PLUS Malaysia Bhd (PLUS) has been ranked as the No.1 top performing closed toll highway in terms of safety and comfort by the Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS).
The MyExpressway MIROS certification ceremony to the best performing highways was held in Bangi, today in conjunction with MIROS’ Memorandum of Understanding (MoU) signing ceremony with 13 strategic road safety partners to enhance the road safety standards in Malaysia, Indonesia and India. The Director General of Malaysian Highway Authority, Dato' Ir. Mohd Shuhaimi Hassan and the Chairman of MIROS, Datuk Suret Singh was on hand to witness the official certificate presentation by the Director General of MIROS, Ir. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim to Managing Director of PLUS, Datuk Azman Ismail.
“I am thrilled for this win as it is indeed a testament to the sacrifices and hard work of the team at PLUS. The No.1 ranking is even made sweeter as we have been working tenaciously around the clock during the movement control order to ensure that our highways are safe for all and all times,” said Datuk Azman Ismail, Managing Director of PLUS.
“PLUS deserves this win, not because they are the longest and oldest highway stretch but because they have truly invested synergistically in man and machinery to deliver optimal comfort and safety for their highway customers,” explains Ir. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim, Director General of MIROS.
“Our ranking is based on a low mortality index as well as optimal environmental design and traffic operations in terms of road safety aspects. The top performing highways are ranked highly because of its great potential to reduce the rate of fatal accidents and serious injuries,” add Ir. Dr Khairil.
The North-South Expressway (NSE) and the North-South Expressway Central Link (ELITE) under PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ranked first and second place respectively as the best performing highways for the closed toll system category (toll rates based distance travelled and payment made only at exit toll plazas).
In December 2019, PLUS received the prestigious Prince Michael International Road Safety Award in recognition of the Company’s contribution toward its success in the implementation of multiple road safety initiatives such as the 3-star iRAP Rating Standard, creation of the Expressway Operations Safety Passport (EOSP) which increases the safety awareness of highway workers, and has been adopted as the highway industry standard as well continuous collaboration with key Government Ministries, the highway regulators and law enforcement agencies in improving the standards of safety on Malaysia’s highways
Other highways which were ranked by MIROS included the Kajang-Seremban Highway (LEKAS), the East-Coast 1 Highway (LPT1) and the South Klang Valley Expressway (SKVE) each respectively ranked at 3rd, 4th and 5th place in the category of best performing highways.
MIROS IKTIRAF PLUS DI KEDUDUKAN PERTAMA LEBUHRAYA SISTEM TERTUTUP BERPRESTASI TERBAIK
- Kemenangan berganda buat PLUS kerana ELITE berada di tempat kedua -
PLUS Malaysia Bhd (PLUS) telah mendapat kedudukan pertama bagi lebuh raya sistem tertutup berprestasi terbaik dari segi keselamatan dan keselesaan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Majlis penyampaian Sijil Penarafan MyExpressway MIROS kepada lebuh raya berprestasi terbaik telah diadakan di Bangi, hari ini sempena upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) MIROS bersama 13 rakan strategik keselamatan jalan raya untuk meningkatkan standard keselamatan jalan raya di Malaysia, Indonesia dan India. Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato' Ir. Mohd Shuhaimi Hassan dan Pengerusi MIROS, Datuk Suret Singh turut hadir untuk menyaksikan penyampaian sijil oleh Ketua Pengarah MIROS, Ir. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim kepada Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.
"Saya sangat gembira dengan kemenangan ini kerana ia merupakan bukti pengorbanan dan kerja keras pasukan PLUS. Kedudukan tempat pertama tambah lebih bermakna kerana kami telah berusaha dengan lebih tekun ketika Perintah Kawalan Pergerakan untuk memastikan lebuh raya kami selamat untuk semua pelanggan pada setiap masa,” kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.
"PLUS berhak mendapat kemenangan ini, bukan kerana mereka adalah lebuh raya terpanjang dan paling awal dibuka tetapi kerana mereka telah benar-benar melabur secara sinergis pada tenaga kerja dan peralatan lebuh raya untuk memberikan keselesaan dan keselamatan optimum kepada pelanggan lebuh raya mereka," jelas Ir. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim, Ketua Pengarah MIROS.
“Kedudukan lebuh raya berprestasi terbaik adalah berdasarkan indeks kematian yang rendah serta reka bentuk persekitaran dan operasi trafik yang optimum dari aspek keselamatan jalan raya. Lebuh raya yang berada di kedudukan teratas mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mengurangkan kadar kemalangan maut dan kecederaan parah di lebuh raya,” tambah Ir. Dr Khairil.
Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di bawah PLUS Malaysia Berhad (PLUS) masing-masing berada di kedudukan pertama dan kedua sebagai lebuh raya berprestasi terbaik bagi kategori lebuh raya sistem tertutup (kadar tol berdasarkan jarak perjalanan serta jenis kenderaan dan pembayaran tol hanya dibuat di plaza tol keluar dari lebuhraya).
Pada Disember 2019, PLUS telah menerima Anugerah Keselamatan Jalan Raya Antarabangsa Prince Michael sebagai pengiktirafan atas sumbangan Syarikat kerana berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif keselamatan jalan raya di lebuh raya. Antaranya, memastikan lebuh raya PLUS mencapai standard 3 bintang penilaian jalan raya antarabangsa iRAP, memperkenalkan Pasport Keselamatan Operasi Lebuhraya (EOSP) yang telah meningkatkan kesedaran keselamatan di
kalangan pekerja di lebuh raya dan telah digunapakai sebagai standard industri lebuh raya, serta meningkatkan kerjasama bersama agensi kerajaan dan kementerian, pembuat dasar lebuh raya dan agensi penguatkuatkuasaan untuk meningkatkan standard keselamatan di lebuh raya.
Sementara itu, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) masing-masing berada di kedudukan ketiga, keempat dan kelima bagi lebuh raya berprestasi baik yang diberikan oleh MIROS dalam kategori yang sama dengan PLUS dan ELITE.