Media Release

PLUS ANNOUNCES RAYA HAJI 2020 TRAVEL TIME ADVISORY & DEPLOYS 3,500 HIGHWAY SAFETY PERSONNEL TO TAKE CARE OF YOU ON YOUR BALIK KAMPUNG JOURNEY

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) Travel Time Advisory (TTA) announces that the best time to start your festive journey this Hari Raya Aidil Adha from KL/Selangor to Perlis, Kedah, Penang, Perak (North) and Johor is to enter the highway before 10am, and after 2pm to other states, beginning today until 30th July 2020.

PLUS, TTA for “Pulang ke Bandar” ie back to KL/Selangor is to enter the highway from all states before 9am, between 1st to 3rd August 2020. 

“It is indeed a blessing to be able to travel home to celebrate Aidil Adha with your loved ones, but never forget we are still under the Recovery MCO and social distancing at our R&Rs, lay-bys must be followed as well as temperature taking. To avoid transmission from cash transaction, its best to top up one’s Touch ‘n Go card beforehand,” emphasized Mohd Yusuf Abdul Aziz, Head of Operations Excellence of PLUS.

“For every festive travel, PLUS will always deploy between 3,500 to 5,000 safety and law enforcement personnel along its 1,1,34KM highway and are prepared for any eventuality. This is our way of taking care of you and your loved ones, and the TTA is another, so please follow it closely,” advise Yusuf.

“To those who are traveling north to Sungai Dua and towards Kedah, we have recently embarked on a RFID Public Pilot until Hutan Kampung and advise that you use your Touch ‘n Go card. However, if you already have an RFID tag on your car, you just need to ensure your e-wallet has sufficient balance whilst traveling around that region. However, toll payments via Touch 'n Go cards are still accepted at respective toll plaza,” added Yusuf.

 

Strengthen Highway Operations

"PLUS, also expects an increase of 30 percent of traffic or 1.7 million vehicles to utilize all PLUS-operated highways including the Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), as compared to 1.2 million vehicles on normal days in conjunction with the Hari Raya Aidil Adha festive season," explained Mohd Yusuf.

At the same time, for every festive season, PLUS also initiated various approaches to strengthen highway operations to ensure its highways are safer and more comfortable journey.

PLUS, will be deploying 3,500 personnel along the PLUS highway eco-system to assist highway customers in case of any eventualities. PLUS has  assigned a total of 1,344 customer service team members at all toll plazas, 254 PLUSRonda personnel i.e. 24-hour highway patrol, 1,500 maintenance staff together with 58 Traffic Monitoring Centre and 400 RELA personnel to assist in traffic management and congestion mitigation at the rest and service areas, lay-bys and toll plazas during every festive celebration.. 

Additionally, all non-critical maintenance and upgrading works on the highway from July 29 to August 3 will be temporarily halted. 

PLUS, has also place additional cranes and towing trucks on stand-by at 14 strategic locations along the highway for speedier clearing of stranded vehicles on the highway, as well as traffic drone monitoring to facilitate traffic flow monitoring at strategic locations along the highways. 

In view of combating Covid 19, PLUS has closed the reload lane at toll plazas to reduce direct interactions among PLUS personnel and highway customers cash transactions. As such, highway customers are encouraged to ensuring sufficient balance and reload their Touch ‘n Go cards at petrol stations, Self-Service Kiosks (SSKs), convenience stores, ATM machines and other locations available nationwide before entering the highway. To find the nearest SSKs or reload centres visit www.touchngo.com.my 

Pre-Oder Service at selected R&Rs

Highway customers are encouraged to utilize Pre-Order service for take away meals available at its 16 selected rest and service areas (R&Rs) for more comfortable experience and convenience to highway customers stopping by at the R&Rs. 

The Pre-Order service is available through the portal https://orderdisini.plus.com.my or via its PLUS Mobile Applications at the PLUS R&Rs locations in Dengkil (Both Bounds), Rawang (Northbound) and Sungai Buloh Overhead Bridge Restaurant (Both Bounds), Machap (Both bounds), Ayer Keroh (Southbound), Gunung Semanggol (Both bounds), Pagoh (Southbound), Tapah (Southbound), Ulu Bernam (Southbound) and Juru Lay-by (Southbound) as well as on the LPT2 highway at R&R Ajil (North Bound), Paka (North Bound) and Perasing (South Bound)”.

"Highway customers can easily place the pre-order earlier during their journey or before arrival at their intended R&R destination via their mobile phone or laptops. They can reduce waiting time, no need to queue at the stalls as well as faster and easier for the food packages pick up when arriving at the R&R location,” said Mohd Yusuf.

In the new normal, the pre-order initiative aims to maintain social distancing dan reducing long time for being with the public in the public places. At the same time, this is also to provide a sustainable business avenue for PLUS business partners and practice of the new Standard Operating Procedures at the rest areas. 

Latest Traffic Information

Additionally, highway customers can get the latest traffic information through PLUSTrafik Twitter, PLUSLine toll-free number at 1800 88 0000, PLUS Mobile Application, electronic signages along the highways and via local radio stations. They are also advised to use Waze and Google Map Applications to avoid congestion along the highways. 

At the same time, the public can interact with the PLUS Chatbot, “PUTRI” and obtain various information ranging from traffic updates, toll fares, inquiries about PLUSMiles, product, facilities, promotions and events on the PLUS website (www.plus.com.my), PLUSMiles portal (www.plusmiles.com.my), and the PLUS Mobile App.

 

PLUS KELUARKAN JADUAL WAKTU PERJALANAN & MENUGASKAN 3,500 KAKITANGAN KESELAMATAN LEBUH RAYA UNTUK MENJAGA ANDA SEPANJANG PERJALANAN BALIK KAMPUNG

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) telah mengeluarkan Jadual Waktu Perjalanan (TTA) untuk saranan waktu yang sesuai memulakan perjalanan di lebuh raya sempena Perayaan Hari Raya Aidil Adha, bagi pelanggan lebuh raya dari Kuala Lumpur/Selangor menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi. Manakala pelanggan yang menuju ke lain-lain negeri disarankan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 2 petang bermula hari ini sehingga 30 Julai 2020.

Sementara itu bagi perjalanan pulang semula ke Lembah Klang di antara 1 Ogos hingga 3 Ogos, jadual TTA menyarankan agar semua pelanggan lebuh raya daripada semua negeri memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi.  

"Memang gembira kerana dapat pulang ke kampung halaman untuk meraikan Hari Raya Aidil Adha dengan orang tersayang, namun jangan lupa kerana kita masih lagi berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan penjarakan sosial ketika berhenti rehat di kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah kami mestilah dipatuhi termasuk pengambilan suhu. Untuk mengelakkan penularan wabak daripada transaksi tunai, pastikan tambah nilai kad Touch ‘n Go dilakukan terlebih dahulu sebelum memasuki lebuh raya,” tegas Mohd Yusuf Abdul Aziz, Ketua Operasi Kecemerlangan PLUS.

"Pada setiap kali musim perayaan, PLUS akan menugaskan di antara 3,500 hingga 5,000 kakitangan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang di sepanjang 1,134 kilometer lebuh raya dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ini adalah cara kami menjaga anda dan orang yang anda sayangi, dan kami juga menasihatkan anda agar mematuhi TTA yang disarankan,” tambah Yusuf.

“Bagi mereka yang melakukan perjalanan ke utara ke Sungai Dua dan ke Kedah, baru-baru ini PLUS telah melaksanakan Ujian Awam RFID hingga ke Hutan Kampung dan menasihatkan agar dapat menggunakan kad Touch ‘n Go anda. Namun, jika orang ramai sudah mempunyai tag RFID yang dipasang di kenderaan masing-masing, anda hanya perlu memastikan e-Wallet anda mempunyai baki yang mencukupi ketika melakukan perjalanan di laluan tersebut. Walau bagaimanapun, pembayaran tol menggunakan kad Touch ‘n Go masih lagi boleh digunakan di laluan ini,” kata Yusuf.

Memantapkan Operasi Lebuhraya

“PLUS, turut menjangkakan pertambahan trafik sebanyak 30 peratus atau 1.7 juta kenderaan akan menggunakan semua lebuh raya kendalian PLUS termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berbanding 1.2 juta kenderaan pada hari-hari biasa, sempena musim perayaan Hari Raya Aidil Adha ini,” jelas Mohd Yusuf.  

Dalam masa yang sama, pada setiap kali musim perayaan, PLUS juga telah merangka pelbagai pendekatan bagi memantapkan operasi lebuh raya bagi membantu pelanggan menikmati perjalanan yang lancar dan selesa.

