Media Release

CONGESTION REDUCED BY 48.2% AT PLUS CENTRAL REGION TOLL PLAZAS - Nationwide No Reload at Toll Plaza Exits to be rolled out soon -

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) successfully reduced the congestion at all its central region toll plazas exit lanes by 48.2 percent by implementing the “No Touch ‘n Go reload service” since 1st August 2019.

When PLUS initiated the “No Touch ‘n Go reload service” over two months ago, there has been significant reduction in drivers with insufficient balance attempting to reload their Touch ‘n Go card at the exit lanes at toll plazas in the Central Region between Seremban and Ipoh South.

On August 1st, 2019, the day one statistics showed a daily average traffic volume of 850,000 vehicles in the Central Region, whereby the daily congestion at the toll exit lanes are a direct result of 5% drivers with insufficient balance in their Touch ‘n Go card.

Though the figure of 5% seems small, it is 42,500 vehicles contributing to high congestion and time wastage, impacting 95% of other drivers on the PLUS highway.

However as at 30th September 2019, PLUS has recorded an approximated drop from 42,500 cars per day to 22,000 cars with insufficient balance in their Touch ‘n Go cards, a significant 48.2 percent drop

PLUS is grateful to its customers who have contributed to the 48.2% reduction in the central region, due to their civic mindedness and considerate attitude to top up their Touch ‘n Go cards prior to entering the NSE.

PLUS also acknowledges the contribution and support of all the merchants and providers who ensure their Touch ‘n Go reload machines are well maintained and properly serviced, which allows customers to enjoy uninterrupted reload services at all times. 

The implementation of the no Touch ’n Go reload service also ensures safety of PLUS customer service agents (CSA) and reduces the risk of life and limb as there have been several cases of heavy vehicles driving through the booths at toll plazas.

PLUS customers are strongly advised to plan their daily journey and ensure that their Touch 'n Go cards have sufficient balance before entering the highway. The convenience to reload made available nationwide at over 10,000 self-service kiosks including ATMs, petrol stations, convenience stores, rest areas and shopping malls.

PLUS will be rolling out nationwide and implementing the “No Touch ‘n Go Reload” at all its operated highways in the Southern and Northern Toll Plaza exit lanes soon.

KESESAKAN DI PLAZA TOL DI WILAYAH TENGAH PLUS  BERKURANGAN SEBANYAK 48.2%

  • PLUS akan laksanakan langkah tiada tambah nilai di semua lorong keluar di seluruh negara tidak lama lagi

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah berjaya mengurangkan kesesakan trafik di kesemua lorong keluar di plaza tol Wilayah Tengah sebanyak 48.2 peratus setelah melaksanakan inisiatif Tiada Tambah Nilai di plaza tol sejak 1 Ogos 2019 yang lalu.

Langkah PLUS menguatkuasakan ‘Tiada Tambah Nilai’ di Lorong keluar lebih dua bulan yang lalu menyaksikan pengurangan yang ketara dalam bilangan pelanggan lebuh raya yang mempunyai baki rendah atau baki tidak mencukupi yang cuba menambah nilai di lorong keluar di plaza-plaza tol di Wilayah Tengah iaitu plaza-plaza tol yang terletak di antara laluan Seremban hingga Ipoh Selatan.

Pada 1 Ogos 2019 lalu, iaitu pada hari pertama langkah ini dilaksanakan terdapat kira-kira 850,000 purata trafik harian di Wilayah Tengah, kesesakan harian yang berlaku di laluan keluar plaza tol adalah disebabkan 5 peratus pelanggan yang mempunyai baki yang tidak mencukupi.

Walaupun jumlah 5 peratus adalah kecil, ia melibatkan sebanyak 42,500 kenderaan yang berhenti untuk menambah nilai, yang mana ia telah menyebabkan kesesakan trafik dan pembaziran masa yang memberi kesan kepada 95% pelanggan lain di lebuh raya PLUS.

Walau bagaimanapun, pada 30 September 2019, PLUS telah berjaya merekodkan pengurangan jumlah kenderaan yang beratur untuk menambah nilai di plaza tol sebanyak 48.2 peratus, dengan penurunan bilangan kenderaan kepada 22,000 kenderaan.

PLUS ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang telah menyumbang kepada 48.2 peratus pengurangan kesesakan di plaza tol di Wilayah Tengah dengan menambah nilai kad Touch 'n Go mereka di pusat-pusat tambah nilai yang lain. PLUS juga menghargai usaha kesemua pengusaha dan penyedia kaunter dan mesin Touch ‘n Go yang sentiasa memastikan mesin atau kiosk tambah nilai kad Touch ‘n Go sentiasa beroperasi pada setiap masa bagi memudahkan pelanggan membuat urusan tambah nilai.

Langkah PLUS tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di plaza tol juga bertujuan untuk menjamin keselamatan pembantu perkhidmatan pelanggan PLUS kerana kemalangan melibatkan kenderaan berat melanggar pondok tol kerap berlaku sejak kebelakangan ini. 

Justeru, pelanggan PLUS dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka dan memastikan bahawa kad Touch 'n Go mereka mempunyai baki yang cukup sebelum memasuki lebuh raya. Perkhidmatan tambah nilai disediakan di lebih 10,000 pusat tambah nilai yang terdapat di seluruh negara termasuk mesin ATM, stesen minyak, kedai serbaneka, kawasan rehat dan rawat dan pusat membeli-belah.

Dalam pada itu, PLUS akan memperluaskan inisiatif ini di seluruh rangkaian lebuh di bawah seliannya di utara dan selatan dalam masa yang terdekat.