PLUS Malaysia Berhad (PLUS) highway customers are reminded to strictly follow the Standard Operating Procedure (SOP) set by the National Security Council (NSC) and the Ministry of Health (MOH) of wearing facemasks in public and adhere to the 1-meter physical distancing when congregating at the R&R’s, lay-by’s as well as interacting with PLUS Customer Service Assistants (CSA) at the toll lanes.
This reminder comes in light of the deeply concerning increase of Covid-19 cases in States where PLUS highway network operates.
“We urge our highway customers to please follow the established SOPs set by the Government. In the spirit of “Kita Jaga Kita”, the onus is on us to take good care of each other every step of the way. Every single PLUS employee, from our CSA, PLUSRonda Officer to Toll supervisors are fully compliant to the SOP’s of facemasking in public and maintaining a safe 1-meter physical distance when interacting with you our customer, we ask the same of you. Please reciprocate by doing the same when we serve you on the highway,” implored Datuk Azman Ismail, Managing Director of PLUS.
Under the new normal practise by many organisations that manages premises, which are open to public, customers are denied entry/transactions if face masks are not worn. PLUS is also adopting the same.
PLUS attests that it is extremely crucial comply to the SOPs in ensuring the safety of our customers, our front liners and everyone who enters the highway in line with the Government’s directive, in this pandemic to #KitaJagaKita.
Our customers are assured that in the event of a breakdown, every PLUSRonda personnel are required to wear face masks and practise 1-metre physical distancing when attending to highway emergencies. From compulsory body temperature checks at each R&R and contact tracing via MySejahtera, PLUS prioritises food hygiene as well as the cleanliness at all the R&R premises as well as Lay-bys and Toll Plazas via regular routine cleaning and periodical sanitisation.
With 1.5 million vehicles plying the PLUS highways each day and it is more crucial today with the spike in Covid-19 cases to be more vigilant. PLUS will continuously monitor public places within the highway fence line ie. R&Rs and toll plazas for the safety and comfort of its employees, customers and business partners.
PLUS NASIHAT PELANGGAN TERUS PATUHI SOP KESELAMATAN NORMA BAHARU DI R&R DAN PLAZA TOL BERIKUTAN PENINGKATAN KES COVID-19
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) terus mengingatkan para pelanggannya supaya terus mematuhi Prosidur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memakai pelitup muka dan mematuhi penjarakan fizikal 1 meter apabila berada di kawasan awam seperti di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan ketika berinteraksi dengan Pembantu Khidmat Pelanggan PLUS di lorong tol.
Peringatan ini diberikan berikutan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 secara mendadak di seluruh negara sejak kebelakangan ini terutama di negeri-negeri di mana rangkaian lebuh raya PLUS beroperasi.
“Kami menyeru pelanggan lebuh raya kami untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Dalam semangat “Kita Jaga Kita”, matlamat kami adalah untuk menjaga semua pelanggan lebuh raya dengan baik. Setiap petugas PLUS daripada Pembantu Khidmat Pelanggan, anggota PLUSRonda sehingga kepada penyelia plaza tol mematuhi sepenuhnya SOP dengan memakai pelitup muka dan memastikan penjarakan fizikal 1 meter pada setiap masa ketika berinteraksi dengan pelanggan. Oleh itu, kami memohon kerjasama yang sama daripada pelanggan kami supaya mematuhi SOP ini ketika petugas kami memberikan perkhidmatan kepada anda di lebuh raya,” kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.
Di bawah amalan norma baharu oleh organisasi yang menguruskan premis yang dibuka kepada umum, pelanggan dilarang masuk atau melakukan transaksi sekiranya tidak memakai pelitup muka. Oleh itu, PLUS juga menggunakan pendekatan yang sama.
PLUS menegaskan bahawa sangat penting bagi semua pihak memainkan peranan dengan mematuhi SOP untuk memastikan keselamatan pelanggan, petugas barisan hadapan kami dan orang ramai yang memasuki lebuh raya selari dengan arahan Kerajaan dalam menghadapi wabak ini iaitu #KitaJagaKita.
PLUS juga akan memastikan setiap anggota PLUSRonda kami yang berhadapan dengan pelanggan diwajbkan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter ketika hadir memberikan bantuan kepada pelanggan yang terkandas di lebuh raya. Selain daripada pemeriksaan suhu badan pelanggan yang wajib dijalankan di setiap R&R dan pengesanan kontak melalui Aplikasi MySejahtera, PLUS turut memberi penekanan terhadap kebersihan makanan di samping kebersihan di seluruh premis R&R, hentian sebelah dan plaza tol melalui pembersihan rutin dan sanitasi secara berjadual.
Dengan kira-kira 1.5 juta kenderaan memasuki lebuh raya setiap hari dan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 pada ketika ini, ia memerlukan PLUS untuk sentiasa berwaspada. PLUS secara berterusan akan meningkatkan pemantauan di lokasi-lokasi tumpuan pelanggan terutamanya di kawasan R&R dan plaza tol untuk memastikan keselamatan dan keselesaan kepada petugas barisan hadapan kami, pelanggan dan rakan niaga.