Media Release

PLUS DONATES RM1.2 MILLION TO TWO COVID-19 HOSPITALS

As a national organisation who holds care for the community and Nation at heart, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) felt a compelling need to help the medical fraternity who is fiercely battling the Covid-19. PLUS is contributing medical supplies and personnel protective equipment worth RM1.2 million to Hospital Kuala Lumpur (HKL) and Hospital Sungai Buloh (HSB) to help combat this global pandemic. 

“As the entire staff force of both HKL and HSB are focussed on treating Covid-19 patients, we assist with the procurement process where we will purchase directly from the suppliers and coordinate the delivery of the equipment to each hospital. It’s the least we can do, to lessen the burden of the respective hospital procurement teams during these trying times,” said Datuk Azman Ismail, PLUS Managing Director.

“On behalf of Hospital Kuala Lumpur, I wish to express our utmost appreciation and gratefulness to PLUS for its assistance in donating Personal Protective Equipment at the cost of approximately RM938,000 to ensure safety of our medical frontliners at the Covid-19 Screening Centre and wards in Hospital Kuala Lumpur. This donation will be of great help to enhance Hospital Kuala Lumpur to contain Covid-19 pandemic,” said Datuk Dr Heric Corray, Director of Hospital Kuala Lumpur.

“Hospital Sungai Buloh would like to extend our utmost gratitude to PLUS for their donation of

medical equipment needed for the treatment of Covid-19 patients. This donation will be a great help in aiding and accommodating our fight towards the COVID-19 pandemic,” said Dr Kuldip Kaur, Director of Hospital Sungai Buloh.

“Globally this pandemic has infected over 1 million people and in Malaysia alone over 3,000 has been tested positive. The good news, over 1,000 Malaysians recovered and have been tested negative. We sincerely hope that we will be able to contribute to a higher recovery success rate through the equipment delivered to both HKL and HSB,” added Datuk Azman.

PLUS supports the Government’s initiatives in combatting Covid-19 and strongly advises Malaysians to stay home and keep their families safe and healthy while helping to flatten the spread of the virus.

PLUS SALUR RM1.2 JUTA KEPADA 2 BUAH HOSPITAL UNTUK TANGANI COVID-19 

Sebagai sebuah institusi nasional yang prihatin untuk terus menjaga rakyat dan komuniti dengan baik, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) turut sama menyalurkan bantuan kepada pasukan perubatan yang terlibat dalam menangani wabak Covid-19. PLUS memperuntukkan RM1.2 juta kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sungai Buloh (HSB) dalam bentuk peralatan perlindungan peribadi dan peralatan perubatan bagi membantu kedua-dua hospital tersebut menangani Covid-19.

“Ketika seluruh tenaga kerja daripada HKL dan HSB memberi fokus untuk merawat pesakit Covid-19, PLUS membantu dalam proses perolehan di mana kami akan membeli terus dari pembekal dan menyelaraskan penghantaran peralatan ke kedua-dua buah hospital terbabit. Inilah penglibatan dan bantuan yang kami boleh lakukan bersama untuk mengurangkan beban pasukan perolehan hospital tersebut dalam detik yang mencabar ini,” kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS. 

“Bagi pihak Hospital Kuala Lumpur, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran kepada PLUS atas komitmennya untuk menghulurkan bantuan Peralatan Perlindungan Peribadi dengan kos kira-kira RM938,000 untuk memastikan keselamatan kakitangan perubatan di Pusat Saringan dan Wad Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur. Sumbangan yang disalurkan ini sangat membantu Hospital Kuala Lumpur untuk menangani wabak Covid-19,” kata Datuk Dr Heric Corray, Pengarah Hospital Kuala Lumpur.

“Hospital Sungai Buloh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PLUS atas sumbangan peralatan perubatan yang amat diperlukan untuk memulihkan pesakit-pesakit Covid-19. Sumbangan ini juga adalah bantuan yang amat dialu-alukan dalam usaha kita mengatasi pandemik Covid-19 ini,” kata Dr Kuldip Kaur, Pengarah Hospital Sungai Buloh.

“Wabak Covid-19 ini telah menjangkiti lebih daripada satu juta orang di seluruh dunia dan di Malaysia sahaja lebih daripada 3,000 telah diuji positif. Melihat dari sudut yang positif, lebih daripada 1,000 rakyat Malaysia telah pulih daripada virus tersebut. Kami berharap dengan bantuan yang kami salurkan kepada HKL dan HSB ini berupaya untuk menyumbang kepada kadar pemulihan yang lebih tinggi,” tambah Datuk Azman. 

PLUS menyokong segala usaha Kerajaan untuk menangani wabak Covid-19 dan terus mengingatkan semua rakyat Malaysia agar terus kekal berada di rumah di samping menjaga keselamatan dan kesihatan bersama keluarga masing-masing bagi membendung penularan wabak Covid-19.