Media Release

INTRASTATE TRAVEL ON PLUS HIGHWAY IS PERMISSIBLE DURING FIRST DAY OF AIDIL FITRI

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) the nation’s longest interstate closed system highway, stretching over 1,100KM from Kedah, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka to Johor and Terengganu is advising Malaysians to be responsible by not risking themselves and others by attempting to travel between the states in an attempt to “balik Kampung” to celebrate Aidilfitri. 

“We echo and support the authorities initiatives to flatten the spread of the Coronavirus. Understandably the new normal requires us to break tradition this Raya by staying safe at home and are only allowed to visit you close family, living within the same state. It would really a waste of our time, effort and sacrifice over these past 65 days, since 18 March when MCO began, should the Green Zones be infected because we did not act responsibly as a fellow Malaysian,” emphasised Datuk Azman Ismail, Managing Director of PLUS. 

“The Police who are enforcing stringent roadblocks along our highways and errant travellers will be fined and be asked to turn back home,” cautioned Datuk Azman.

Under the extended Conditional Movement Control Order (CMCO) the public is banned from interstate travel and the Raya Balik Kampung journey is not exception. However, intrastate travel on PLUS highway is permissible. Despite the roadblocks along the mainline as well as interchanges, PLUSRonda patrol units continue to loop within their highway sections to keep travellers safe.

 The suraus in the majority of the R&R’s plus laybys are closed, except the public washrooms and parking areas. However, selected R&R and laybys stall operators do offer take away food thanks to a newly upgraded PLUS app that has a pre-order function, reinforcing social distancing. However, food & beverages purchase via packages are available only at selected R&R stalls, at a total of 21 R&Rs, 2 Overhead Bridge Restaurants and 8 selected lay-bys operating from 7:00 am to 10:00 pm. (Note: the operation hours are subjected to the instructions of the local authorities at the respective states).

Through its traffic trend analysis, PLUS anticipates that slightly over 1 million vehicles will be plying its highways during the Syawal festive season.

As standard safety practice during every festive season, PLUS Emergency Response Team (ERT) collaborates with highway safety and law enforcement partners including police, fire and rescue department and Civil Defence Force at several key strategic locations at the main toll plazas to provide support and emergency assistance during this Raya period.

To avoid any possible transmission of Covid-19, Highway customers are encouraged to reload their Touch ‘n Go cards, ensuring sufficient balance at petrol stations, Self-Service Kiosks (SSKs), convenience stores, ATM machines and other locations available nationwide before entering the highway. To find the nearest SSKs or reload centres visit www.touchngo.com.my

PLUS has initiated the following to ensure its highways are safer and more comfortable for those who are traveling with their home state to celebrate Raya :-

  • Deployment of 2,900 personnel along the PLUS highway eco-system.
  • Traffic Drone monitoring to facilitate traffic flow mitigation at strategic locations along the highway.
  • Closing of reload lane at toll plazas to prevent the Covid-19 spread through direct interventions among PLUS staffs and highway customers.
  • Providing additional cranes and towing trucks at strategic locations for faster stranded vehicle clearing works on highway.
  • Provide 149 PLUSRonda teams for 24-hours highway patrolling.
  • Provide 42 staffs at the Traffic Monitoring Centre during festive season.

Additionally, intrastate travellers can get the latest traffic information through PLUSTrafik Twitter, PLUSLine toll-free number at 1800 88 0000, PLUS Mobile Application, electronic signages along the highways and via local radio stations. They are also advised to use Waze and Google Map Applications to avoid congestion along the highways.   

At the same time, the public can interact with the PLUS Chatbot, “PUTRI” and obtain various information ranging from traffic updates, toll fares, inquiries about PLUSMiles, product, facilities, promotions and events on the PLUS website (www.plus.com.my), PLUSMiles portal (www.plusmiles.com.my), and the PLUS Mobile App.

PERJALANAN DALAM NEGERI DIBENARKAN DI LEBUH RAYA PLUS PADA HARI RAYA PERTAMA AIDILFITRI

Lebuh raya terpanjang dalam negara, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merangkumi 1,100 kilometer dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka hingga Johor dan Terengganu menasihatkan agar rakyat Malaysia lebih bertanggungjawab untuk tidak mempertaruhkan kesejahteraan diri sendiri dan orang lain dengan melakukan perjalanan antara negeri dalam usaha untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.

