Media Release

UP TO 10% RFID PENETRATION ON PLUS HIGHWAY NORTHERN REGION - Upward trend seen as more Kedahans & Penangites migrate to RFID

 PLUS Malaysia Bhd (PLUS) implementation of its first RFID closed toll system public pilot on private passenger vehicles has been seeing an upward trend as Kedahans and Penangites migrate to this contactless and cashless payment system.

In line with the Government’s vision towards the MultiLane Free Flow (MLFF) for congestion free travel, this closed toll public pilot sanctioned by the Malaysia Highway Authority (MHA) has seen significant success as the penetration increased from 2.3% two weeks ago reaching up to 10% today. 

“It is encouraging to see the positive take up of the RFID with a short period of 14 days. I am confident that this will increase as more will see the multiple benefits of this payment solution. The most compelling reason for RFID is that the technology itself propagates physical distancing as compared to the existing card. Once it is linked to your e-wallet, it reduces the probability of being stuck in the toll lane because of insufficient balance and need to physically reload and risk transmission of the coronavirus,” expound Datuk Azman Ismail, Managing Director of PLUS. 

“We are grateful for MHA’s endorsement of this public pilot. The support by our highway regulator enabling PLUS to proceed with the first 9 designated closed toll plazas namely Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Pendang, Gurun, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam and Sungai Dua, is a testament of the promise that the other remaining closed toll highways will be primed for RFID very soon,” affirms Datuk Azman

PLUS recognises that to embrace the RFID technology will require a level of mindset shift, however there are a number of easy steps for highway customers to adapt and adopt the changes that will support the lifestyle changes in the new normal.

Step One

Prior to fitting the RFID sticker onto their vehicle, highway customers are required to download and install the Touch ‘n Go eWallet App in their mobile phones via Google Play Store (for android phones) or Apple App Store (for iPhones).

Step Two 

Customers are to proceed to the nearest registered Fitment Centres to purchase and install their RFID tags. They can refer to https://mx.touchngo.com.my/fitment-centres for the list of nearest fitment centres. Those who have purchased their RFID tags online are advised to validate and test their RFID tags at the nearest fitment centres to prevent technical difficulties at the toll plazas. 

Step Three

Upon reaching the designated Fitment Centre, the trained RFID installer will conduct several tests to identify the most suitable position for the tag placement prior to fitting them onto the vehicle. Data from the RFID tag will then be linked to the Touch ‘n Go eWallet installed in the customers’ mobile phones. If the installed tag could not transact at the toll lanes, kindly return to the Fitment Centre for it to be relocated at alternative spot on the vehicle. The new spot will be provided with a free RFID tag replacement. 

Step Four

Upon updating the RFID data at all nationwide toll plazas, the customer will then receive a confirmation notification within 24-hours. 

Step Five

RFID tag comes with zero reload value. Customers are advised to top-up their Touch ‘n Go eWallet online via the Touch ‘n Go eWallet app. Automatic reloads in RM10, RM100 or other denominations can be set to reduce the chances of low and insufficient balance at the toll plazas.

Eligible Customers are also encouraged to apply for the PENJANA economic package offered by the Government where RM50 reloads will be transferred into successful applicants’ eWallets. This benefit does not apply to SmartTAG and Touch ‘n Go card. 

Step Six

Upon completion of all these initial steps, highway customers are then ready to enter and exit the highway via the RFID dedicated lanes.

PLUS highway RFID toll payment are implemented in stages, which began with the 10 open toll system on 1st January 2020 at the following Toll Plazas, Jitra and Kempas (North-South Expressway), Lunas and Kubang Semang (Butterworth-Kulim Expressway), the Penang Bridge, Mambau and Lukut (Seremban-Port Dickson Highway) as well as Perling, Lima Kedai and Tanjung Kupang (Linkedua). 

Presently toll transactions via Touch ‘n Go cards and SmartTAGs are still accepted at all PLUS toll plazas. However, at smaller toll plazas with limited lanes, SmartTag lanes were replaced with dedicated RFID lanes, as the card can still be used at the Touch ‘n Go lanes. This will also apply with nationwide roll out of RFID soon.

Please note that for toll payment purposes, each RFID tag is to be fitted on the vehicles at the designated locations as advised by the RFID installer fitment centre. RFID tags not installed on the vehicles will be cancelled and disbarred.

 

KADAR PENGGUNAAN RFID MENCECAH 10% DI UTARA-Semakin ramai rakyat Kedah dan Pulau Pinang beralih kepada RFID

Pelaksanaan kaedah pembayaran tol yang baru bagi kenderaan penumpang persendiran menggunakan teknologi RFID oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) baru-baru ini menyaksikan semakin ramai rakyat Kedah dan Pulau Pinang beralih kepada pembayaran tol tanpa sentuh dan tanpa tunai tersebut.

Selaras dengan hasrat Kerajaan ke arah pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) untuk perjalanan di lebuhraya yang lebih lancar, terutamanya di plaza tol, ujian perintis awam yang disokong oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia tersebut telah menyaksikan kadar penggunaan RFID meningkat daripada 2.3% sehingga mencecah 10% sejak ia dilaksanakan dua minggu lalu.

