Media Release

COVID-19: PLUS DEFERS RFID IMPLEMENTATION ON ITS HIGHWAYS, AS WELL AS ON LPT2 IN THE EAST COAST

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Closed Toll systems RFID launch planned for 1st April 2020, will be postponed. In light of the current COVID-19 pandemic, the safety and personal health of PLUS employees and highway customers are of paramount importance. Hence, all testing and progressive work is halted under the “Movement Control Order (MCO).

All work to fully complete RFID readiness on PLUS-operated highways will resume once the Government’s MCO is lifted. Upon completion, all 83 PLUS and 10 LPT2 (East Coast) Closed System toll plazas will be equipped with RFID facilities.

“At PLUS, we believe the MCO as an important move to protect the health, safety and well-being of not just our employee but all Malaysians from the threat of Covid-19. Based on this principle, we have decided to defer the launch of RFID payment system on PLUS and LPT2 highways to a new date upon the lifting of the MCO,” said PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail.

PLUS also takes this opportunity to urge the public to adhere to the MCO and to remain at home in order to help flatten the spread of Covid-19 and more crucially to protect one’s health and family’s wellbeing.

COVID-19: PELAKSANAAN KUTIPAN TOL RFID DI LEBUH RAYA PLUS & LPT2 DITANGGUHKAN

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) terpaksa menunda tarikh pelaksanaan sistem kutipan tol menggunakan RFID di semua plaza tol sistem tertutup di Lebuhraya PLUS dan LPT2 yang dijadualkan bermula pada 1 April yang akan datang. Ketika penularan wabak Covid-19, keselamatan dan kesihatan kakitangan PLUS termasuk pelanggan lebuh raya adalah menjadi keutamaan. Oleh itu, semua ujian dan kerja progresif berkaitan sistem tersebut dihentikan sementara di bawah “Perintah Kawalan Pergerakan” (MCO). 

Semua persiapan untuk memastikan persediaan RFID di semua lebuh raya kendalian PLUS akan bersambung sejurus selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berakhir. Apabila siap kelak, semua 83 plaza tol sistem tertutup di lebuh raya PLUS dan 10 plaza tol di LPT2 (Lebuhraya Pantai Timur 2) akan dilengkapi dengan  kemudahan pembayaran tol menggunakan RFID. 

“Di PLUS, kami percaya bahawa Perintah Kawalan Pergerakan merupakan langkah penting untuk melindungi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan bukan sahaja kepada kakitangan kami malah kepada semua rakyat Malaysia daripada risiko Covid-19. Berdasarkan prinsipal ini, kami telah membuat keputusan untuk menjadualkan semula pelaksanaan pembayaran tol menerusi RFID di Lebuh raya PLUS dan LPT2 ke tarikh yang baru yang akan diumumkan selepas tempoh arahan ini selesai,” kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail. 

PLUS juga ingin mengingatkan semua pelanggan kami agar terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan dan terus berada di rumah bagi membendung penularan Covid-19, untuk keselamatan diri dan keluarga.