Media Release

PLUS COLLABORATION WITH POLICE IN ENSURING A SAFER JOURNEY HOME THIS CHINESE NEW YEAR

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is collaborating with the Police to ensure safer and smoother journey home this Chinese New Year.

PLUS Chairman, Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif said, “PLUS, as PDRM’s strategic partner, believes the smart partnership will contribute to positive journey experience while creating a safer environment on our highway.”

“With the presence of the police, highway customers will be rest assured that they can get help at any time and at the same time, feel that their safety is in good hands while on the highway,” he added.

He was quoted at the 16th Op Selamat Launching Ceremony in conjunction with the Chinese New Year celebration that was officiated by Deputy Inspector-General of Police, Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor which PLUS co-organised.

According to Dato’ Mohamad Nasir, PLUS is focusing on how this organization takes care of its customers besides the efficient congestion management and the smoothness of highway operations during the upcoming festive period.

“All these efforts are tuned to helping customers enjoy smoother and more comfortable journey during the upcoming festive period,” he added. 

PLUS is estimating 2 million vehicles will be utilizing the PLUS highway during peak days of Chinese New Year festive season. This figure translated to an increase of 18 percent compared to 1.7 million vehicles daily.

“Among other preparations which include the issuance of Travel Time Advisory (TTA) to enable people to plan their journey and avoid congestion,” he explained. 

Also present were Datuk Azman Ismail, PLUS Managing Director and PDRM senior officials.

KOLABORASI PLUS - POLIS PELIHARA KESEJAHTERAAN PELANGGAN LEBUHRAYA  

Kolaborasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terutamanya dalam aspek keselamatan jalanraya menjadi pendekatan yang ampuh dalam memelihara kesejahteraan rakyat.

Pengerusi PLUS, Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif berkata, “PLUS selaku rakan strategik PDRM percaya kolaborasi pintar ini mampu meningkatkan pengalaman perjalanan pelanggan yang lebih positif di samping mewujudkan rasa yang lebih selamat di lebuh raya kami.”

“Dengan kehadiran pasukan polis, pelanggan lebuh raya mendapat jaminan bahawa mereka boleh mendapatkan bantuan pada bila-bila masa serta meningkatkan keyakinan bahawa keselamatan mereka berada dalam keadaan yang baik ketika berada di lebuh raya,” tambahnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Op Selamat ke-16 Bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor di mana PLUS bertindak sebagai Penganjur Bersama.

Menurut Dato’ Mohamad Nasir, PLUS memberi fokus terhadap bagaimana syarikat ini menjaga para pelanggan dengan baik di samping pengurusan kesesakan yang efisien dan kelancara operasi lebuh raya pada musim perayaan yang akan datang.

“Semua ini bertujuan bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa di musim perayaan yang akan datang,” tambah beliau.

PLUS menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya PLUS pada waktu-waktu puncak musim perayaan Tahun Baharu Cina. Jumlah ini mencatatkan peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding 1.7 juta kenderaan pada hari-hari biasa.

“Di antara persediaan PLUS adalah dengan mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi membolehkan orang ramai merancang perjalanan dan mengelakkan kesesakan,” jelas Dato’ Mohamad Nasir.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, serta pegawai-pegawai kanan PDRM.