Media Release

RMCO: ALL SURAUS ALONG PLUS & LPT2 HIGHWAYS ARE RE-OPENED

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) has opened its suraus located in all its 24 RSA (Rest Service Areas), including two OBR (Overhead Bridge Restaurants) effective from 10th June 2020, in line with the Government’s post RMCO (Recovery Movement Control Order) announcement.

Highway customers can fulfil their prayer obligations in the suraus along the northbound and southbound RSAs, namely Gurun, Gunung Semanggol, Sungai Perak, Tapah, Rawang, Dengkil, Seremban, Ayer Keroh, Pagoh, Machap, Gelang Patah, including Sungai Buloh and Ayer Keroh OBRs. Similarly along the East Coast, the LPT2 highway suraus at its 3 RSAs ie Perasing, Paka and Ajil (both East Bound) are opened. 

“We would like to stress that highway travel in this new normal will consume more time, as safety SOPs will be fully implemented to all who visit our RSAs,” explains Datuk Azman Ismail, Managing Director of PLUS.

“While PLUS conducts body temperature checks at all RSAs, and food hygiene is a priority along with the overall cleanliness of the entire RSA area, including the car park area, we urge everyone to take their own precaution as we are look-out for each other’s safety and wellbeing, in line with, Kita Jaga Kita, advocacy by the Government,” added Datuk Azman.

 Inter-state highway travellers are assured that PLUS RSA and OBR facilities are cleansed and thoroughly sanitised. Each Surau praying hall has social distancing markers to establish the 1-metre apart rule. There are also markers at the ablution wash areas as well. Highway customers are encouraged to bring their own prayer mat (Sejadah) and for the ladies, their own prayer attire (Telekung) to ensure personal hygiene is preserved. 

Depending on the size and spatial layout of each surau, notification posters of indicative limited number of congregations allowed are visibly affixed and registration is required for contact tracing purpose. All suraus located at PLUS toll plazas remain closed to the public until further notice.

PKPP: KEMUDAHAN SURAU DI SEPANJANG LEBUHRAYA PLUS & LPT2 KINI DIBUKA SEMULA

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah membuka semula surau di semua 24 R&R dan 2 Restoran Jejantas di semua lebuhraya kendaliannya bermula 10 Jun lalu selari dengan pengumuman Kerajaan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Susulan pengumuman tersebut, pelanggan lebuhraya kini dibenarkan untuk menunaikan solat di surau-surau yang terletak di R&R arah utara dan selatan seperti Gurun, Gunung Semanggol, Sungai Perak, Tapah, Rawang, Dengkil, Seremban, Ayer Keroh, Pagoh, Machap, Gelang Patah, termasuk Restoran Jejantas Sungai Buloh dan Ayer Keroh. Begitu juga di sepanjang Pantai Timur, surau-surau di 3 R&R yang terletak di lebuhraya LPT2 seperti Perasing, Paka dan Ajil (kedua-duanya Arah Timur) kini turut dibuka semula. 

 “Dalam norma baru ini, kami ingin menekankan bahawa perjalanan di lebuhraya kini akan memakan masa yang lebih lama jika pelanggan berhenti di R&R. Ini adalah kerana SOP keselamatan akan dilaksanakan dengan sepenuhnya terhadap semua pelanggan yang singgah di R&R kami,” jelas Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS. 

“Walaupun pemeriksaan suhu badan pelanggan dijalankan di setiap R&R, PLUS turut memberi penekanan terhadap kebersihan makanan di samping kebersihan di seluruh kawasan R&R, termasuklah kawasan meletak kenderaan. Oleh itu, orang ramai diminta untuk turut mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan diri sendiri, selari dengan slogan Kerajaan, Kita Jaga Kita,” tambah Datuk Azman. 

Kebersihan di R&R dan Restoran Jejantas akan memberi keselesaan buat pelanggan lebuhraya yang melakukan perjalanan rentas negeri pada ketika ini. Penanda penjarakan sosial turut disediakan di setiap ruangan solat surau untuk memastikan jarak 1 meter. Penanda turut diletakkan di kawasan mengambil wuduk. Walau bagaimanapun, pelanggan lebuh raya digalakkan untuk membawa sejadah dan telekung sendiri untuk memastikan kebersihan diri terjaga ketika bersolat. 

Bergantung pada luas dan ukuran setiap surau, poster pemberitahuan mengenai had jumlah pengguna surau turut diletakkan untuk rujukan pengguna dan pendaftaran diri diperlukan untuk tujuan pengesanan kontak.

Namun begitu, surau-surau yang terletak di kawasan awam di plaza tol masih lagi ditutup sehingga diberitahu kelak.