Media Release

PENUTUPAN SEMENTARA LALUAN MENUJU KE UTARA DI LEBUHRAYA ELITE: PELANGGAN DISARAN UNTUK MERANCANG PERJALANAN

Pelanggan lebuh raya yang menggunakan laluan di antara Putra Heights - USJ di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) disaran supaya merancang perjalanan mereka untuk mengelakkan kesesakan ekoran penutupan semua lorong ke utara di laluan tersebut pada malam ini, bermula jam 10:00 malam hingga 6:00 pagi esok.

Penutupan lorong tersebut terpaksa dilakukan bagi membolehkan kerja-kerja pengalihan dan pembersihan kawasan kemalangan melibatkan sebuah treler (low loader) yang membawa muatan berat (box girder MRT) yang berlaku awal pagi tadi di KM12.6 (Arah Utara) di laluan tersebut.

 Sehubungan itu, PLUS akan membuka laluan kontra di KM13.5 hingga KM11.4 bagi melancarkan pergerakan kenderaan yang menggunakan laluan Putra Heights - USJ untuk ke utara.

Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menggunakan laluan alternatif jika berlakunya kesesakan, iaitu keluar dari lebuhraya dengan menggunakan Persimpangan Bertingkat Putra Heights dan masuk semula ke lebuhraya ELITE menerusi Persimpangan Bertingkat USJ atau Seafield untuk meneruskan perjalanan mereka.

Pelanggan juga dinasihatkan supaya menggunakan aplikasi Waze atau Google Map bagi merancang perjalanan mereka.

Maklumat terkini keadaan trafik di laluan terbabit turut disalurkan menerusi papantanda elektronik dan menerusi Twitter @PLUSTrafik. 

PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pelanggan.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles