Media Release

#PILIHINTEGRITITIADATOLERANSI PLUS Anti-Bribery Anti-Corruption pledge on its Integrity Day

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) management and its employees together with over 400 business partners, vendors, contractors, regulators and government officials took an oath to be free from corruption with an Anti-Bribery Anti-Corruption (ABAC) pledge in the presence of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) during its Integrity Day ceremony recently.

PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail stated strongly, “PLUS holds a zero-tolerance position against all forms of bribery and corruption. Real integrity is doing the right thing when nobody is watching. As a reminder, we have devised the tagline of #pilihintegrititiadatoleransi. I personally believe, for any organisation to thrive and be of value to the society, its leadership must whole heartedly embrace the value of integrity as it is a crucial ingredient in driving truth and transparency in everyday work life.”

The signing of the PLUS Corruption-Free Pledge was led by Datuk Azman followed by representatives from PLUSRonda, PLUS Customer Service Assistants (CSA), PLUS business partners and vendors.

This was followed by the recital of the Corruption-Free Pledge by Datuk Azman and witnessed by the Deputy Chief Commissioner (Prevention) of MACC, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil, Deputy Commissioner (Director of Community Education Division) of MACC, Razim Mohd Noor, Assistant Commissioner (Deputy Director of Agency Integrity Management Division) of MACC, Mohamad Ahmad@Puteh together with the Deputy Director-General of the Malaysian Highway Authority (MHA), Ir Abdullah Hashim, PLUS Chairman, Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif and PLUS Chief Governance and Risk Officer, Satpal Singh.

To strengthen its corporate governance practice, PLUS has successfully set up a Governance, Risk and Compliance Committee at Board level supported by a dedicated Governance and Integrity Unit in line with MACC Guidelines and the National Anti-Corruption Plan.

PLUS has also recently launched an Anti-Bribery and Corruption (ABAC) Guide which outlined PLUS’ 10 key integrity principles. To inculcate the value and practice of integrity among PLUS personnel, the company embarked on a comprehensive exercise to provide over 112 face-to-face training for all 3,800 employees in 17 PLUS regional and section offices nationwide.

"PLUS is on track to achieving the MS ISO 37001 standard through the adoption of best anti-bribery and corruption practices. PLUS efforts and initiatives in combating bribery and corruption cannot be done alone, therefore, all parties who deal with PLUS are invited to cooperate in creating a healthy, conducive and ethical ecosystem," added Datuk Azman.

 

#PILIHINTEGRITITIADATOLERANSI

Ikrar Anti-Rasuah Anti-Korupsi PLUS pada Hari Integriti

Pengurusan dan warga kerja PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersama 400 rakan niaga, penyedia perkhidmatan, kontraktor, pengawal selia dan agensi Kerajaan telah menyatakan komitmen untuk bebas daripada rasuah dengan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah disaksikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa penganjuran Hari Integriti baru-baru ini.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, “PLUS mengamalkan toleransi sifar terhadap semua bentuk rasuah dan korupsi. Integriti sebenar adalah melakukan perkara yang betul apabila tiada sesiapa yang melihat. Sebagai peringatan, kami telah mencipta tagline #pilihintegrititiadatoleransi. Saya percaya, mana-mana organisasi untuk berkembang maju dan menjadi nilai kepada masyarakat, barisan kepimpinannya mestilah mengamalkan nilai integriti dengan sepenuh hati kerana ia merupakan aspek terpenting dalam memacu kebenaran dan ketelusan dalam kehidupan seharian.”

Dalam program tersebut, Ikrar Bebas Rasuah telah ditandatangani oleh Datuk Azman bersama-sama dengan anggota PLUSRonda, Pembantu Khidmat Pelanggan PLUS, rakan niaga dan penyedia perkhidmatan yang terlibat dengan syarikat ini.

Ini diikuti oleh lafaz Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Datuk Azman dan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Pesuruhjaya (Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Razim Mohd Noor, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya (Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Ahmad@Puteh, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir Abdullah Hashim, Pengerusi PLUS, Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif dan Ketua Pegawai Governans dan Risiko PLUS, Satpal Singh.

Dalam usaha memperkukuh tadbir urus korporatnya, PLUS telah menubuhkan Jawatankuasa Governans, Risiko dan Pematuhan di peringkat Jawatankuasa Lembaga Pengarah dan disokong oleh Unit Governans dan Integriti selari dengan Panduan SPRM dan Pelan Anti-Rasuah Nasional.

Selain itu, PLUS juga telah melancarkan Panduan Anti Rasuah dan Korupsi (ABAC) yang menggariskan 10 prinsipal utama integriti. Dalam masa yang sama, bagi menerapkan nilai dan amalan budaya integriti di kalangan warga kerjanya, syarikat ini turut menyediakan 112 latihan bersemuka buat semua 3,800 warga kerjanya di 17 pejabat operasi wilayah dan seksyen PLUS di seluruh negara.

“PLUS sedang berusaha untuk mencapai standard MS ISO 37001 melalui amalan anti-rasuah dan korupsi. Usaha dan inisiatif PLUS dalam memerangi rasuah dan korupsi tidak boleh dilakukan secara bersendirian, oleh itu, semua pihak yang berurusan dengan PLUS dijemput untuk bekerjasama dalam mewujudkan sebuah ekosistem yang sihat, kondusif dan beretika,” tambah Datuk Azman.