“Kadar peningkatan yang baik dalam tempoh singkat 14 hari adalah amat positif. Saya percaya ia akan terus meningkat apabila semakin ramai melihat faedah-faedah yang diperolehi daripada sistem pembayaran baharu ini. Paling ketara adalah ia dapat memastikan penjarakan fizikal dapat dilaksanakan berbanding pembayaran menggunakan kad yang sedia ada. Apabila ia dihubungkan dengan eWallet pelanggan, ia mengurangkan risiko pelanggan tersangkut di lorong tol akibat baki kurang di mana pelanggan perlu menambah nilai secara fizikal dan terdedah kepada penyebaran Covid-19,” jelas Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail. 

“Kami amat berterima kasih kepada pihak LLM kerana menyokong pelaksanaan ujian perintis awam ini. Ia membolehkan kami melaksanakannya buat julung kalinya di 9 buah plaza tol Sistem Tertutup iaitu Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Pendang, Gurun, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam dan Sungai Dua. Ia adalah langkah awal sebelum sistem RFID dilaksanakan di lebuhraya Sistem Tertutup yang lain tidak lama lagi,” tambah beliau.

PLUS juga sedar sokongan terhadap teknologi RFID memerlukan orang ramai terlebih dahulu memahami langkah-langkah yang perlu diambil sebelum mereka menggunakan sistem RFID yang bertepatan dengan norma baharu. 

Langkah Pertama

Pelanggan perlu terlebih dahulu memuat turun Aplikasi Touch ‘n Go eWallet ke dalam telefon bimbit menerusi Google Play Store (bagi telefon Android) atau Apple App Store (bagi iPhone). 

Langkah Kedua

Kunjungi Pusat Pemasangan RFID yang berdaftar untuk memasang dan mendapatkan tag pelekat RFID masing-masing. Rujuk https://mx.touchngo.com.my/fitment-centres untuk senarai pusat pemasangan RFID terkini.

Bagi pelanggan yang telah membeli tag pelekat RFID secara online, mereka digalakkan untuk mengunjungi pusat-pusat pemasangan RFID yang terdekat untuk memeriksa dan menguji pelekat tag RFID tersebut terlebih dahulu bagi mengelakkan kesulitan ketika melalui plaza tol.

Langkah Ketiga

Di Pusat Pemasangan RFID, petugas yang terlatih akan mengadakan ujian bacaan RFID terlebih dahulu untuk mengesan kedudukan yang paling sesuai untuk melekatkan pelekat tag RFID pada kenderaan. Data pada Pelekat Tag RFID tersebut akan dihubungkan dengan eWallet Touch ‘n Go di dalam telefon bimbit. Sekiranya tag RFID gagal melaksanakan transaksi di lorong tol, pelanggan perlu kembali semula ke pusat pemasangan terbabit untuk memasang tag RFID di titik alternatif. Tag gantian diberikan secara percuma. 

Langkah Keempat

Tunggu notifikasi pengesahan dalam masa 24-jam selepas data tag RFID dikemaskini di semua plaza tol di seluruh negara.

Langkah Kelima

Tag Pelekat RFID tidak mempunyai baki. Pelanggan perlu membuat Tambah Nilai eWallet Touch ‘n Go secara online menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Tambah nilai eWallet juga boleh ditetapkan secara automatik dengan nilai RM10, RM100 dan sebagainya bagi mengelakkan insiden baki rendah dan tidak mencukupi apabila melalui plaza tol.

Pelanggan yang layak juga digalakkan untuk mendapatkan pakej ekonomi PENJANA yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan yang memberikan tambah nilai percuma eWallet sebanyak RM50. Faedah ini tidak dinikmati oleh SmartTAG ataupun Touch ‘n Go.

Langkah Keenam

Setelah memastikan kesemua langkah-langkah di atas telah diikuti, pelanggan kini telah bersedia untuk masuk dan keluar dari lebuhraya menerusi Lorong Khas RFID di plaza tol. 

Pelaksanaan pembayaran tol menggunakan RFID di lebuhraya PLUS dilakukan secara berperingkat bermula pada 1 Januari 2020 di 10 buah plaza tol Sistem Terbuka iaitu Plaza Tol Jitra dan Kempas (Lebuhraya Utara-Selatan), Lunas dan Kubang Semang (Lebuhraya Butterworth-Kulim), Jambatan Pulau Pinang, Mambau dan Lukut (Lebuhraya Seremban-Port Dickson) serta Perling, Lima Kedai dan Tanjung Kupang (Lebuh raya Linkedua). 

Pada ketika ini semua transaksi tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih lagi diterima di semua plaza tol PLUS. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa buah lorong SmartTAG di beberapa plaza tol kecil dengan jumlah lorong yang terhad telah digantikan dengan lorong khas RFID. Walau bagaimanapun, kad Touch ‘n Go masih boleh digunakan di lorong Touch ‘n Go yang biasa. Pendekatan yang sama akan digunakan apabila RFID diperluaskan ke seluruh negara selepas ini.

Untuk pembayaran tol, PLUS juga mengingatkan bahawa tag pelekat RFID perlu dipasangkan pada kenderaan. Pelekat tag RFID yang gagal dipasang pada kenderaan boleh menyebabkannya dibatalkan dan disenarai hitam.

PLUSLine: 1-800-88-0000

Toll Rates

plusmiles