Media Release

RIGHT LANE BETWEEN SENAI UTARA AND KULAI WILL BE TEMPORARILY CLOSED FOR 3.5 MONTHS FOR MEDIAN CONCRETE BARRIER UPGRADING WORKS - Left & Emergency Lanes at KM21.85 to KM25.50 (Northbound) is passable for all vehicles

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) places high priority on safety and comfort and continuously seeks to improve both aspects on all its highways.

Therefore, to facilitate construction work of the median concrete barrier to be carried out smoothly, the right lane between Senai Utara and Kulai from KM21.85 until KM25.50 (Northbound) will be temporarily closed to all vehicles for 3.5 months from 12:00 am, on 4 April 2021 to 12:00 am, on 25 July 2021.

Throughout this period, traffic on the affected stretch will be diverted to the left and emergency lanes to maintain a passable two lanes at all times. (Please refer to the infographic attach).

Additionally, customers passing through the designated area are also advised to obey the speed limit of 60km/h and instructions by PLUS personnel.

As such, all highway customers heading north are strongly advised to plan their journey using the PLUS App and check the latest traffic conditions via CCTV feeds or use the SOS button in the app to request for help from PLUSRonda team.

PLUS fully appreciates the co-operation of all highway customers throughout this maintenance period. In the spirit of #KitaJagaKita, the support from highway customers in ensuring that the traffic flow is as smooth as possible, will contribute to a positive journey for all.

LORONG KANAN ANTARA SENAI UTARA KE KULAI AKAN DITUTUP SELAMA 3.5 BULAN UNTUK KERJA NAIK TARAF PENGHADANG JALAN

  • Lorong Kiri & Kecemasan di KM21.85 hingga KM25.50 (Arah Utara) masih boleh dilalui oleh semua kenderaan

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengutamakan keselamatan dan keselesaan di lebuh raya dan secara berterusan melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk meningkatkan kedua-dua aspek tersebut. 

Sehubungan itu, bagi membolehkan kerja-kerja menaiktaraf penghadang jalan konkrit dilaksanakan dengan lancar, lorong kanan di antara Senai Utara ke Kulai di KM21.85 hingga KM25.50 (Arah Utara) akan ditutup selama 3.5 bulan kepada semua kenderaan mulai 4 April 2021, jam 12:00 malam sehingga jam 12:00 malam, 25 Julai 2021 akan datang.

Sepanjang tempoh tersebut, trafik di laluan terbabit akan dilencongkan ke lorong kiri dan lorong kecemasan bagi mengekalkan laluan dua lorong pada setiap masa. (sila rujuk infografik di lampiran).  

Dalam masa yang sama, pelanggan lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik dan had laju 60 km/j serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

Justeru, pelanggan yang menghala ke utara dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan. Pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan butang SOS pada aplikasi tersebut.

PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan.

PLUSLine: 1-800-88-0000

Toll Rates

plusmiles