Media Release

GERAK MALAYSIA: PLUS EXPECTS OVER 300,000 CARS ON THE ROAD INCLUDING HIGHWAYS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) estimates that over 300,000 Gerak Malaysia applicants will be plying all routes including the expressways, beginning from Wesak day, 7th May (Thursday) to 10th May (Sunday).  This one-off exemption allows Malaysians who have been stranded in other states and wishes to return to their home of origin, particularly for work purposes, during the Conditional Movement Control Order (CMCO).

“The Police has informed us that the travel will be in stages over the duration of the 4 days. On the first day on 7th May, those whose Gerak Malaysia application has been approved will depart from Kuala Lumpur to their desired destination. On the second day, on 8th May, those who are stranded in Perak, Johor and Kelantan will be able to make their way cross country, while those who are in Perlis, Kedah, Penang, Melaka and Pahang will journey from Saturday, 9th of May and on Sunday, 10th May, the final day of Gerak Malaysia, those who has been in Selangor, Negeri Sembilan and Terengganu when the MCO was implemented may travel back to their homes,” explained Datuk Azman Ismail, Managing Director of PLUS.

“While the purpose of Gerak Malaysia is to enable fellow Malaysians to return to their homes, we are mindful that their safety and comfort when traveling back are of utmost importance, especially in these precarious times,” added Datuk Azman.

PLUS, has implemented the SOPs in accordance to the National Security Council (NSC) and the Ministry of Health (MoH) from phase 1 of the MCO on 18th March. 

Every traveller is advised to adopt social distancing by ensuring their Touch ‘n Go cards are topped up before entering the highway, as all cash transactions with Customer Service Assistants (CSA) are prohibited. This prohibition is in place to eliminate the plausible transmission of the Coronavirus, thus flattening the Covid-19 spread.

PLUS’s advice is to check one’s Touch ‘n Go card to ensure there is sufficient balance. The conveniently located reload zones include petrol stations, Self-Service Kiosks (SSK), convenience stores and at ATM machines. To find the nearest SSKs or reload centres visit www.touchngo.com.my

In accordance to the SOPs announced by the Royal Malaysian Police (PDRM), highway customers will only be allowed to stop at R&R, Lay-by and Toll Plaza parking area to rest in their vehicles. They are only allowed to alight from their vehicle to use the public washroom facilities. Customers are to adhere to the social distancing markers when queueing at the R&R and lay-by public restrooms.

All suraus are closed and no food will be available at the R&R’s and laybys throughout the 4-day duration of Gerak Malaysia and petrol stations will only be operating from 6am to 12midnight, for refuelling convenience. 

The highway frontline patrolling units, the PLUSRonda will be traversing the expressway on 24-hour loops to ensure the safety of travellers and can be easily contacted via the PLUSLine 1800-88-0000. This emergency toll-free number is available in the PLUS Mobile App, which can be downloaded for free, directly from the Apple App Store or the Google Play Store. It also enables the user to receive the latest traffic updates for the PLUSTrafik Twitter account.

Before embarking on one’s Gerak Malaysia journey, it is advisable to use Waze or Google Map to avoid congestion on the highway and while travelling to be alert of traffic instructions from the many electronic signages along the 1,131.4KM stretch. 

PLUS is confident all highway customers who stringently follow the Gerak Malaysia travel advisory will reach their desired destination safely.

 

GERAK MALAYSIA: PLUS JANGKA LEBIH 300 RIBU KENDERAAN BERGERAK DI SEMUA LALUAN TERMASUK LEBUH RAYA

 

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lebih daripada 300 ribu kenderaan pemohon Gerak Malaysia akan bergerak di seluruh negara termasuk rangkaian lebuh raya PLUS sepanjang tempoh Gerak Malaysia bermula pada cuti perayaan Hari Wesak pada 7 Mei (Khamis) hingga 10 Mei (Ahad) yang akan datang. Inisiatif Gerak Malaysia ini membolehkan orang ramai yang sebelum ini terkandas di negeri-negeri lain ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dan berhasrat bergerak pulang ke rumah masing-masing untuk kembali bekerja.

