Media Release

RELOAD LANES AT PLUS ENTRY TOLL PLAZAS WILL BE CLOSED TO FACILITATE SMOOTHER TRAFFIC FLOW DURING CHRISTMAS & 2020 NEW YEAR HOLIDAYS

All reload lanes at entry toll plazas on PLUS-operated highways will be closed to customers beginning 24th December 2019 to 2nd January 2020 to facilitate smoother traffic flow during the upcoming Christmas and 2020 New Year holidays. The move is aimed at reducing traffic congestion due to long queue at reload lanes at the toll plazas. 

To help make travel their safer, smoother and more convenient, PLUS strongly recommends customers to plan their journey and most importantly, top-up their Touch ‘n Go cards earlier and to ensure their card have sufficient balance at all times. 

PLUS anticipates the traffic plying its highways will increase by 18 percent from 1.7 million vehicles during normal working days to 2 million vehicles during the holiday period. 

As such, traffic flow at major toll plazas will be hugely disrupted if highway customers fail to ensure sufficient balance in their Touch ‘n Go cards and they are unable to carry out their toll transaction. This will also affect the comfort and movement of other highway customers at the toll plaza. 

PLUS would like to remind that no Touch ‘n Go card top-up service is provided at the exit lane at its toll plazas. However, highway customers can still top-up their cards at 11,000 reload centres covering ATM machines, R&Rs, petrol stations, malls, self-service kiosks and convenient stores throughout the country.

PLUS also reiterates that toll transactions via PayDirect e-wallet cannot be performed at PLUS toll plazas at this point of time. As such, highway users are advised to only use Touch ‘n Go cards and SmartTAGs for toll transactions on its highways.

LORONG TAMBAH NILAI DI PLAZA TOL MASUK DI PLUS DITUTUP UNTUK BANTU LANCARKAN PERJALANAN TRAFIK SEMPENA PERAYAAN KRISMAS & TAHUN BAHARU 2020 

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol masuk seliaannya mulai 24 Disember 2019 hingga 2 Januari 2019 akan datang bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik pada cuti perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2020 yang akan datang. Penutupan lorong tambah nilai sepertimana dilaksanakan pada setiap musim perayaan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh pelanggan beratur di lorong tambah nilai di plaza tol.

Sehubungan itu, bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa, PLUS menasihatkan agar pelanggan merancang perjalanan mereka dan paling utama, menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka lebih awal selain memastikan kad mereka mempunyai baki yang mencukupi.

Pada musim perayaan ini, PLUS menjangkakan peningkatan jumlah trafik sebanyak 18 peratus kepada 2 juta kenderaan berbanding 1.7 juta kenderaan pada hari-hari biasa.

Oleh itu, perjalanan di plaza tol dijangka terjejas sekiranya masih terdapat pelanggan yang terkandas dan tidak dapat membuat transaksi tol apabila baki pada kad Touch ‘n Go mereka tidak mencukupi. Apabila ini berlaku, ia sudah pasti mengganggu keselesaan dan perjalanan pelanggan yang lain.

PLUS juga tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar di plaza tol. Namun begitu, terdapat kira-kira 11,000 pusat menambah nilai kad Touch ‘n Go di seluruh negara yang merangkumi mesin ATM, R&R, stesen minyak, kedai serbaneka, pasaraya dan lain-lain lagi.

Pada masa yang sama, PLUS juga ingin memaklumkan bahawa pelanggan lebuhraya PLUS masih belum boleh menggunakan perkhidmatan e-Wallet PayDirect pada ketika ini. Oleh yang demikian, mereka dinasihatkan supaya menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka dan menggunakannya untuk semua transaksi tol di lebuhraya seliaan PLUS.