PLUS, turut menempatkan kira-kira 3,500 kakitangan di dalam ekosistem lebuh raya PLUS untuk membantu semua pelanggan lebuh raya menikmati perjalanan yang lancar di lebuh raya pada musim perayaan kali ini. Ini termasuklah menugaskan sebanyak 1,344 pasukan pembantu khidmat pelanggan di plaza tol, 254 pasukan PLUSRonda untuk menjalankan rondaan 24-jam di lebuh raya, 1,500 kakitangan penyelenggaraan, 58 kakitangan di Pusat Kawalan Trafik serta 400 anggota sokongan RELA bagi membantu pengurusan trafik di kawasan rehat dan rawat, hentian sebelah dan plaza tol pada musim perayaan ini. 

PLUS turut menghentikan sementara kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf di lebuh rayanya bermula 29 Julai hingga 3 Ogos akan datang.

PLUS, juga menyediakan kren dan trak tunda tambahan bersiap sedia di 14 lokasi strategik bagi mempercepatkan kerja-kerja pengalihan dan penundaan kenderaan rosak atau terlibat dengan kemalangan di lebuh raya, selain menggunakan drone untuk membuat pemantauan trafik di lokasi-lokasi strategik di lebuh raya. 

Bagi membendung penularan Covid-19, PLUS telah menutup lorong tambah nilai di plaza tol untuk mengurangkan intervensi terus transaksi tunai di kalangan kakitangan PLUS dan pelanggan lebuh raya. Oleh itu, pelanggan lebuh raya dinasihatkan supaya memastikan kad Touch ‘n Go mempunyai baki yang mencukupi dan dapat menambah nilai di stesen minyak, Kiosk layan diri (SSK), kedai serbaneka, mesin ATM dan lain-lain lokasi yang disediakan di seluruh negara sebelum memasuki lebuh raya. Sila rujuk lokasi SSK dan pusat tambah nilai terdekat dengan melayari www.touchngo.com.my.

Perkhidmatan Pra-Pesanan Makanan di R&R terpilih

Pelanggan lebuh raya juga disaran untuk menggunakan perkhidmatan Pra-Pesanan makanan yang terdapat di 16 kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih bagi menikmati pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan mudah kepada pelanggan yang berhenti rehat di R&R.

Perkhidmatan Pra-Pesanan makanan boleh didapati melalui portal https://orderdisini.plus.com.my atau menerusi Aplikasi PLUS Mobile. Perkhidmatan ini terdapat di R&R PLUS iaitu di Dengkil (Kedua-dua Arah), Rawang (Arah Utara) dan Restoran Jejantas Sungai Buloh, Machap (Kedua-dua Arah), Ayer Keroh (Arah Selatan), Gunung Semanggol (Kedua-dua arah), Pagoh (Arah Selatan), Tapah (Arah Selatan), Ulu Bernam (Arah Selatan) dan Hentian Sebelah Juru (Arah Selatan) serta di lebuh raya LPT2 di R&R Ajil (Arah Utara), Paka (Arah Utara) dan Perasing (Arah Selatan).

“Pelanggan lebuh raya boleh membuat Pra-Pesanan makanan lebih awal atau sebelum tiba ke destinasi R&R yang dituju dengan lebih mudah menggunakan telefon bimbit atau komputer riba. Mereka dapat menjimatkan masa menunggu penyediaan makanan, tidak perlu beratur di gerai dan pengambilan bungkusan makanan yang dipesan juga lebih cepat dan mudah apabila tiba di lokasi R&R terbabit,” tambah Mohd Yusuf lagi.

Dalam keadaan norma baharu, inisiatif Pra-Pesanan ini juga dapat menjaga penjarakan sosial di kalangan orang ramai di tempat umum. Dalam masa sama, ia juga dilihat dapat membantu perniagaan rakan niaga PLUS dan amalan Prosidur Operasi Standard baharu di kawasan R&R. 

Maklumat Trafik di lebuh raya

Selain itu, pelanggan lebuh raya PLUS boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya menerusi twitter @PLUSTrafik, talian bebas tol PLUSLine di 1800 88 0000, menerusi Aplikasi PLUS, papantanda elektronik lebuh raya atau menerusi stesen-stesen radio. Mereka juga disarankan supaya menggunakan aplikasi perjalanan Waze atau Google Map untuk mengelakkan kesesakan sebelum memulakan perjalanan.

Dalam masa yang sama, pelanggan lebuh raya boleh berinteraksi dengan ‘PUTRI’, virtual PLUS chatbot untuk mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan lebuh raya seperti maklumat trafik, kadar tol, pertanyaan mengenai PLUSMiles, produk, kemudahan, promosi dan acara menerusi platform laman web PLUS (www.plus.com.my), portal PLUSMiles (www.plusmiles.com.my) dan Aplikasi PLUS.