“Pihak polis telah memaklumkan bahawa pergerakan secara berperingkat ini akan berlangsung selama 4 hari. Pada hari pertama (7 Mei), pemohon Gerak Malaysia yang telah mendapat kebenaran akan bergerak pulang dari Kuala Lumpur ke destinasi masing-masing. Hari kedua (8 Mei) melibatkan perjalanan mereka yang terkandas dari Perak, Johor dan Kelantan, manakala pada 9 Mei pula melibatkan mereka dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang. Sementara itu, pada hari terakhir Gerak Malaysia pada 10 Mei (Ahad) pula adalah bagi mereka yang membuat perjalanan dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu untuk kembali semula ke rumah masing-masing,” jelas Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS. 

“kami sangat prihatin dan mengambil berat terhadap keselamatan dan keselesaan orang ramai ketika melakukan perjalanan di lebuh raya sepanjang tempoh Gerak Malaysia tersebut,” tambah Datuk Azman. 

PLUS telah melaksanakan Prosidur Operasi Standard selaras dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak dari fasa pertama PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu. 

Setiap pemandu dinasihatkan untuk mengamalkan penjarakan sosial dengan memastikan mereka mempunyai baki yang mencukupi di dalam kad Touch ‘n Go masing-masing sebelum memasuki lebuh raya. Ini berikutan semua urusan tambah nilai kad Touch ‘n Go menerusi pembantu khidmat pelanggan di lorong tol tidak lagi dibenarkan bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19. 

Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya membuat urusan tambah nilai di stesen minyak, Kiosk layan diri (SSK), kedai serbaneka, mesin ATM dan lain-lain lokasi yang disediakan di seluruh negara. Sila rujuk lokasi SSK dan tambah nilai terdekat dengan melayari www.touchngo.com.my.

Selaras dengan Prosidur Operasi Standard yang telah diumumkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), pelanggan lebuh raya hanya dibenarkan untuk berhenti rehat di dalam kenderaan masing-masing apabila tiba di kawasan tempat letak kenderaan di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah atau plaza tol. Pelanggan hanya dibenarkan untuk keluar dari kenderaan untuk menggunakan kemudahan tandas awam sahaja.

Selain itu, PLUS ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi garis panduan penjarakan sosial ketika beratur bagi menggunakan tandas awam di R&R dan hentian sebelah. Sementara itu, semua surau di R&R juga masih ditutup dan tiada kemudahan pembelian makanan dan minuman di gerai-gerai R&R disediakan sepanjang tempoh Gerak Malaysia. 

Sepanjang tempoh tersebut juga, stesen minyak di lebuh raya PLUS akan beroperasi dalam tempoh terhad bermula dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam sahaja.   

Perkhidmatan rondaan di lebuh raya, PLUSRonda juga disediakan 24-jam setiap hari untuk menjaga keselamatan dan memberi bantuan kepada pelanggan. Untuk mendapatkan bantuan PLUSRonda, pelanggan lebuh raya boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800 88 0000. Talian bantuan ini juga boleh dihubungi secara terus menerusi Aplikasi PLUS yang boleh dimuat turun menerusi Apple App Store atau Google Play Store. Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya menerusi Twitter PLUSTrafik.

Ketika perjalanan Gerak Malaysia, orang ramai juga dinasihatkan untuk menggunakan Aplikasi Waze atau Google Map untuk mengelakkan kesesakan di lebuh raya di samping mendapatkan maklumat trafik menerusi papan tanda elektronik yang disediakan di lokasi-lokasi strategic di sepanjang 1,131.4 kilometer lebuhraya PLUS. 

PLUS yakin sekiranya Prosidur Operasi Standard dipatuhi sepanjang perjalanan, pelanggan akan tiba ke destinasi masing-masing dengan selamat dan sejahtera.