Media Release

PLUS CONFIRMS EMPLOYEE TESTED POSITIVE FOR COVID-19 Ebor (Entry) Toll Plaza to Be Temporarily Closed for Disinfection

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) confirms that an employee from its Ebor Toll Plaza (Entry) has been tested positive for Covid-19.

The employee, a CSA (Customer Service Assistant) is undergoing treatment at a government medical facility. PLUS has instructed all staff who has had close contact with the patient to undergo medical check-up and practice self-quarantine. 

PLUS assures everyone that with immediate effect, the disinfection and cleaning processes are being carried out at the affected toll plaza. As such the Ebor Toll Plaza (Entry) heading toward the ELITE highway will be temporarily closed from 12:01 am until 11:59 pm on 19th March (Thursday) to facilitate the sanitization work. 

Highway customers from Shah Alam, Batu Tiga and the surrounding areas heading towards KLIA, Putrajaya and south are advised to enter the ELITE highway via Shah Alam or Seafield Toll Plazas throughout the 24-hour closure period. 

PLUS would like to take this opportunity to advise all highway customers to adhere to the restrictive movement order, which will flatten the spread of Covid-19. The safest way is to practise social distancing and avoid crowded areas.  

On this premise, our Rest and Service Areas are open but limited for take away F&B services only. The dining area at our food courts are closed to deter the convergence of crowds. We also advise for the sake of personal health, safety and hygiene that our Muslim patrons bring their own prayer mats and for the ladies, their own “telekung” ie praying attire. 

It is highly advisable for patrons to keep 1 meter away when queuing to order their take away, only one passenger per vehicle should alight to purchase the F&B orders for the rest.

PLUS SAHKAN SEORANG KAKITANGAN DIJANGKITI COVID-19

-Plaza Tol Ebor (Masuk) Ditutup Sementara Untuk Proses Disinfeksi

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan bahawa seorang kakitangannya di Plaza Tol Ebor (Plaza Masuk) telah disahkan positif jangkitan Covid-19.

Kakitangan tersebut, seorang Pembantu Khidmat Pelanggan, pada ketika ini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan kerajaan. PLUS juga telah mengarahkan semua kakitangannya yang mempunyai hubungan rapat dengan kakitangan terbabit supaya mengadakan pemeriksaan dan saringan kesihatan serta dikuarantin. 

Pada masa yang sama, PLUS memberi jaminan bahawa kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan diadakan di plaza tol yang terbabit. Sehubungan dengan itu, Plaza Tol Ebor (Plaza Masuk) menghala ke Lebuhraya ELITE akan ditutup sementara mulai jam 12:01 pagi hingga 11:59 malam pada 19 Mac (Khamis) untuk kerja-kerja sanitasi dan pembersihan.

Oleh itu, pelanggan dari Shah Alam, Batu Tiga serta kawasan sekitar yang menghala ke KLIA, Putrajaya dan selatan dinasihatkan supaya memasuki lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Shah Alam atau Seafield sepanjang tempoh penutupan tersebut. 

PLUS mengambil peluang ini untuk menasihatkan semua pelanggan lebuhraya supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan dalam usaha menangani jangkitan Covid-19. Kaedah terbaik adalah menerusi penjarakkan sosial dan mengelakkan tempat-tempat sesak.

Oleh itu, semua R&R PLUS pada ketika ini hanya menyediakan jualan makanan secara bungkus dan semua medan makan ditutup bagi mengelakkan pelanggan berkumpul. Selain itu, pelanggan yang beragama Islam dinasihatkan supaya membawa sendiri kelengkapan beribadat seperti sejadah, kain pelikat ataupun telekung untuk solat di surau R&R. 

PLUS juga menasihatkan pengunjung R&R yang berhenti untuk membeli makanan supaya beratur di dalam jarak 1 meter di antara satu dan lain. Hanya seorang wakil dari setiap kenderaan dibenarkan untuk keluar membeli makanan dari gerai R&R bagi pihak penumpang yang lain.