Media Release

PLUSRONDA HIGHWAY PATROL TURNS 31

PLUSRONDA HIGHWAY PATROL TURNS 31

Petaling Jaya, 1st April 2021 – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) renowned for its iconic highway patrol unit known as PLUSRonda, whose role is to keep the 1,100KM long PLUS and LPT2 highways safe for its daily highway customers of over 1.3 million cars, celebrates its 31st year since it was established on 1st April 1990.

“Throughout the three decades these highway men in blue have saved countless lives and assisted thousands in distress, from flat tires to breakdowns and even delivering babies and walking the elderly safely from their cars to the R&R steps. Many has complimented them on social media. More recently our PLUSRonda officer went beyond the call of duty by assisting a stranded highway customer who needed to catch her flight and she did. It’s the little things like this that reinforces our brand promise of ‘Taking Good Care of You, Every Step of the Way’, and they make our organisation proud by always seeking to do things better,” explains Datuk Azman Ismail, Managing Director of PLUS.

While PLUS undergoes its digital transformation journey since 2017, the PLUSRonda team too has embraced digital technology in their vehicles with all round videos to record incidents as well as the latest innovation called PLUSRonda Intelligent Management System (PRIME) which replaces the manual form filling of PLUSRonda incident records. This frees up the time for the PLUSRonda to focus and provide better on ground service during traffic incidences.

“It is a significant milestone as PLUSRonda turns 31 this year as they embrace technology in the form of PRIME, enabling them to communicate with our PLUS Traffic Monitoring Centre directly in real time and therefore being able to provide a more salient customer experience. Moreover, PRIME is not just merely replacing manual reporting forms, it goes beyond that as it signifies our endeavour to embrace technology to improve our efficiency and productivity. At the same time, we are also modernizing the existing PLUSRonda patrolling vehicles and fit them with state-of-the-art gadgets and features to enable them to patrol and monitor safely and effectively,” added Zakaria Ahmad Zabidi, Chief Operating Officer of PLUS. 

589 PLUSRonda officers have continuously strived to deliver their rescue and recovery assistance despite the pandemic. They work 24/7, 365 days a year and coordinate as a team to cover the entire length of the PLUS and LPT2 highways. They also provide collaborative assistance to PDRM’s highway patrol as well as JPJ Traffic units together with national enforcement agencies to keep the highways safe for all. 

In the unwavering spirit of their tenacity this year’s celebration is themed ‘PLUSRonda Remains Dynamic in The Face of Pandemic’, as a recognition of their contribution and Covid-19 risk they face in the new normal. 

While lives continue under the new normal and interstate travel is still not allowed, the PLUSRonda team forges ahead to carry out their duties to rescue and recover highway customers come rain or shine. It is this that we acknowledge and celebrate their “Raison détre”.

PASUKAN PLUSRONDA SAMBUT ULANG TAHUN KE-31

Petaling Jaya, 1 April 2021 – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi pasukan PLUSRonda yang cukup ikonik dan dikenali dengan tugasan mereka bagi memastikan keselamatan di sepanjang lebih 1,000 kilometer jajaran lebuh raya PLUS dan LPT2 dan mempunyai pelanggan lebuh raya lebih daripada 1.3 juta kenderaan setiap hari, menyambut ulang tahun ke-31 sejak ditubuhkan pada 1 April 1990.

“Sejak 3 dekad yang lalu, Wira Lebuh raya PLUS yang memakai seragam biru ini telah banyak menyelamatkan nyawa dan membantu para pelanggan yang mengalami masalah ketika berada di lebuh raya, sama ada mengalami tayar pancit, kenderaan rosak, membantu pelanggan lebuh raya melahirkan bayi sehinggalah membantu warga emas berjalan dari kereta ke laluan masuk Kawasan Rehat & Rawat (R&R). Mereka juga turut diberikan pujian oleh orang awam di media sosial. Terbaharu, apabila pasukan PLUSRonda turut berjaya membantu pelanggan lebuh raya yang mengalami kerosakan kenderaan dan pada masa sama terpaksa bergegas mengejar penerbangan ke lapangan terbang. Ianya bertepatan dengan usaha syarikat yang sentiasa ‘Komited Menjaga Pelanggan di Sepanjang Perjalanan’ dan Wira Lebuh raya ini membuatkan syarikat sentiasa bangga dengan pengorbanan dan komitmen mereka dalam membuat sesuatu yang lebih baik,” jelas Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

PLUS telah mengorak langkah menerusi transformasi digital secara berperingkat sejak tahun 2017. Pasukan PLUSRonda juga telah melalui transformasi teknologi digital apabila di setiap kenderaan mereka diletakkan perakam video bagi merakam sebarang insiden. Selain itu, inovasi terbaharu iaitu PLUSRonda Intelligent Management System (PRIME) yang menggantikan Borang Catatan PLUSRonda untuk merekod sebarang insiden di lebuh raya berupaya menjimatkan masa dan membolehkan pasukan PLUSRonda lebih fokus untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik ketika berhadapan dengan sebarang insiden.

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, “Selama 31 tahun sejak penubuhan pasukan PLUSRonda, dengan adanya teknologi PRIME ini, ia amat penting bagi membolehkan pasukan PLUSRonda berkomunikasi secara terus dengan Pusat Kawalan Trafik PLUS bagi mengkoordinasi bantuan kepada pelanggan lebuh raya. Selain itu, PRIME juga bukan hanya sekadar menggantikan penggunaan borang yang merekod secara manual, malah teknologi ini mampu menyumbang perkhidmatan yang lebih berkesan, efisien serta meningkatkan produktiviti. Pada masa yang sama, kami juga memodenkan kenderaan rondaan PLUSRonda yang sedia ada dengan memasang peranti yang lebih canggih serta ciri-ciri yang lain bagi memastikan mereka dapat membuat rondaan dan memantau lebuh raya dengan lebih selamat dan efektif.”

Seramai 589 anggota PLUSRonda bertekad akan terus berusaha dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik berikutan pandemik Covid-19 yang masih melanda negara. Bertugas selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari dalam setahun meliputi jajaran Lebuh raya PLUS serta LPT2. Mereka juga turut bekerja rapat dengan pasukan Peronda Lebuhraya PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan dan agensi penguatkuasaan yang lain dalam memastikan lebuh raya PLUS selamat digunakan. 

‘Walau Ketika Pandemik, PLUSRonda Tetap Dinamik’, merupakan tema ulang tahun PLUSRonda bagi tahun ini yang juga bertepatan dengan negara yang masih berusaha memerangi penularan wabak Covid-19 dan bersesuaian dengan norma baharu.

Berikutan dengan kehidupan norma baharu yang telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan masa kini serta pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan, pasukan PLUSRonda tetap memastikan tugasan mereka dilaksanakan walaupun ketika berdepan dengan cuaca hujan mahupun panas. Maka, tujuan utama bagi meraikan Wira Lebuh raya ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Selamat Hari PLUSRonda yang ke-31!

 

PLUSLine: 1-800-88-0000

Toll Rates

plusmiles