
At the event held at the Shangri-La Hotel Singapore, PLUS brought home 3 awards namely the Best App for Government Services category (Silver Award), the Best Use of KOL category (Bronze Award) and the Best App for Hospitality and Travel category (Bronze Award).
PLUS’ win at Mob-Ex is a recognition from the region’s top mobile marketing experts on the quality and effectiveness of the company’s mobile marketing programmes. The award also recognizes the overall PLUS digital transformation programme in taking care of customers every step of the way as they travel on PLUS.
At the ceremony, PLUS Chief Commercial Officer, Christine Liew was on hand to receive the awards from the Organizer and collaborating partners.
A total of 81 winners from 27 categories received the award. Among the winners in the category are Sport Singapore and Workforce Singapore (Best App for Government Services), Malaysia Digital Economy Corporation and XL Axiata (Best Use of KOL) and Resorts World Sentosa and UOB (Best App for Hospitality and Travel).
The PLUS Mobile app can be downloaded for free via Google Play Store and App Store.
PLUS LEBUH RAYA PERTAMA TERIMA ANUGERAH MOB-EX
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) muncul syarikat pengendali lebuhraya yang pertama merangkul anugerah Mob-Ex anjuran Marketing Magazine di Singapura pada 30 Ogos lalu. Anugerah terkemuka di Asia Tenggara tersebut diberikan untuk mengiktiraf kempen pemasaran yang paling inovatif, kreatif dan berkesan. Kejayaan PLUS dicapai menerusi kempen ‘Senyuman Sepanjang Jalan’ melalui aplikasi PLUS pada musim cuti persekolahan hujung tahun lalu.
“Pencapaian PLUS di peringkat Asia Tenggara ini adalah amat istimewa kerana ia mengukur keupayaan jenama syarikat ini berbanding jenama-jenama yang lain walaupun ia merupakan kali pertama kami menyertainya. Ia juga membukti kejayaan kempen yang telah diadakan dalam membawa jenama PLUS ke peringkat lebih tinggi,” kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.
Pada anugerah tersebut, PLUS membawa pulang 3 Anugerah Mob-Ex iaitu Aplikasi Terbaik bagi kategori Perkhidmatan Kerajaan (Anugerah Perak), Key Opinion Leader (KOL) Terbaik (Anugerah Gangsa) dan Aplikasi Terbaik bagi kategori Hospitaliti dan Perjalanan (Anugerah Gangsa) di Shangri-La Hotel, Singapura.
Kemenangan PLUS di Mob-Ex 2019 juga merupakan pengiktirafan dari pakar pemasaran mudah alih di rantau ini mengenai kualiti dan keberkesanan program pemasaran mudah alih PLUS menerusi Aplikasi PLUS dan Kempen ‘Senyuman Sepanjang Jalan’. Ia juga mengiktiraf program transformasi digital PLUS dan PLUS secara keseluruhan untuk memberi perkhidmatan serta meningkatkan pengalaman perjalanan yang lebih baik kepada pelanggan kami di setiap perjalanan mereka.
Kesemua anugerah telah disampaikan oleh penganjur dan rakan kerjasama kepada Ketua Pegawai Komersil PLUS, Christine Liew.
Sementara itu, sebanyak 81 pemenang daripada 27 kategori yang dipertandingkan telah menerima anugerah tersebut. Antara pemenang yang menerima anugerah dalam kategori yang sama adalah Sport Singapore dan Workforce Singapore (Aplikasi Terbaik bagi Perkhidmatan Kerajaan), Malaysia Digital Economy Corporation dan XL Axiata (Key Opinion Leader Terbaik) serta Resorts World Sentosa dan UOB (Aplikasi Terbaik bagi Hospitaliti dan Perjalanan).
Aplikasi PLUS boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store atau App Store.