Media Release

PLUS TEMPORARILY CLOSES SURAUS AT R&Rs, LAY-BYs AND TOLL PLAZAS WITHIN SELANGOR, KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA CMCO ZONES

 In line with the Government’s implementation of the Conditional Movement Control Order (CMCO), PLUS Malaysia Berhad (PLUS) closes all suraus located along its rest and service areas (R&Rs), lay-bys and toll plaza lay-bys in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya until the CMCO is lifted.

Among the suraus closed are those located at the Ulu Bernam R&R (Southbound), Rawang R&R (Northbound), Dengkil R&R(Both Bounds), Sungai Buloh & USJ Overhead Bridge Restaurants, Tanjung Malim Lay-by (Northbound) and Sungai Buloh Layb-by (Southbound) as well as Serdang Lay-by (Both Bounds) including all 29 suraus at toll plazas within the affected CMCO areas.

However, food stalls at the affected R&Rs are still open to the public from 6am until 10pm throughout the CMCO. The food court dine-in is limited to 2 pax per table and customers to observe the proper SOPs of temperature taking, registering MySejahtera, wearing of facemask before and after eating and maintaining physical distancing at every opportunity.

Public restroom facilities at these locations are still available 24-hours every day.

As the highway is a public place, everyone must comply to the MKN safety SOPs to help flatten the Covid-19 curve as #KitaJagaKita always.

 

PLUS TUTUP SEMENTARA SEMUA SURAU DI R&R, HENTIAN SEBELAH DAN PLAZA TOL DI KAWASAN PKPB DI SELANGOR, KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

Selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menutup sementara semua surau di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan hentian sebelah plaza tol yang terletak di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di antara lokasi surau terlibat adalah R&R Ulu Bernam (Arah Selatan), R&R Rawang (Arah Utara), R&R Dengkil (Kedua-dua Arah), Restoran Jejantas Sungai Buloh dan USJ serta Hentian Sebelah Tanjung Malim (Arah Utara), Hentian Sebelah Sungai Buloh (Arah Selatan) dan Hentian Sebelah Serdang (Kedua-dua Arah). Ini termasuklah semua 29 surau yang terdapat di hentian sebelah plaza tol PLUS di negeri dan kawasan yang terbabit.

Manakala, gerai makan di lokasi terbabit hanya dibuka di antara jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam sepanjang tempoh PKPB ini di mana hanya 2 individu dibenarkan untuk duduk di setiap meja makan yang disediakan. Pelanggan yang singgah di R&R terbabit juga perlu mendaftar menerusi MySejahtera dan mengambil suhu badan sebelum memasuki premis makanan. Mereka juga perlu mematuhi penjarakan fizikal 1-meter serta memakai pelitup muka sebelum dan selepas makan.

PLUS juga ingin memaklumkan bahawa semua kemudahan tandas awam di R&R yang terlibat tetap beroperasi 24-jam setiap hari sepanjang tempoh PKPB.

Lebuhraya merupakan kawasan awam yang memerlukan semua pelanggan mematuhi SOP di tempat awam sepertimana yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melandaikan lekuk kes Covid-19 selari dengan slogan #KitaJagaKita.

PLUSLine: 1-800-88-0000

Toll Rates

plusmiles