Media Release

PLUS, FIRST MALAYSIAN HIGHWAY TO RECEIVE ISO 39001:2012 FOR ROAD TRAFFIC SAFETY MANAGEMENT SYSTEM (RTSMS) CERTIFICATION

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is the first highway in the country to be accredited with ISO 39001:2012 Road Traffic Safety Management System (RTSMS) standard by the National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH). This achievement reaffirms its international recognition as the first Asia Pacific Highway to win the Prince Michael International Road Safety Award in December last year.

PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail received the certification from the Chairman of National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH), YB Alice Lau Kiong Yieng in conjunction with the OSH Unity and Sustainability programme recently.

As Malaysia’s largest highway company serving over 1.7 million customers daily and with a staff strength of 4,000 personnel, PLUS has leveraged on the 3E’s approach which encompass Engineering, Education and Enforcement in managing safety on its highway since 2017.

PLUS has rolled out a series of short-term and long-term initiatives to improve road safety by reducing the severity of road traffic crashes using the International Road Assessment Programme (iRAP) Rating standard as a benchmark for road improvement.

While for prevention of human errors especially among highway workers, PLUS collaborated with NIOSH and co-developed the Expressway Operations Safety Passport (EOSP) programme, which increased the safety awareness of the highway team. This EOSP certification is mandatory for all roadside workers on PLUS highways before they can enter their respective work zones.

Additionally, the strategic collaboration between PLUS and the authorities to enforce and enhance road safety on PLUS highways reaped the desired results as it has the lowest accident rates (i.e. 2.4%) compared to other roads and highways nationwide. PLUS has embarked on leveraging the use of modern technology to enhance its highway operations and services via digital transformation, from its highway patrol vehicles, traffic monitoring centre modernisation and upskilling the digital capabilities of the employees.

Malaysia's Social Security Organisation (SOCSO) also received the same certification, while 26 other companies received certification for the ISO 45001:2018 for Occupational Health and Safety Management System, ISO9001:2015 for Quality Management System, and the ISO14001:2015 for Environmental Management System from NIOSH.

PLUS, LEBUH RAYA PERTAMA DI MALAYSIA TERIMA PENSIJILAN ISO 39001:2012 BAGI SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN TRAFIK JALAN RAYA (RTSMS)

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) muncul sebagai lebuh raya pertama di Malaysia yang diiktiraf dengan Pensijilan ISO 39001:2012 bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Trafik Jalan Raya (RTSMS) oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH). Pengiktirafan ini adalah selepas pencapaian antarabangsanya sebagai lebuh raya Asia Pasifik pertama yang memenangi Anugerah Keselamatan Jalan Raya Antarabangsa Prince Michael pada Disember tahun lalu.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail telah menerima pensijilan tersebut daripada Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), YB Alice Lau Kiong Yieng sempena program OSH Unity and Sustainability yang diadakan baru-baru ini.

Sebagai syarikat pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia yang memberi perkhidmatan kepada 1.7 juta pelanggan setiap hari termasuk 4,000 pekerja lebuh raya, PLUS telah mengambil pendekatan 3E iaitu Engineering (Kejuruteraan), Enforcement (Penguatkuasaan) dan Education (Pendidikan) dalam menguruskan keselamatan di lebuh rayanya sejak tahun 2017.

PLUS juga telah menjalankan beberapa inisiatif jangka pendek dan jangka panjang bagi meningkatkan keselamatan lebuh raya bagi mengurangkan kemalangan dengan menggunakan penarafan Program Penilaian Jalan Raya Antarabangsa (iRAP) sebagai penanda aras untuk penambahbaikan lebuh rayanya.

Bagi mencegah dari berlakunya kesilapan manusia terutamanya di kalangan pekerja lebuh raya, PLUS dengan kerjasama NIOSH telah melaksanakan program Pasport Keselamatan Operasi Lebuh Raya (EOSP) yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan para pekerja. Pengiktirafan EOSP ini adalah wajib bagi semua pekerja yang bertugas di atas lebuh raya PLUS sebelum mereka boleh memasuki zon kerja masing-masing.

Di samping itu, kerjasama strategik antara PLUS dan pihak-pihak berkuasa juga amat penting untuk meningkatkan penguatkuasaan dan keselamatan di lebuh raya PLUS sehingga berjaya mencatatkan kadar kemalangan terendah (iaitu 2.4%) berbanding dengan jalan dan lebuh raya lain di seluruh negara. PLUS juga sedang memanfaatkan penggunaan teknologi moden untuk memantapkan operasi dan perkhidmatan lebuh raya melalui transformasi digital yang merangkumi kenderaan peronda lebuh raya, pemodenan pusat pemantauan trafik dan meningkatkan keupayaan digital kakitangannya.

Selain itu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) turut menerima pensijilan yang sama bagi ISO 39001:2012, manakala sebanyak 26 syarikat turut menerima pensijilan ISO 45001:2018 bagi Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, ISO9001:2015 bagi Sistem Pengurusan Kualiti dan ISO14001:2016 bagi Sistem Pengurusan Alam Sekitar daripada NIOSH.