RELOAD LANES AT PLUS TOLL PLAZAS WILL BE CLOSED TO FACILITATE SMOOTHER TRAFFIC FLOW DURING FESTIVE SEASON

With the coming of Deepavali, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) wishes all highway customers a safe and happy travel with their loved ones. 

To help make travel their safer, smoother and more convenient, PLUS strongly recommends customers to plan their journey and most importantly, top-up their Touch ‘n Go cards earlier and to ensure their card have sufficient balance at all times.

All toll plaza Reload Lanes on PLUS-operated highways will be closed to customers beginning 24 October to 29 October to facilitate smoother traffic flow during the upcoming Deepavali. The move is aimed at reducing traffic congestion due to long queue at reload lanes at the toll plazas.

PLUS would like to remind that no Touch ‘n Go card top-up service is provided at the exit lane at its toll plazas. However, highway customers can still top-up their cards at 10,000 reload centres covering ATM machines, R&Rs, petrol stations, malls, self-service kiosks and convenient stores throughout the country.

PLUS anticipates the traffic plying its highways will increase by 17 percent from 1.7 million vehicles during normal working days to 2 million on peak days between 25 October, 26 October and 28 October.

As such, traffic flow at major toll plazas will be hugely disrupted if highway customers fail to ensure sufficient balance in their Touch ‘n Go cards and they are unable to carry out their toll transaction. This will also affect the comfort and movement of other highway customers at the toll plaza.

PLUS also reiterates that toll transactions via PayDirect e-wallet cannot be performed at PLUS toll plazas at this point of time. As such, highway users are advised to only use Touch ‘n Go cards and SmartTAGs for toll transactions on its highways.

 

PLUS TUTUP LORONG TAMBAH NILAI UNTUK BANTU LANCARKAN PERJALANAN TRAFIK SEMPENA PERAYAAN DEEPAVAL

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengucapkan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada semua pelanggan lebuh raya dan mendoakan perjalanan yang selamat dan penuh keceriaan bersama keluarga di musim perayaan ini. 

Bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa, PLUS menasihatkan agar pelanggan merancang perjalanan mereka dan paling utama, menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka lebih awal selain memastikan kad mereka mempunyai baki yang mencukupi. 

PLUS akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol mulai 24 Oktober hingga 29 Oktober akan datang bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik pada cuti perayaan Deepavali yang akan datang. Penutupan lorong tambah nilai sepertimana dilaksanakan pada setiap musim perayaan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh pelanggan beratur di lorong tambah nilai di plaza tol.

Pada musim perayaan ini, PLUS menjangkakan peningkatan jumlah trafik sebanyak 17 peratus kepada 2 juta pada hari-hari puncak iaitu pada 25 Oktober, 26 Oktober dan 28 Oktober berbanding 1.7 juta kenderaan pada hari-hari biasa.

Oleh itu, perjalanan di plaza tol dijangka terjejas sekiranya masih terdapat pelanggan yang terkandas dan tidak dapat membuat transaksi tol apabila baki pada kad Touch ‘n Go mereka tidak mencukupi. Apabila ini berlaku, ia sudah pasti mengganggu keselesaan dan perjalanan pelanggan yang lain.

PLUS juga tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar di plaza tol. Namun begitu, terdapat kira-kira 10,000 pusat menambah nilai kad Touch ‘n Go di seluruh negara yang merangkumi mesin ATM, R&R, stesen minyak, kedai serbaneka, pasaraya dan lain-lain lagi. 

Pada masa yang sama, PLUS juga ingin memaklumkan bahawa pelanggan lebuhraya PLUS belum boleh menggunakan perkhidmatan e-Wallet PayDirect pada ketika ini. Oleh yang demikian, mereka dinasihatkan supaya menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka dan menggunakannya untuk semua transaksi tol di lebuhraya kendalian PLUS.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles