Media Release

PLUS COLLABORATES WITH RTD TO SET UP 3rd RTD STATION AT PAGOH RSA (SOUTHBOUND)

 As part of an effort to improve safety on its highways, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) collaborated with the Road Transport Department (RTD) to set up an RTD Station at the Pagoh Rest and Service Area (Southbound) at KM135.5 on the North-South Expressway.

The opening of 3rd RTD Station was officiated by RTD Director-General, Dato’ Sri Shaharuddin Khalid and witnessed by Managing Director of PLUS, Datuk Azman Ismail, Chief Operating Officer of PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, Malaysian Highway Authority (MHA) Southern Region Director, Mohd Shahrir Amin Ahmad and RTD senior officers. 

PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail said, "PLUS continuously explores new approaches and ideas to improve safety on our highways to help our customers enjoy safer and more convenient travel. Apart from looking at engineering and education aspects, we also collaborate with enforcement agencies such as the RTD to improve safety on the highways.” 

“At the same time, the presence of JPJ enforcement officers on our highways is important in addressing issues that relates to heavy vehicles such as the use of low-quality rethreaded tyres, overloaded consignment and so on. Most of the obstacles found on the highway which consist of tyre fragments, wood, iron scraps or debris and many more originated from heavy vehicles, pose a threat to our customers,” Datuk Azman added. 

PLUS and JPJ and other enforcement agencies had conducted about 155 Ops Halangan to address obstacles on the highway since 2017. It shows the commitment of both parties and other enforcement agencies in resolving the issue on the highways and helps highway customers enjoy safer journey on the highways. 

“The setting up of an RTD Station at a strategic location such as the Pagoh Rest and Service Area (Southbound) is our commitment to provide safer highway service for customers,” Datuk Azman explained. 

The Pagoh RTD Station is the third RTD Station opened on the PLUS highways. The first RTD station was opened at Dengkil Rest and Service Area (Southbound) on ELITE highway on 12 February 2018, meanwhile the second station at Gunung Semanggol (Southbound) RSA on 25 January 2019. 

“The RTD Station will facilitate smoother and easier enforcement, monitoring, safety advocation initiatives as well as emergency assistance by RTD officers,” Datuk Azman added.

PLUS-JPJ BERKOLABORASI BUKA STESEN JPJ KETIGA DI R&R PAGOH (ARAH SELATAN)

Sebagai salah satu daripada langkah meningkatkan lagi tahap keselamatan di lebuh raya kendaliannya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkolaborasi membuka sebuah lagi Stesen JPJ di Kawasan Rehat dan Rawat Pagoh (Arah Selatan) di KM135.5 di Lebuhraya Utara-Selatan.

Majlis perasmian Stesen JPJ yang ketiga di lebuh raya PLUS ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JPJ, Dato’ Sri Shaharuddin Khalid dan disaksikan oleh Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, Pengarah Wilayah Selatan Lembaga Lebuhraya Malaysia, Mohd Shahrir Amin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan JPJ.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, “PLUS sentiasa mencari pelbagai pendekatan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan di semua lebuh raya kendalian kami agar pelanggan dapat terus menikmati perkhidmatan lebuh raya yang selamat dan selesa. Justeru itu, selain daripada memberi fokus terhadap aspek kejuruteraan lebuh raya dan pendidikan menerusi program-program advokasi keselamatan jalan raya, kami turut melihat kepada aspek penguatkuasaan undang-undang dengan kerjasama JPJ dan agensi penguatkuasa lain.”

“Pada masa sama, kehadiran anggota JPJ yang mengadakan penguatkuasaan undang-undang di lebuh raya kami amat penting terutamanya dalam menangani isu-isu berkenaan kenderaan berat seperti penggunaan tayar celup yang tidak berkualiti, membawa muatan berlebihan dan lain-lain adalah amat kritikal. Umum mengetahui bahawa kebanyakan isu halangan atau objek yang berpunca daripada kenderaan berat seperti serpihan tayar, kayu, besi dan lain-lain mendatangkan bahaya kepada pelanggan-pelanggan kami,’ tambah Datuk Azman.

Pihak PLUS dan JPJ serta agensi penguatkuasa yang lain telah melaksanakan lebih kurang 155 Ops Halangan sejak tahun 2017. Statistik ini membuktikan komitmen kedua-dua pihak serta agensi penguatkuasa yang lain untuk menangani isu halangan di lebuhraya dan membantu pelanggan menikmati perjalanan yang selamat di lebuh raya.

“Langkah mewujudkan sebuah Stesen JPJ di lokasi yang strategik di R&R Pagoh (Arah Selatan) adalah komitmen kami untuk terus menyediakan perkhidmatan lebuh raya yang selamat untuk semua pelanggan lebuh raya kami,” jelas Datuk Azman.

Stesen JPJ di R&R Pagoh (Arah Selatan) ini merupakan Stesen JPJ yang ketiga di lebuh raya kendalian PLUS. Stesen JPJ pertama yang seumpama ini telah dibuka di R&R Dengkil (Arah Selatan) di Lebuhraya ELITE pada 12 Februari 2018, manakala stesen kedua di R&R Gunung Semanggol (Arah Selatan) pada 25 Januari 2019.

“Dengan adanya Stesen JPJ di selatan Lebuhraya PLUS ini, PLUS bersama-sama JPJ akan dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan lebuh raya melalui pelbagai inisiatif termasuklah penguatkuasaan, pemantauan, advokasi keselamatan malahan bantuan kecemasan,” tambah Datuk Azman.