“Kami menyokong sepenuhnya inisiatif daripada pihak berkuasa sebagai langkah untuk membendung penularan Coronavirus. Memahami norma baharu memerlukan kita memecahkan tradisi pada musim perayaan ini dengan memastikan untuk terus kekal berada di rumah dan hanya dibenarkan mengunjungi keluarga terdekat di dalam negeri yang sama. Segala pengorbanan, masa dan usaha kita setelah mengharungi 65 hari Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu akan menjadi sia-sia sekiranya Kawasan Hijau dijangkiti kerana kita gagal melaksanakan peranan sebagai rakyat Malaysia yang bertangungjawab,” tegas Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.

“Pihak polis akan mengadakan sekatan jalan raya yang ketat di sepanjang lebuh raya dan pemandu yang ingkar terhadap larangan perjalanan merentas negeri ini boleh dikenakan denda selain diarahkan untuk berpatah balik,” kata Datuk Azman. 

Ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang melarang orang ramai melakukan perjalanan merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan ini. Walau bagaimanapun, perjalanan dalam negeri adalah dibenarkan di lebuh raya PLUS. Berikutan terdapat beberapa sekatan jalan raya di sepanjang laluan utama lebuh raya, anggota PLUSRonda akan terus mengadakan rondaaan di sepanjang lebuh raya untuk memastikan keselamatan semua pelanggan.

Melalui analisa perjalanan trafik, PLUS menjangka kira-kira 1 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya kendaliannya pada musim Syawal ini.

Sementara itu, semua surau di kawasan rehat dan rawat (R&R) juga masih ditutup, kecuali tandas awam dan kawasan meletak kenderaan di R&R masih dibuka kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, terdapat kemudahan pembelian makanan dan minuman secara bungkusan di gerai-gerai R&R dan hentian sebelah terpilih sahaja.

Pelanggan juga disaran membuat pesanan makanan terlebih dahulu melalui Pra-Pesanan Makanan menerusi Aplikasi PLUS bagi memastikan penjarakan sosial. Pembelian makanan dan minuman hanya terdapat di 21 R&R, 2 Restoran Jejantas dan 8 hentian sebelah terpilih yang beroperasi mulai jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam. Walau bagaimanapun, waktu operasi tersebut tertakluk kepada arahan pihak berkuasa tempatan di negeri masing-masing.

Sepertimana standard amalan keselamatan pada setiap kali musim perayaan, PLUS berkolaborasi dengan Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT) untuk memastikan keselamatan lebuh raya dan penguatkuasaan undang-undang terdiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam di beberapa lokasi strategik di plaza tol utama lebuh raya bagi memberi sokongan dan bantuan kecemasan pada musim perayaan ini.

Bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19, pelanggan lebuh raya dinasihatkan supaya memastikan kad Touch ‘n Go mempunyai baki yang mencukupi dan dapat menambah nilai di stesen minyak, Kiosk layan diri (SSK), kedai serbaneka, mesin ATM dan lain-lain lokasi yang disediakan di seluruh negara sebelum memasuki lebuh raya. Sila rujuk lokasi SSK dan pusat tambah nilai terdekat dengan melayari www.touchngo.com.my.

Selain itu, PLUS juga memantapkan operasi lebuh rayanya untuk memastikan keselamatan dan memberi lebih keselesaan kepada pelanggan lebuh raya, antaranya dengan:-

  • Menempatkan kira-kira 2,900 kakitangan di dalam eko-sistem PLUS di lebuh raya.
  • Penggunaan drone untuk membuat pemantauan trafik di lokasi-lokasi strategik di lebuh raya.
  • Penutupan operasi lorong tambah nilai di plaza tol untuk membendung penularan Covid-19 melalui intervensi terus di kalangan kakitangan dan pelanggan lebuh raya.
  • Menyediakan kren dan trak tunda tambahan di lokasi strategik bagi kerja-kerja pengalihan kenderaan yang terkandas dengan lebih cepat di lebuh raya.
  • Menyediakan 149 pasukan PLUSRonda untuk menjalankan rondaan 24-jam di lebuh raya.
  • Menugaskan 42 kakitangan di Pusat Kawalan Trafik setiap hari pada musim perayaan. 

Sementara itu, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter PLUSTrafik, talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000, aplikasi PLUS Mobile, papantanda elektronik dan laporan trafik menerusi stesen radio utama. Orang ramai juga boleh menggunakan Aplikasi Waze atau Google Map untuk mengelakkan kesesakan di lebuh raya.

Dalam masa yang sama, pelanggan lebuh raya juga boleh berinteraksi dengan ‘PUTRI’, virtual PLUS chatbot untuk mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan lebuh raya seperti maklumat trafik, kadar tol, pertanyaan mengenai PLUSMiles, produk, kemudahan, promosi dan acara menerusi platform laman web PLUS (www.plus.com.my), portal PLUSMiles (www.plusmiles.com.my), dan Aplikasi PLUS.