Media Release

PLUS CROWNED AS WINNER FOR THE ENERGY EFFICIENCY CATEGORY FOR ENERGY MANAGEMENT (LARGE BUILDING)

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) emerged as the 2020 National Energy Award winner in the Energy Efficiency category for Energy Management of Large Buildings as well as runner-up of the ASEAN Energy Awards (AEA), making PLUS the first highway concession company to receive this dual honours.

The National Energy Awards 2020 (NEA) is annually organized by Ministry of Energy and Natural Resources.

 According to PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail, “This double win is the result of the PLUS Green Roadmap, a 5-year strategy plan to preserve the environment utilising the most innovative approach. The organisation embraces the use of green tech equally as we embrace the use of tech-inno for our digital transformation journey. PLUS is thoroughly convenience that these 2 streams will ensure our sustainability and growth model, while future proofing the highway industry.”

“Our primary objective is to deliver positive impact on operational excellence, with the aim to improve the level of PLUS highway services. These will be achieved through the implementation of contemporary and relevant green technologies, inculcating practices and culture that will benefit the industry,” remarked Zakaria Ahmad Zabidi, PLUS Chief Operating Officer and Chairman of PLUS’s Energy Management Committee (EMC).  

The key milestone of PLUS’s success is the efficient management of its headquarters’ electricity consumption. Persada PLUS building recorded a significant reduction in energy consumption and improvement of its Building Energy Intensity (BEI) by lowering its annual energy consumption to 15% in 2019 as compared to its 2016 baseline.

The awards were presented by YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar, Minister of Energy and Natural Resources to Zakaria Ahmad Zabidi, Chief Operating Officer of PLUS at an Appreciation Ceremony held on 5th of April 2021.

ANUGERAH TENAGA KEBANGSAAN KATEGORI PENGURUSAN TENAGA BAGI BANGUNAN BESAR MILIK PLUS

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) muncul sebagai pemenang Anugerah Tenaga Kebangsaan (National Energy Awards) 2020 bagi kategori Pengurusan Tenaga Bangunan Besar serta Naib Juara Anugerah Tenaga ASEAN (AEA), sekaligus menjadikan PLUS sebagai syarikat konsesi lebuh raya yang pertama menerima penghormatan berganda ini.

Anugerah Tenaga Kebangsaan 2020 (NEA) ini dianjurkan setiap tahun oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, “Kemenangan berganda PLUS ini adalah hasil Pelan PLUS Green Roadmap yang mendorong strategi PLUS untuk memelihara alam sekitar dengan pendekatan yang paling inovatif dalam jangka masa lima tahun sehingga tahun 2022. Dengan mengadaptasi penggunaan teknologi hijau, PLUS dalam masa yang sama juga menerapkan penggunaan innovasi-teknologi bagi transformasi digital syarikat. Dua faktor ini akan memastikan model kelestarian dan pertumbuhan PLUS akan bergerak selari serta dapat memberi manfaat kepada masa hadapan industri lebuh raya.” 

 “Objektif utamanya adalah untuk memberi impak yang positif terhadap kecemerlangan operasi. Kami juga mensasarkan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan lebuh raya PLUS menerusi pelaksanaan teknologi, amalan dan budaya hijau yang kontemporari dan relevan serta memberi manfaat kepada industri,” tambah Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Operasi PLUS yang mengetuai Jawatankuasa Pengurusan Tenaga syarikat ini. 

Pencapaian utama PLUS adalah melalui kecekapan pengurusan tenaga bagi penggunaan elektrik di bangunan ibu pejabatnya iaitu Persada PLUS. Bangunan Persada PLUS telah berjaya mencatatkan pengurangan penggunaan tenaga dan menambahbaik Building Energy Intensity (BEI) dengan penurunan penggunaan tenaga tahunan kepada 15 peratus pada tahun 2019 berbanding tahun 2016.

Anugerah telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar, Menteri Tenaga dan Sumber Asli kepada Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Operasi PLUS pada satu Majlis Apresiasi yang diadakan pada 5 April 2021 yang lalu.

PLUSLine: 1-800-88-0000

Toll Rates

plusmiles