Media Release

PLUS EXPECTS DAILY TRAFFIC TO INCREASE UP TO 15% FROM 10TH JUNE ONWARDS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) has been recording a healthy increase in daily traffic post May 4th when the Government announced the Conditional Movement Control Order or CMCO, with the relaxation of inter-state travel for work and the opening of selected economic sectors resulting in a surge of commercial vehicles for the transportation of essential goods. Since then, the daily traffic has even surpassed the 1 million mark during weekdays and has been steadily fluctuating in a positive manner.

“PLUS is optimistic that the announcement of the Recovery Movement Control Order or RMCO for more commercial sectors will be a boost to the economy, especially with inter-state travel being allowed unabated. We are confident that Malaysians will adhere to the new safety SOPs by the Health Ministry and will conduct themselves accordingly,” said Datuk Azman Ismail, PLUS Managing Director.

“Notably the RMCO lifting of inter-state travel will mean more vehicles plying our highways and we are prepared for the increase, which is expected to be between 10% to 15%. During pre-MCO, PLUS manages a daily flow of traffic above 1.6 million vehicles on daily basis and each major festive celebration the numbers hover around 2 million per day. Hence, the RMCO volume is highly manageable,” explains Datuk Azman.

When the first Movement Control Order (MCO) began on 18th March, PLUS traffic volume dropped drastically. However, that volume steadily increased from May 4th and rose during the last week of Ramadhan to over 1 million vehicles. However, the numbers declined as over 95% complied to staying home during the duration Aidil Fitri festive celebration.

With noticeable increase since 1st June, PLUS anticipates traffic to climb between 10% and 15% vehicles per day, from the first weekend of the RMCO on 12th, 13th and 14th June.

Since the first MCO, the highway R&Rs, lay-bys and toll plazas barred the suraus and F&B operators, with only the public washrooms and parking made available for highway customers. There are visible social distancing markers towards the toilets to remind highway customers to be safe and not mass gather at the R&Rs.

Over the phases of MCO to CMCO, relaxation allowed for selected F&B outlets to operate along the key locations to support the commercial transporters. Also, petrol stations operated to provide refuelling for long-distance travel by heavy vehicles.

PLUS, Pre-Order Meal service was recently introduced through the PLUS Mobile App to enable highway customers to place orders and make payments earlier before they reach and take away food from pick-up points at selected R&Rs to maintain social distancing.

Under RMCO most R&R stalls (including dining areas) will reopen from 15th June and customers can enjoy dining while adhering to the SOPs. All Food Truck services will resume operations at respective R&Rs and lay-bys from 15th June as well. However, all surau facilities are still closed to the public until further notice.

PLUS, R&Rs, lay-bys and toll plazas are regularly cleaned and sanitised to eliminate the risk of the virus transmission since the beginning of MCO as a regular SOP.

To find out the latest updates and information on PLUS highway, customers can download the free PLUS app or log on to www.plus.com.my or contact toll-free PLUSLine 1800-88-0000. They can engage with the first highway Chatbot, PUTRI (PLUS Texting Realtime Interface) for the traffic status, promotions and to help plan one’s journey.

In case of emergencies, the highway patrol unit the PLUSRonda and the Traffic Monitoring Centre (TMC) are on call 24-7 and reachable via PLUSLine 1800-88-0000.

PLUS JANGKA TRAFIK HARIAN MENINGKAT 15% BERMULA 10 JUN

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah merekodkan kadar peningkatan jumlah trafik harian yang baik sejak 4 Mei apabila pihak Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan sedikit kelonggaran bagi pergerakan rentas negeri untuk bekerja dan pembukaan beberapa sektor ekonomi, sekaligus menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan komersil bagi urusan pengangkutan barangan keperluan. Bermula pada tarikh tersebut, jumlah trafik harian di lebuhraya PLUS telah menjangkau lebih 1 juta kenderaan pada hari bekerja biasa dan terus meningkat dengan stabil.

