Media Release

PLUS BRIGHTENS UP YOUR DEEPAVALI CELEBRATIONS WITH A NATIONWIDE DISCOUNT OF 20%

This festival of lights, highway customers who are on their journey to celebrate with their loved ones, will enjoy a 20% Deepavali discount on all PLUS and LPT2 highways on Sunday, 27th October 2019, starting from midnight.

PLUS' Malaysia Berhad (PLUS) Managing Director, Datuk Azman Ismail said, “On 27th October, our customers will enjoy a 20% toll discount (effective for 24 hours) between 12:00 am and 11:59 pm. We wish them a safe and comfortable journey, as well a bright and cheerful Deepavali. 

“For example, our highway customer will enjoy the discount once they enter our highway from 10pm onwards on Saturday, 26th October and exits the highway after 12am on the 27th of October,” explains Datuk Azman.

The 20% toll discount is for private vehicle customers (Class 1) traveling on the North-South Expressway (NSE), the New Klang Valley Expressway (NKVE), the Seremban-Port Dickson Expressway (SPDH), the North-South Expressway Central Link (ELITE), the Malaysia-Singapore Second Link Highway (Linkedua), the Butterworth-Kulim Expressway (BKE), the East-Coast Expressway 2 (LPT2) and the Penang Bridge.

However, the discount will not be offered for toll transactions made at the Tanjung Kupang Toll Plaza (Linkedua). The discount also excludes customers who are currently enjoying the existing Penang Bridge 20 percent toll discount. 

PLUS Issues Deepavali Travel Time Advisory (TTA)

PLUS is also issuing its’ Travel Time Advisory (TTA) for customers planning to travel on the North-South Expressway (NSE) between 24th October until 29th October as part of an effort to prevent and manage congestion on the highway, rests areas and toll plazas this festive period.

Based on the TTA, highway customers from the Klang Valley heading towards further destinations such as Perlis, Kedah, Penang, North Perak and Johor are advised to enter the highway before 9am. Those heading to destinations closer to the Klang Valley are advised to enter the highway after 3pm. 

“While those from Perlis, Kedah, Penang, North Perak and Johor travelling to the Klang Valley during the same period are advised to enter the highway before 9am. Whereas, those from other states or destinations that are nearer to the Klang Valley are recommended to enter the highway after 3 pm,” added Datuk Azman. 

The Deepavali TTA Schedule is also available on the PLUS Mobile App which can downloaded for free via Google Play Store and App Store. The schedule can also be viewed on the PLUS website.

PLUS also advises highway customers to get the latest traffic updates on the highways from the PLUSTrafik Twitter, highway electronic message boards and the toll-free PLUSLine 1800 88 0000. They are also advised to use mobile navigation apps such as Waze and Google Map to plan their journey during this festive season.

PLUS MENCERIAKAN SAMBUTAN DEEPAVALI DENGAN MENAWARKAN DISKAUN 20%

Sambutan dan kemeriahan ‘pesta cahaya’ tahun ini semakin bermakna apabila pelanggan lebuh raya yang pulang untuk meraikan perayaan tersebut bersama keluarga bakal menikmati diskaun tol sempena perayaan Deepavali sebanyak 20% di semua lebuh raya PLUS dan LPT2 bermula jam 12:00 tengah malam pada Ahad, 27 Oktober ini.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail berkata, “Pada 27 Oktober ini, pelanggan lebuh raya akan menikmati diskaun tol sebanyak 20 peratus (berkuatkuasa selama 24 jam) di antara jam 12:00 tengah malam hingga 11:59 malam. Kami juga mengucapkan agar mereka menikmati perjalanan yang selamat dan selesa serta dapat meraikan sambutan Deepavali dengan lebih bermakna.” 

“Sebagai contoh, pelanggan lebuh raya akan menikmati diskaun tol ini sekiranya mereka mula memasuki lebuh raya pada jam 10 malam pada Sabtu, 26 Oktober dan keluar dari lebuh raya selepas jam 12:00 tengah malam pada 27 Oktober,” jelas Datuk Azman.

Diskaun tol 20% ini diberikan kepada pelanggan kenderaan persendirian (Kelas 1) yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan Jambatan Pulau Pinang. 

Walau bagaimanapun, diskaun tersebut tidak diberikan untuk transaksi tol di Plaza Tol Tanjung Kupang (Linkedua). Ia juga tidak ditawarkan kepada pelanggan di Jambatan Pulau Pinang yang sedang menikmati diskaun tol 20 peratus yang sedia ada. 

PLUS Keluar Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Sempena Deepavali 

Sementara itu, PLUS juga mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi pelanggan lebuh raya yang melakukan perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan di antara 24 Oktober hingga 29 Oktober ini sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan dan menguruskan kesesakan di lebuh raya, kawasan rehat dan rawat dan plaza tol pada musim perayaan ini. 

Berdasarkan TTA yang dikeluarkan, pelanggan dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi. Manakala, pelanggan yang menuju ke lain-lain destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang disarankan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 3 petang.

“Sementara itu, orang ramai daripada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor menuju ke Lembah Klang bagi tempoh yang sama, dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi. Manakala, bagi pelanggan lebuh raya daripada lain-lain negeri atau destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang pula dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 3 petang,” tambah Datuk Azman.

Jadual TTA sempena perayaan Deepavali juga boleh didapati menerusi aplikasi PLUS Mobile App yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store atau App Store. Pelanggan juga boleh merujuk jadual TTA di laman web PLUS di www.plus.com.my. 

PLUS juga menasihatkan pelanggan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya menerusi Twitter PLUSTrafik, papantanda elektronik lebuh raya atau menghubungi talian PLUSLine di 1800 88 0000. Mereka juga disarankan supaya merujuk aplikasi Waze atau Google Map untuk merancang perjalanan ke destinasi masing-masing.