Media Release

NATIONWIDE MOVE AT ALL PLUS TOLL PLAZAS TO REDUCE CONGESTIONS - NO MORE RELOAD AT EXIT LANES FROM 5 NOVEMBER 2019

In an effort to help customers enjoy smoother passage when exiting the highway, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) will no longer provide Touch ‘n Go reload facilities at all toll plaza exit lanes from 5 November 2019.

This move is aimed at reducing congestion caused by reload activities at all toll plazas in the northern region (between Hutan Kampung and Ipoh Utara) and the southern region (between Seremban and Skudai). However, Customer Service Centres and Reload Lanes at entry lanes at selected toll plazas are still provided and will be operating as usual.

Based on statistical record, approximately 8 percent from 253,000 daily traffic average in northern region and 9 percent of 189,000 daily traffic average in southern region contributes to unnecessary delays due to customers experiencing insufficient balance and require emergency topping up at the exit lanes. On average, a reload process at the exit lane takes up to 3 minutes.

Furthermore, the move to suspend the Touch ’n Go reload service at all exit lanes is also to ensure the safety of PLUS customer service agents (CSA) as there have been several cases where heavy vehicles crashed into toll booths at the toll plazas. To date, there have been 81 cases of heavy vehicles crashing into toll booths between 2016 and 2018.

The move was earlier introduced at all toll plazas in the Central Region (between Seremban and Ipoh South) from 1 August 2019. Within 3 months, the number of drivers topping up at the exit lanes was tremendously reduced by over 60 percent.

As such, PLUS customers are strongly advised to plan their journey and ensure that their Touch 'n Go cards have sufficient balance before entering the highway. PLUS is also engaging with Touch ‘n Go Sdn Bhd to ensure all the Touch ‘n Go kiosks are in good working condition at all times.

There are more than 11,000 reload facilities provided by Touch ‘n Go throughout the country including ATMs, petrol stations, convenience stores, rest areas and shopping malls, to name a few.

 

LANGKAH MENGURANGKAN KESESAKAN DI SEMUA PLAZA TOL PLUS

- TIADA LAGI TAMBAH NILAI DI SEMUA LORONG KELUAR MULAI 5 NOVEMBER 2019

Bagi membantu melancarkan perjalanan pelanggan di plaza tol ketika keluar dari lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memutuskan untuk menutup perkhidmatan tambah nilai Touch 'n Go di semua lorong keluar di plaza tol di lebuh raya seliaannya mulai 5 November 2019.  Langkah ini juga merupakan pendekatan yang diambil untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh urusan tambah nilai di lorong tol di semua plaza tol di Wilayah Utara (melibatkan laluan Hutan Kampung – Ipoh Utara) dan Wilayah Selatan (di antara Seremban dan Skudai). Walau bagaimanapun, Pusat Khidmat Pelanggan di sesetengah plaza tol dan Lorong Tambah Nilai di Lorong Masuk di plaza tol terpilih masih disediakan dan beroperasi seperti biasa. 

Menurut rekod PLUS, sebanyak 8 peratus daripada 253,000 purata trafik harian di wilayah utara dan 9 peratus daripada 189,000 purata trafik harian di wilayah selatan tidak mempunyai baki yang mencukupi untuk melaksanakan transaksi tol di lorong keluar. Ini menyebabkan perjalanan pelanggan yang lain sering terganggu kerana setiap transaksi tambah nilai akibat baki rendah boleh mengambil masa sehingga 3 minit untuk setiap kenderaan.

Langkah PLUS tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di plaza tol juga bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pembantu perkhidmatan pelanggan PLUS kerana kemalangan melibatkan kenderaan berat merempuh pondok tol kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Di antara tahun 2016 hingga 2018, terdapat 81 kes di mana kenderaan berat merempuh pondok tol yang dikendalikan oleh pembantu perkhidmatan pelanggan.

Terdahulu, PLUS telah melaksanakan inisiatif ‘Tiada Tambah Nilai’ di semua lorong keluar di plaza tol di Wilayah Tengah di antara laluan Seremban hingga Ipoh Selatan sejak 1 Ogos yang lalu. Setelah tiga bulan pelaksanaan inisiatif tersebut, PLUS telah berjaya merekodkan pengurangan melebihi 60 peratus melibatkan kesesakan trafik dan jumlah kenderaan yang beratur untuk menambah nilai di semua lorong keluar di plaza tol di Wilayah Tengah.

Justeru, pelanggan PLUS dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dan memastikan bahawa kad Touch 'n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya. PLUS bersama Touch ‘n Go Sdn Bhd akan memastikan semua kiosk tambah nilai Touch 'n Go berada dalam keadaan yang baik pada setiap masa.

Pada ketika ini, terdapat lebih daripada 11,000 pusat tambah nilai yang disediakan oleh Touch ‘n Go di seluruh negara termasuk mesin ATM, stesen minyak, kedai serbaneka, kawasan rehat dan rawat dan pusat beli-belah.