Media Release

AIDILADHA EXODUS: PLUS TO TEMPORARILY CLOSE OVER-CROWDED REST AREAS TO ENSURE SOCIAL DISTANCING SOPs ARE OBSERVED

The North-South Expressway (NSE) operator, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) will temporarily close some of its over-crowded rest and service areas (R&R) and lay-bys during the Aidiladha balik kampung and balik kota exodus to ensure social distancing SOPs are observed to mitigate the risk of the spread of Covid-19 and at the same time, ensure safety of its customers.

“Upon our discussion with the PDRM, we have decided to temporarily close over-crowded rest area as part of an effort to ensure safety of our customers and reduce the risk of Covid-19 transmission. The safety of our customers has always been our number one priority and will not be compromised, thus the decision to carry out this move,” said PLUS’ Head of Operations Excellence, Mohd Yusuf Abd Aziz.

These affected rest areas will be immediately re-opened once PLUS and the relevant authorities have ensured that social distancing procedures can be properly carried out and observed and the environment is safe for our customers.

“We urge our customers to plan their journey and avoid over-crowded rest areas. Alternatively, they can also use public facilities such as public restrooms and suraus at designated toll plazas and re-enter the highway to continue their journey,” he added. 

Announcements on temporarily closure of these R&Rs will be continuously communicated through the highway electronic message boards, PLUSTrafik Twitter, the PLUS mobile app and other communications channels. 

PLUS anticipates that 1.7 million vehicles will ply the NSE on every peak day during the upcoming Aidiladha break.

PATUHI SOP PENJARAKAN SOSIAL: PLUS TUTUP SEMENTARA KAWASAN REHAT JIKA TERLALU SESAK 

Pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup sementara kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah yang tertentu sekiranya keadaan didapati terlalu sesak hingga menyukarkan SOP penjarakan sosial dilaksanakan bagi membendung penularan Covid-19 dan pada masa yang sama, memastikan keselamatan pelanggan lebuhraya ketika perjalanan pulang dan kembali semula ke ibu kota sempena perayaan Hari Raya Aidiladha yang akan datang. 

“Setelah mengadakan perbincangan bersama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kami telah membuat keputusan untuk melaksanakan langkah ini demi keselamatan semua pelanggan kami terutamanya bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19. Kami sama sekali tidak boleh berkompromi terhadap keselamatan semua pelanggan dan berharap pelanggan dapat memahami mengapa langkah sedemikian perlu diambil demi keselamatan mereka,” kata Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abd Aziz. 

Menurut Yusuf, kawasan rehat yang ditutup sementara akibat terlalu sesak tersebut akan dibuka secepat mungkin setelah pemantauan dan pemeriksaan mendapati ia lebih selesa dan selamat digunakan oleh pelanggan lebuhraya. 

“Kami memohon kerjasama semua pelanggan supaya merancang perjalanan dan mengelakkan kawasan rehat yang sesak. Mereka juga dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan awam seperti tandas dan surau yang turut disediakan di plaza tol sebagai alternatif dan masuk semula ke lebuhraya untuk menyambung perjalanan mereka,” tambah beliau. 

Pengumuman tentang penutupan sementara kawasan rehat yang berkaitan akan dipaparkan pada papantanda elektronik yang disediakan di lebuhraya termasuk menerusi Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS dan lain-lain lagi.

PLUS menjangkakan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan akan melonjak kepada 1.7 juta kenderaan pada setiap hari puncak bersempena dengan cuti perayaan Hari Raya Aidiladha ini.