“Oleh itu, kami optimis, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang melibatkan lebih banyak sektor komersil akan memberi sumbangan yang positif kepada ekonomi, terutamanya apabila pergerakan rentas negeri turut dibenarkan. Kami yakin, rakyat Malaysia akan terus mematuhi SOP Kementerian Kesihatan,” kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

“PKPP yang membawa kepada kebenaran untuk perjalanan rentas negeri bakal menyaksikan lebih banyak kenderaan menggunakan lebuhraya PLUS dan kami telah bersedia untuk menghadapi pertambahan tersebut yang dijangka di antara 10% hingga 15% peratus. Sebelum PKP dikuatkuasakan, kadar trafik harian PLUS adalah sebanyak 1.6 juta kenderaan sehari dan jumlah tersebut meningkat kepada 2 juta sehari pada musim-musim perayaan. Oleh yang demikian, kami yakin berupaya mengendalikan jumlah trafik sepanjang tempoh PKPP,” jelas Datuk Azman.

Apabila Fasa Pertama PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu, kadar trafik PLUS telah mencatat penurunan yang drastik. Namun begitu, ia meningkat secara stabil bermula 4 Mei dan terus meningkat pada minggu terakhir Ramadan kepada lebih 1 juta kenderaan sehari. Jumlah tersebut walau bagaimanapun berkurangan apabila lebih 95% memilih untuk tidak melakukan perjalanan ketika sambutan Aidilfitri.

Dengan kenaikan yang stabil sejak 1 Jun lalu, PLUS menjangkakan jumlah trafik akan melonjak di antara 10% hingga 15% setiap hari, bermula pada minggu pertama PKPP pada 12, 13 and 14 Jun ini.

Sejak PKP Fasa Pertama dilaksanakan, semua kemudahan surau dan gerai makanan yang terdapat R&R dan hentian sebelah serta plaza tol telah ditutup di mana hanya kemudahan tandas awam dan tempat meletak kenderaan dibuka untuk orang ramai. Penanda penjarakan sosial disediakan bagi laluan menghala ke tandas awam untuk memberi peringatan keselamatan kepada pelanggan lebuhraya termasuk peringatan mengelakkan aktiviti berkumpul di R&R.

Fasa di antara PKP dan PKPB menyaksikan sedikit kelonggaran diberikan kepada premis makanan untuk beroperasi terutamanya bagi memenuhi keperluan pemandu kenderaan komersil. Stesen minyak turut dibuka untuk menbolehkan kenderaan berat yang melakukan perjalanan jauh untuk mengisi minyak.

Selain itu, perkhidmatan Pra-Pesanan Makanan telah diperkenalkan untuk membolehkan pelanggan lebuhraya untuk membuat tempahan makanan dan bayaran awal sebelum mereka tiba di R&R untuk mengambil pesanan mereka di R&R terpilih selain mengamalkan penjarakan sosial.

Di bawah PKPP, kebanyakan gerai makanan (termasuk tempat makan) di R&R akan beroperasi mulai 15 Jun dan pelanggan berpeluang untuk menjamu selera di R&R sambil mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Semua perkhidmatan Food Truck akan turut beroperasi di R&R dan hentian sebelah terpilih mulai 15 Jun. Walau bagaimanapun, kemudahan bersolat di surau masih lagi tidak dibuka sehingga satu tarikh yang akan diumumkan.

Selain itu, SOP yang diperkenalkan sejak pelaksanaan PKP menyaksikan kawasan R&R, hentian sebelah dan plaza tol sentiasa dibersihkan dan diselenggara untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Bagi mengikuti perkembangan terkini di lebuhraya PLUS, pelanggan disaran supaya memuat turun Aplikasi PLUS atau melayari laman web PLUS di www.plus.com.my atau menghubungi talian PLUSLine 1800 88 0000. Mereka juga boleh berinteraksi dengan Chatbot pertama industri lebuhraya, PUTRI (PLUS Texting Realtime Interface) untuk mendapatkan maklumat trafik terkini, promosi dan panduan perjalanan.

Apabila berlaku kecemasan, pasukan rondaan lebuhraya PLUSRonda dan pusat Kawalan Trafik (TMC) bersedia untuk memberikan bantuan 24-jam dan mereka boleh dihubungi menerusi PLUSLine 1800 88 0000.