Media Release

CONSEQUENCES TO LOGISTICS COMPANY IF ITS DRIVER(S) AVOID PAYING TOLL

PLUS reminds vehicle owners, particularly logistic companies to be more vigilant and responsible for the actions of their drivers and/or employees should they fail to pay toll fares whilst using the PLUS-operated highway.

Recently, the Federal Court has decided that the logistic company is vicariously liable whenever their drivers and/or employees failed to pay the required toll fares. 

Previously, Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) filed a suit against a logistic company namely Berjasa Logistics Sdn Bhd (formerly known as Sin Kung Logistics (KL) Sdn Bhd) to recover for the unpaid toll fares involving 19 vehicles registered to the company and driven by its employees over the past few years.

The Federal Court unanimously upheld the decision by High Court and Court of Appeal and ruled that an employer is vicariously liable to the concessionaire for its employees’ failure to pay toll fares. Hence, the decision of Shah Alam High Court on 20 July 2017 allowing PLUS’ claims amounting to RM518,369.27 and cost of RM100,000.00 following the failure of their drivers to pay toll fares was accordingly upheld.

PLUS takes the deliberate act of evasion from paying toll seriously and seeks full cooperation from all logistic companies and heavy vehicle owners to continuously monitor and take appropriate actions against their drivers and/or employees. In addition, PLUS has identified several toll fraud tactics by the heavy vehicle drivers and is taking the necessary preventive measures including initiating legal actions.

At the same time, PLUS continues to collaborate and work closely with the relevant authorities to curb toll fraud activities along the highway.

SYARIKAT LOGISTIK TERIMA PADAH AKIBAT PEMANDU ELAK BAYAR TOL

PLUS mengingatkan para pemilik kenderaan, terutama sekali pemilik kenderaan berat, yang menggunakan lebuh raya kendalian PLUS supaya bertanggungjawab terhadap perlakuan pemandu dan/atau pekerja mereka sekiranya pemandu dan/atau pekerja mereka didapati gagal membayar tol sewaktu menggunakan lebuh raya.

Terbaharu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa sebuah syarikat logistik telah dipertanggungjawabkan dengan liabiliti vikarius (vicarious liability) bilamana pemandu dan/atau pekerja syarikat terbabit gagal untuk menjelaskan jumlah tol yang telah ditetapkan. 

Terdahulu, Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) telah membuat tuntutan terhadap sebuah syarikat logistik, Berjasa Logistics Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Sin Kung Logistics (KL) Sdn Bhd) yang melibatkan 19 buah kenderaan milik syarikat berkenaan yang dipandu oleh pemandu-pemandu syarikat tersebut telah dengan sengaja mengelak daripada membayar tol di lebuh raya PLUS sejak beberapa tahun lalu.

Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut adalah berikutan rayuan syarikat Berjaya Logistics Sdn Bhd terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20 Julai 2017 yang membenarkan tuntutan PLUS sebanyak RM518,369.27 dengan kos sebanyak RM100,000.00 susulan kegagalan pemandu syarikat tersebut membayar tol di lebuh raya PLUS.

PLUS memandang serius tindakan segelintir pemandu kenderaan yang dengan sengaja mengelak untuk membayar tol. PLUS juga memohon kerjasama semua syarikat logistik dan pemilik kenderaan berat supaya memandang serius perkara ini dan seterusnya memantau tindakan pemandu dan/atau pekerja mereka. Di samping itu, PLUS telah mengenalpasti beberapa taktik penipuan tol yang digunakan oleh pemandu-pemandu kenderaan berat dan sedang mengambil langkah-langkah pencegahan yang perlu termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.

Pada masa yang sama, PLUS juga berkolaborasi bersama-sama pihak berkuasa yang berkenaan bagi membendung kejadian penipuan pembayaran tol di lebuh raya.

PLUSLine: 1-800-88-0000

Toll Rates

plusmiles