Media Release

PLUS CONSTRUCTS NEW MEDIAN CONCRETE BARRIER ON ELITE TO IMPROVE SAFETY

As part of PLUS Malaysia Bhd’s (PLUS) continuous efforts to improve safety through “Engineering” is the construction of a new median concrete barrier on the highway between Seafield and Ebor Interchanges on the ELITE highway to reduce the possibility of heavy vehicles from cross-bound traffic incidents.

To facilitate the construction of these median concrete barriers, the right lane between KM3.70 and KM5.45 (Northbound) along the stretch has been closed to all vehicles. The closure is also to enable safer site preparation works and planned construction of the median barriers which is targeted for completion in Quarter 3 (Q3) this year.

As such, customers are strongly advised when passing through the stretch to plan their journey, follow all traffic signages and speed limit at the area and instructions by PLUS personnel.

The decision to introduce median concrete barriers at the designated stretch in place of the existing median guardrails is part of an initiative to improve safety at the stretch. Median concrete barriers can reduce the possibility of heavy vehicles crossing over to the opposite lanes during crashes, thereby reducing the risk of other vehicles being impacted during such incidences. 

PLUS is grateful and appreciates the co-operation of all highway customers throughout the construction period and their support in ensuring that the traffic flow is as smooth as possible.

PLUS BINA TEMBOK PENGHADANG KONKRIT (NJB) PERTINGKAT TAHAP KESELAMATAN DI ELITE  

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meneruskan usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan melalui aspek Kejuruteraan dengan membina tembok penghadang konkrit (NJB) di bahagian median lebuh raya di antara Persimpangan Persimpangan Bertingkat Seafield dan Ebor di Lebuhraya ELITE untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan serta mengelakkan kejadian kemalangan melibatkan kenderaan berat terbabas dan kebarangkalian memasuki laluan bertentangan. 

Bagi membolehkan projek tersebut dilaksanakan, lorong kanan di antara KM3.70 hingga KM5.45 (Arah Utara) ditutup kepada semua kenderaan. Penutupan tersebut adalah bagi membolehkan kerja-kerja persediaan serta pembinaan tembok penghadang konkrit yang dijangka tamat pada Suku Ketiga (Q3) tahun ini. 

Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan semua pelanggan lebuh raya yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan, mematuhi had laju di kawasan kerja serta mematuhi semua papantanda dan arahan yang disediakan oleh pihak PLUS.

Keputusan untuk membina tembok penghadang konkrit bagi menggantikan rel pengadang yang sedia ada merupakan salah satu daripada inisiatif PLUS untuk meningkatkan tahap keselamatan di laluan terbabit. Tembok penghadang konkrit berupaya untuk mengurangkan kemungkinan kenderaan berat yang terbabas daripada memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan yang lain. 

PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pelanggan lebuh raya sekaligus memastikan aliran trafik lancar ketika kerja-kerja pembinaan tembok penghadang konkrit ini dilaksanakan.