Media Release

PLUS R&R’S, PETROL STATIONS REMAIN OPENS ON THE HIGHWAY

 As the Full Movement Control Order (FMCO 3.0) is extended until 28th June, highway customers with travel permits have the assurance that public facilities at PLUS’ rest and service areas (R&R) remain open for use.  All petrol stations located along the 1,130 KM stretch of highways are operational 24-7.

“Anyone who is traveling along our highways during this period need not to worry as the public washrooms and suraus remain open and they can still refuel, purchase light food and drinks from the petrol stations at R&Rs. We truly understand the concerns of our customers on the necessity of utilizing our highways during these challenging time, and we would like to assure them that stringent measures are in place, in-line with our commitment to provide a safe, clean, convenient and comfortable environment for our customers and ensuring a more positive highway travel experience,” said Syed Mohammed Idid Syed Ahmed Idid, Head of Strategic Stakeholder Engagement of PLUS. 

 While selected outlets are still open for business, the R&R dining food court area is closed to the public under the orders of the National Security Council. Highway customers can still order via the Pre-Order function available in the PLUS App or via https://orderdisini.plus.com.my/ from participating business partners and stall operators. This contactless mode of F&B pre-order solution enables a safer transaction for all parties involved. For the latest information please visit www.plus.com.my.

R&R, STESEN MINYAK TERUS BEROPERASI SEPANJANG LEBUH RAYA

 Susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKP Penuh 3.0) yang diumumkan sehingga 28 Jun 2021, pelanggan lebuh raya yang mempunyai kebenaran untuk melakukan perjalanan diberi jaminan bahawa kemudahan awam di semua kawasan rehat dan rawat (R&R) PLUS termasuk stesen minyak di sepanjang 1,130 kilometer di lebuh rayanya dibuka 24 jam dan beroperasi seperti biasa. 

“Mereka yang mendapat kebenaran untuk merentas negeri atau daerah dalam tempoh ini tidak perlu risau kerana tandas awam dan surau tetap beroperasi seperti biasa. Mereka masih boleh mengisi minyak, membeli makanan ringan dan minuman daripada stesen minyak di kawasan R&R kami. Kami memahami keperluan pelanggan yang menggunakan lebuh raya kami pada tempoh yang mencabar ini. Kami ingin meyakinkan mereka bahawa langkah-langkah sepatutnya telah dilaksanakan, sejajar dengan komitmen kami untuk memastikan tahap keselamatan, kebersihan dan persekitaran yang selesa berada pada tahap optimum demi menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih positif,” kata Syed Mohammed Idid Syed Ahmed Idid, Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS. 

 Walaupun sebilangan premis makanan dibenarkan untuk beroperasi, kawasan medan selera di R&R masih ditutup kepada orang ramai, sejajar dengan perintah yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Pelanggan lebuh raya disarankan untuk membuat pesanan makanan melalui fungsi Pra-Pesanan menerusi Aplikasi PLUS atau menerusi pautan di https://orderdisini.plus.com.my/ daripada rakan niaga dan pengendali gerai yang mengambil bahagian. Khidmat Pra-Pesanan makanan dan minuman secara tanpa sentuh ini dipercayai dapat menjamin transaksi yang lebih selamat untuk semua pihak. Untuk maklumat terkini, sila layari www.plus.com.my.

PLUSLine: 1-800-88-0000

Toll Rates

plusmiles